TravelTips Jimat

6 Lokasi Air Terjun Dan Pantai Sekitar Lembah Klang. Sesuai Untuk Plan Last Minute!

Senarai Lokasi Air Terjun & Pantai Berdekatan Lembah Klang

Ada ke air terjun dan pantai sekitar Lembah Klang ni? Bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya pastinya korang dah penat menghadap kesibukan hidup di bandar kota raya. Setiap pagi pergi kerja perlu menghadap jammed mesti buat korang pening kepala dan stress. Nak pergi rehatkan minda bercuti macam jauh sangat lagipun cuti sekejap je nanti penat badan je pergi jauh-jauh. Tahu tak sebenarnya ada je banyak air terjun dan juga pantai yang korang boleh pergi tak jauh pun dari Lembah Klang ni!

Bagi yang gemar mengunjungi pantai atau air terjun mungkin ada yang tercari-cari lokasi untuk dikunjungi terutamanya yang terletak di sekitar kawasan Lembah Klang kan. Ye lah asyik pergi shopping mall je atau bangunan itu ini, sekali sekala nak juga tengok keindahan alam flora dan fauna. Jadi jangan risau, ini 3 lokasi air terjun dan 3 lokasi pantai sekitar Lembah Klang yang korang boleh kunjungi:

Lokasi Air Terjun Dan Pantai Sekitar Lembah Klang

Air Terjun (Waterfall)

1. Air Terjun Kanching, Lebuhraya KL-Rawang (30 km Daripada KL)

Sumber Gambar ExpatGo

Air Terjun Kanching ini salah satu tarikan pelancong yang sangat popular, dan selalu ramai ornag berkunjung di sini pada hujung minggu. Kalau korang nak ke sini, dinasihatkan untuk tidak pergi pada hujung minggu bagi mengelakkan kesesakan orang ramai, dan dapat menikmati keindahan alam di sini dengan lebih tenang. Air terjun ini mempunyai tujuh tingkat yang terdapat kolam, lata dan air terjun menegak yang mengalir sehingga ke Hutan Lipur Kanching. Tingkat keenam dan ketujuh air terjun ini merupakan tarikan utama, dan tingkat bawahnya pula lokasi yang sesuai untuk mereka yang ingin berkelah, pondok juga disediakan untuk aktiviti tersebut.

Jarak Air Terjun Kanching dari Kuala Lumpur ialah sekitar 30 km kalau korang guna Lebuhraya KL-Rawang. Korang boleh ke sini dengan menggunakan kereta. Air Terjun Kanching senang untuk dicari kerana lokasinya ada di Waze atau Google Maps seperti DI SINI.

 

2. Air Terjun Sungai Gabai, Hulu Langat (36 km Daripada KL)

Sumber Gambar Wikipedia

Ada lagi satu air terjun yang popular bagi korang yang duduk sekitar Lembah Klang, masih dalam Selangor, terletak di Hulu Langat. Nama air terjun ini ialah Air Terjun Gabai. Tarikan utama air terjun ini ialah kawasannya yang redup dan air sungainya yang sangat jernih. Disebabkan kawasannya yang redup, kalau korang nak datang waktu tengah hari pun tak apa kerana tak panas. Tinggi Air Terjun Gabai ialah 50 meter dan airnya yang sangat jernih pasti menjadi kegemaran terutamanya untuk korang yang bercadang nak mandi dekat sini.

Di kawasan air terjun ini juga terdapat pelbagai kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas dan surau, sesuai juga kalau korang nak berkelah. Jarak lokasi air terjun ni dari KL sekitar 36km dan korang boleh datang sini dengan dua cara sama ada menaiki MRT dan bas, boleh tengok di sini atau memandu sendiri. Lokasi air terjun ini juga ada di Google Maps, tengok di sini. Bayaran masuk ke Air Terjun Gabai ini cuma RM 1 seorang.

 

3. Air Terjun Kemensah, Ampang (21 km Dari KL)

Sumber Gambar Nicholas Flickr

Di sini korang akan temui kawasan air terjun yang jarang diketahui orang ramai dan belum tercemar, terletak di sekitar jalan keluar dari LebuhRaya MRR2 di Zoo Negara. Salah satu sebab tempat ini tidak begitu diketahui lokasi tepatnya kerana kalau nak ke sini, korang perlu ‘hiking‘ selama 45 minit dari tempat letak kereta, di pintu masuk Institut Budaya Baru Melayu untuk sampai ke bahagian bawah atau peringkat pertama Air Terjun Kemensah ni, yang juga disebut sebagai Lata Shem.

