Banyak Akaun Bank Kena Hack Sekarang, Ini Wajib Buat Di Facebook Untuk Elak Duit Hilang Kena Scam
Cara Elak Akaun Bank Kena Hack Dengan Ubah Tetapan Di Facebook
Kebelakangan ini banyak sangat kes akaun bank kena hack dengan scammer sehingga hilang duit dalam akaun bank tersebut. Antara sebabnya kejadian ini semakin banyak dilaporkan adalah kerana sekarang semuanya boleh dilakukan secara online atau atas talian. Maka lebih mudah untuk scammer terus mengambil kesempatan dengan menggodam secara online juga. Kadang tu mereka boleh buat sekejap sahaja dan sekelip mata je duit kita boleh hilang.
Jadi sebagai pengguna, apa yang kita boleh buat adalah sekurang-kurangnya mengurangkan risiko daripada berlakunya kejadian digodam ini. Antara yang kita boleh lakukan adalah dengan mengubah tetapan yang ada di telefon pintar kita menjadikannya lebih selamat. Bukan apa, kadang-kadang ada aplikasi yang kita tak sedar pun secara tak langsung mempunyai akses kepada akaun bank kita. Mungkin juga kita ada buat tanpa sedar, maka lebih baik kita semak semula.
Cara Elak Akaun Bank Kena Hack Dengan Ubah Tetapan Di Facebook
Berikut adalah perkongsian saudara Muhammad Shah di Facebook beliau mengenai cara untuk mengelakkan daripada akaun bank kita kena hack seperti berikut:
Banyak dah ni orang hack2 account bank kita…Facebook pun blh tengok apa aktiviti kita diluar facebook seperti Maybank,cimb dan apa2 Apps yg kita guna…so better offkan sebelum apa2 terjadi..kat sini aku sertakan sekali cara2nya…palataou atau tak…terserah..duit korang bukan duit aku …
1. Klik 3 garisan di Homepage Aplikasi Facebook
2. Klik Setting & Privacy dan klik pada Setting
3. Klik pilihan Off-Facebook activity
4. Paparan aktiviti luar Facebook akan dipaparkan di sini
5. Klik pada Disconnect future activity
6. Klik pada butang future off-facebook activity
7. Klik Turn off
Selesai.
Mudah sahaja kan nak selamatkan akaun bank kita daripada kena hack dengan scammer. Memanglah ini belum memastikan kita dijamin tidak kena godam tetapi sekurang-kurangnya dah buat satu langkah untuk mengurangkan risiko perkara tersebut berlaku. Jangan lupa share pada kawan-kawan agar semua terselamat daripada hilang duit di akaun bank. Kalau nak semak peranti di perbankan online kita boleh ikut cara di SINI.