Kita paling tidak mesti akan memasak paling kurang pun sekali dalam sebulan tapi tahu tak adab memasak? Kalau ibu atau suri rumah lagi lah hari-hari masak kan. Jadi amatlah rugi kalau sepanjang memasak tu kita tak amalkan doa-doa atau adab memasak yang diajarkan dalam Islam. Memasak untuk memberi orang makan itu sendiri boleh dikira ibadah apabila dilakukan dengan niat kerana Allah Taala.
Kalau ditambah pula dengan zikir dan juga doa ketika memasak maka bertambah berkat makanan yang dimasak tu. InshaAllah semuanya dengan izin Allah. Daripada korang masak tanpa berbuat apa elok lah basahkan lidah dengan memuji Allah. Pahala dapat, keberkatan daripada Allah pun boleh dapat.
Doa Memasak & Adab Memasak Menurut Islam
Tak susah pun nak amalkan doa-doa ini, pendek je. Mula-mula tak biasa lagi boleh tengok dulu. Lama-lama dah selalu buat mesti bolef hafal punya. Antara adab ketika memasak adalah:
Sebelum mula memasak, seeloknya seseorang itu berada dalam keadaan yang bersih. Digalakkan juga berwuduk untuk lebih tenteram ketika memasak.
Sumber Gambar imuslimshopcom
Doa Masuk Dapur
Seperti memasuki rumah, tandas dan sebagainya, nak masuk dapur pun ada bacaan doa yang dianjurkan iaitu:
Doa Mengambil Beras
Nasi adalah makanan ruji bagi orang Malaysia kan. Waktu nak ambil beras pun ada doa yang boleh dibaca. Doa nya adalah:
Doa Letak Beras Dalam Periuk
Dah ambil beras tu nak masuk kan dalam periuk pula boleh amalkan doa ini:
Doa Letak Air Dalam Beras
Selalu nak masak nasi mesti lah basuh dulu beras nye kan. Jadi sebelum basuh beras tu, masa nak letak air dalam beras boleh amalkan doa ini:
Doa Cuci Beras
Semasa mencuci beras, boleh amalkan zikir Ya Latif untuk memohon agar nasi lembut bila dah masak nanti dan boleh juga baca doa ini:
Doa Cuci Sayur
Sebelum masak juga korang mesti akan cuci dulu sayur-sayur yang dibeli kan. Semasa cuci tu boleh lah amalkan doa ini:
Doa Potong Sayur Dan Daging
Tak lengkap memasak kalau tidak memotong sayur dan daging untuk dijadikan lauk kan. Selalunya waktu memotong ni lah ambil masa lama sikit jadi sambil-sambil kita potong tu boleh lah baca doa ini:
Doa Menghaluskan Perencah
Semasa menumis atau menghaluskan perencah juga boleh amalkan doa ini:
Doa Mengacau Lauk
Semasa memasak lauk pauk, pastinya akan mengacaunya di dalam periuk kan. Waktu mengacau tu boleh lah mengikut lawan arah jam. Di samping itu boleh amalkan doa ini:
Tak susah kan doa-doa yang nak dibaca ketika memasak atau adab memasak. Boleh amalkan dan share juga pada yang lain agar bermanfaat. Kalau nak tahu tips-tips lain yang boleh membantu memudahkan urusan memasak korang boleh tengok di SINI