AgamaInformasi

Amalan Bulan Zulhijjah & Hari Arafah Serta Kelebihannya (Sunnah) – JAKIM

Senarai Amalan Yang Disunatkan Pada 10 Hari Pertama Zulhijjah Dan Fadilatnya

Musim haji bakal tiba lagi pada tahun ini jadi apakah amalan bulan zulhijjah yang sunat kita lakukan? Kita akan menghampiri bulan Zulhijjah iaitu merupakan salah satu bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam. Selain daripada amalan menunaikan haji yang berlaku hanya dalam bulan Zulhijjah ini, umat Islam yang tidak berkesempatan menunaikan Haji boleh merebut peluang beramal soleh bagi 10 hari pertama bulan Zulhijjah.

Ini kerana sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah ini merupakan antara hari-hari terbaik untuk beramal soleh berikutan fadilatnya. Dalam hari-hari tersebut juga terdapatnya Hari Arafah di mana disunatkan berpuasa kerana ganjarannya tidak dapat pada hari lain. Kelebihannya akan dikongsikan di bawah.

Senarai Amalan Bulan Zulhijjah – Perkara Yang Disunatkan Pada Bulan Zulhijjah Dan Fadilatnya

Sebelum beramal, mesti nak tahu betul ke amalan bulan zulhijjah ini disunatkan untuk dilakukan kan. Jadi keteranggannya adalah seperti berikut:

Dalil Kelebihan Zulhijjah

Al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, Daripada Nabi SAW, Baginda bersabda:

مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ يَعْنِي أَيَّامَ الْعَشْرِ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللهِ ، وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ؟ قَالَ : وَلاَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ.

Maksudnya: “Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969),Abu Daud (2438),Ibn Majah (1727),al-Tirmizi (757

Sumber Gambar JAKIM

Amalan Sunat Zulhijjah

Antara amalan bulan zulhijjah yang boleh diamalkan pada 10 hari terawal 10 Zulhijjah adalah seperti berikut:

1. Berpuasa Sunat

Umat Islam dibenarkan berpuasa sunat pada bila-bila masa kecuali hari yang diharamkan berpuasa. Justeru pada 1 Zulhijjah hingga 9 Zulhijjah boleh lah umat Islam berpuasa malah amat digalakkan pada Hari Arafah menurut hadis berikut:

Diriwayatkan juga daripada salah seorang isteri Nabi SAW:

أَﻥّ اﻟﻨَّﺒِﻲ ﺻَﻠّﻰ اﻟﻠﻪُ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛَﺎﻥَ ﻻ ﻳَﺪَﻉٌ ﺻِﻴَﺎﻡَ ﺗﺴﻊِ ﺫِﻱ اﻟﺤِﺠّﺔِ

Maksudnya :” Bahawa Nabi SAW tidak meninggalkan puasa  9 Zulhijjah.”

Riwayat Abu Daud (2438)

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.;

Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.”

Riwayat Muslim (1977)

Hari Arafah atau juga dikenali sebagai Hari Wukuf adalah pada 9 Zulhijjah di mana umat Islam yang melakukan ibadah haji akan berwukuf di arafah yang merupakan kemuncak ibadah tersebut.

Baca Juga: Cara Lafaz Niat Puasa Sunat Hari Arafah

2. Perbanyak Solat Sunat

Solat merupakan ibadah paling utama dalam islam dan merupakan rukun kedua dalam rukun Islam iaitu mendirikan solat fardu lima waktu. Solat sunat juga boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali waktu haram untuk melakukan solat sunat dan tergantung pada jenis solat sunat juga.

Terdapat pelbagai jenis solat sunat yang boleh diamalkan antaranya:

3. Melazimi Berzikir

Ini merupakan amalan yang sangat istimewa kerana bagi wanita yang datang haid juga turut boleh melakukan amalan ini. Keutamaan berzikir pada 10 hari terawal Zulhijjah turut dinyatakan dalam hadis berikut:

Diriwayatkan dalam Musnad Al-Imam Ahmad daripada Ibnu Umar RA, daripda Nabi SAW, Baginda bersabda,

مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إلِيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ أَيَّامِ عَشْرِ ذِي الْحِجَّةِ أَوْ قَالَ : هَذِه الْأيَّامِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنَ التَّسْبِيح وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ وَالتَّهْلِيلِ

Maksudnya: ” Tiada hari-hari yang lebih agung dan disukai oleh Allah untuk beramal soleh selain 10 hari ini. Maka, perbanyakanlah tahlil, takbir, dan tahmid pada-Nya.

Riwayat Imam Ahmad (6154)

4. Membaca Atau Mendengar Ayat Al-Quran

Membaca Al-Quran juga merupakan salah satu amalan yang memberikan banyak pahala kepada pembacanya. Bukan sahaja membaca, melihat malah mendengar nya juga dapat pahala. Justeru bagi kaum hawa yang datang haid juga boleh merebut peluang mendapatkan pahala dengan mendengar alunan ayat suci Al-Quran.

Adalah lebih baik juga jika dapat membaca dan memahami ayat berikut iaitu terjemahan dan tafsirnya atau dipanggil tadabbur quran. Pastinya dengan memahami makna ayat quran akan lebih memberi kesan dan kebaikan pada kita.

5. Memperbanyakkan Berdoa

Berdoa adalah amalan yang boleh dilakukan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Namun ada juga masa yang terbaik untuk berdoa. Antaranya adalah pada Hari Arafah. Ini dapat dilihat berdasarkan hadith berikut:

Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”.

Riwayat al-Tirmizi (3509)

Selain daripada amalan yang dinyatakan di atas, sebenarnya banyak lagi amalan lain yang boleh diamalkan sepanjang bulan Zulhijjah. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Sedekah 
    Boleh sedekah secara online seperti di masjid, surau, pusat kebajikan, rumah anak-anak yatim dan sebagainya
  • Hadir Majlis Ilmu
    Boleh juga mendengar ceramah yang ditayangkan di televisyen mahupun secara online
  • Istighfar
    Bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah atas segala kesilapan yang lalu
  • Amar Makruf Nahi Mungkar
    Melakukan perkara yang baik dan berfaedah serta menjauhi larangan atau maksiat

Semoga perkongsian ini dapat memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang amalan bulan zulhijjah yang boleh dibuat sepanjang bulan malah pada waktu lain juga. Tiada amalan yang khusus yang mesti dilakukan namun amalan-amalan sunat yang dinyatakan amat digalakkan dilakukakn untuk memperoleh pahala. InshaAllah sama-sama kita usaha untuk mendapat keredhaanNya. Jangan lupa share artikel ini pada orang lain agar mereka dapat manfaat yang sama. Kelebihan malam Nisfu Syabaan boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button