KewanganInformasi

Waris Perlu Buat Ini Apabila Ahli Keluarga Meninggal Dunia Untuk Tuntut Peninggalan Si Mati

Cara Tuntut Wang Ahli Keluarga Meninggal Dunia Oleh Waris

Bila ahli keluarga meninggal dunia, sebagai waris kita bolehlah membuat tuntutan terhadap semua harta atau wang peninggalan yang ditinggalkan si mati. Tidak kira lah yang meninggal tersebut adalah suami, isteri, ibu, ayah mahupun anak kita sekali pun. Kita sebagai waris terdekat hendaklah menguruskannya agar tidak ada yang susah di kemudian hari. Contohnya boleh gunakan duit-duit tersebut untuk langsaikan hutang ataupun sara hidup balu atau anak.

Mungkin kita tak pernah alami situasi ini lagi tapi ajal dan maut tu di tangan tuhan, bila-bila masa sahaja boleh berlaku kan. Jadi lebih baik kita ambil tahu dahulu sebelum ianya terjadi dan dapat elakkan kelam kabut nanti. Bukan apa sebab nanti kita dah lah sibuk uruskan hal kematian, sedih lagi akibat kehilangan takut tak sempat buat semua ini. Jadi jom kita fahamkan dulu apa yang perlu dibuat agar lebih mudah urusan di masa akan datang.

Cara Tuntut Wang Ahli Keluarga Meninggal Dunia Oleh Waris

Jangan risau, berikut adalah perkongsian saudari Siti Zaharah apanila salah seorang ahli keluarganya meninggal dunia. Antara perkara dan cara perlu buat apabila ada ahli keluarga kita yang meninggal dunia adalah:

 

1. Urus Sijil Kematian

Untuk uruskan sijil kematian si mati, perlulah hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Tapi apa yang disyorkan buat dahulu adalah sediakan dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan Si Mati (Digalakkan buat banyak salinan)
  • Surat Daftar Kematian (Hospital akan beri)
  • Kad Pengenalan Pemohon (Waris yang buat laporan)

Maklumkan kepada kaunter ingin daftar kematian dan ikuti proses yang diarahkan. Setelah itu sijil mati akan dikeluarkan, Bolehlah buat beberapa salinan sijil kematian tersebut selepas itu. Pihak JPN juga akan mengambil kad pengenalan si mati dan tidak akan dikembalikan lagi.

 

2. Tuntut Bantuan Kematian NADMA / MySalam (COVID-19)

Sekiranya kematian adalah disebabkan COVID-19, waris boleh membuat tuntutan dengan Skim mySalam (B40). Cara membuat tuntutan secara manual adalah:

  • Dapatkan semua laporan kesihatan dari pihak hospital
  • Hadir ke mana-mana kiosk MySalam (boleh didapati di sesetengah hospital)
  • Isi borang dan ikut arahan selanjutnya seperti hadir ke bahagian rekod dan sebagainya sehingga selesai.

Nota: Skim MySalam ini hanya untuk golongan B40 yang layak sahaja. Panduan lanjut boleh rujuk pautan berikut:

Untuk Bantuan Kematian NADMA pula ianya berlainan dengan MySalam dan perlu diuruskan sendiri oleh pemohon. Pihak hospital mungkin akan memberikan borang tetapi urusan menghantarnya perlu dilakukan sendiri oleh pemohon. Untuk cara mohon boleh rujuk panduan:

 

3. Tabung Haji 

Sekiranya si mati mempunyai akaun Tabung Haji (TH), bolehlah membuat tuntutan baki simpanan dalam akaun si mati. Boleh hadir ke mana-mana cawangan TH, pihak TH akan semak penama. Sekiranya penama masih ada lebih mudah urusannya. Ini kerana hanya penama yang boleh menerima duit dan tutup akaun TH si mati. Dinasihatkan semak nama penama dan tukar sekiranya penama telah meninggal dunia. Jika ada penama boleh hadir ke mana-mana TH dengan membawa:

  • 3 salinan sijil kematian
  • 3 salinan Kad Pengenalan Penama
  • Isikan borang dan turunkan cap jari seperti diminta

 

4. LHDN

Untuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bantuan yang boleh diterima adalah segala apa bantuan yang pernah diterima si mati di bawah LHDN. Contohnya Bantuan Prihatin Rakyat atau Bantuan Keluarga Malaysia. Jadi bantuan yang boleh diterima adalah Bantuan Khairat Kematian khusus untuk penerima bantuan yang telah meninggal dunia. Panduan lanjut boleh rujuk pautan di bawah:

Proses nak mohon sama juga, tunjuk sijil kematian kepada pegawai LHDNM, mereka akan check kan dan bagi borang untuk diisikan. Yang penting perlu bawa dokumen ini:

  • Kad pengenalan isteri si mati (balu)
  • MyKid dan surat beranak anak si mati

5. KWSP

Sekiranya si mati pernah bekerja dan mempunyai simpanan atau caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) maka boleh lah membuat tuntutan KWSP si mati. Namun begitu harus diingat, ianya sama seperti TH iaitu perlu check siapa penama. Jika ada, Alhamdulillah urusan akan jadi lebih senang. Yang leceh sedikit kalau tiada penama, maka akan pergi kepada isteri. Proses dia hadir je ke mana-mana cawangan KWSP dan pegawai akan bagi penerangan dan borang untuk diisi.

Untuk tuntutan KWSP perlu dibuat 2 minggu selepas tarikh lapor kematian. Selain itu, KWSP juga ada bantuan khairat kematian sebanyak RM2,500 yang boleh dituntut. Rujuk panduan di pautan berikut:

6. ASNB

Ini pula bagi mereka yang pernah ada simpanan di pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Jika ya, pertama sekali boleh mohon khairat kematian dengan sediakan dokumen:

  • Salinan sijil mati
  • Salinan sijil lahir pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon

Dinasihatkan bawa juga dokumen asal. Urusan ini boleh dibuat di pejabat pos. Untuk jumlah bantuan yand diterima disarankan semak sendiri dalam sistem. Namun untuk menutup akaun ini perlu pergi ke pejabat ASB sendiri, tidak boleh melalui pejabat pos. Untuk panduan lanjut boleh rujuk panduan di bawah:

 

7. PERKESO / SOCSO

Ini juga adalah untuk mereka yang pernah bekerja tidak kira kerajaan mahupun swasta, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) adalah caruman yang diwajibkan untuk semua pekerja di Malaysia demi untuk melindungi kebajikan pekerja sekiranya berlaku apa-apa. Antaranya jika berlaku kematian, waris boleh menuntut faedah pengurusan mayat PERKESO sebanyak RM2,000. Caranya sama juga perlu hadir ke mana-mana cawangan PERKESO atau layari laman web untuk muat turun borang.

 

Berikut adalah pengalaman yang dikongsikan saudari Siti Zaharah sepanjang menguruskan urusan tuntutan bagi arwah. Menurut beliau, perlu banyak bersabar ke sana ke mari dan fikir positif. Ini kerana semua urusan yang dibuat adalah untuk kesenangan isteri dan anak arwah. Jadi untuk kita semua ni boleh lah dapat manfaat dan memudahkan urusan sekiranya berlaku pada masa akan datang. Untuk tahu 10 Skim Khairat Kematian yang waris boleh mohon baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button