Jarak Air Terjun Kemensah dari Kuala Lumpur sekitar 21km jika menggunakan Jalan Lingkaran Tengah 2/Laluan 28 seperti di sini. Bila korang sampai ke hujung selepas melalui Zoo Negara dan Kampung Kemensah, korang akan jumpa Institut Budaya Baru Melayu, letak kenderaan korang kat sana jalan ke pondok pengawal dan ambil jejak untuk hiking di sebelah kanan. Korang pun boleh ke sini dengan menggunakan bas, LRT atau MRT seperti di sini.

 

Pantai (Beach)

4. Pantai Morib, Banting (74 km Dari KL)

Sumber Gambar Edison Liew

Pantai Morib ni tak perlu diperjelaskan lagi keadaan pantainya yang sangat cantik kerana korang pasti ramai tahu pasal pantai ni. Pantai Morib sering dijadikan tempat pelbagai event dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sini, terutamanya aktiviti riadah laut seperti memancing dan mencari siput buluh. Namun terdapat had untuk melakukan beberapa aktiviti air di Pantai Morib kerana benteng penahan air pasangnya yang agak tinggi. Selain itu, korang boleh menunggu air surut untuk melihat pemandangan pasir seperti dalam gambar di atas.

Nak pergi ke Pantai Morib ini mudah bagi mereka yang memandu kerana lokasinya ada di Googlee Maps, di sini. Jarak pantai ini dari KL sekitar 74km jika menggunakan Lebuhraya Klang Selatan. Korang juga boleh menaiki bas untuk ke tempat ini, tengok di sini.

 

5. Pantai Kelanang, Banting (69 km dari KL)

Sumber Gambar Syamil_zaki

Pantai Kelenang ini terletak di kawasan sebuah kampung nelayan di Banting, Selangor iaitu Kampung Kelanang. Keunikan kawasan ini ialah selain dari dapat melihat kapal-kapal dagang di pesisir pantai, korang boleh melihat keindahan pohon bakau di sini, yang memberikan pemndangan yang sangat indah terutamanya ketika air pasang pada waktu senja. pantai ini tiada tembok atau batuan, jadi sangat sesuai kalau korang bercadang untuk berkelah di sini atau membuat aktiviti barbeku. Korang nak mandi laut pun boleh, jangan risau kerana terdapat pengawal pantai di sini.

Jarak antara pantai ini dari Kuala Lumpur ialah sekitar 69 km jika melalui Lebuhraya Klang Selatan. Nak memandu ke sini tidak susah kerana lokasinya korang boleh cari di Google Maps, lihat di sini.

 

6. Pantai Bagan Lalang, Tanjong Sepat (80 km Dari KL)

Sumber Gambar Visit Malaysia

Pantai Bagan Lalang ini terletak di bahagian selatan Selangor, iaitu Tanjong Sepat. Walaupun jauh di hujung Selangor, pantai ini sangat popular sebab keindahannya. Antara sebabnya ialah terdapat sebuah resort atas laut yang besar dan sangat cantik di sini iaitu Avani Sepang Gold Coast. Kedai makan, kedai cenderamata, tempat penginapan dan pelbagai lagi kemudahan mudah didapati tidak jauh dari kawasan pantai ini. Pemandangan senja di pantai ini juga cukup indah untuk aktiviti bergambar. Bagi korang yang suka memancing, Pantai Bagan Lalang juga mempunyai beberapa port untuk korang memancing.

Dari Kuala Lumpur, jarak pantai ini sekitar 80 km melalui L:ebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya. Korang boleh memandu jika nak ke sini dan lokasinya korang boleh dapatkan di Google Maps, lihat di sini.

 

Banyak sebenarnya tempat bercuti seperti pantai dan air terjun yang dekat dengan kawasan Lembah Klang. Marilah kita bercuti di dalam negeri bagi membantu menaikkan ekonomi tempatan. Paling penting sekali, bercuti macam mana sekalipun, wajib jaga SOP keran COVID19 masih lagi belum lenyap. Nak tahu tips jimat bercuti boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button