PermohonanCara Mudah

Cara Mohon Bakul Prihatin Negara (Barangan RM50). Semua Layak Mohon Jika Pendapatan Terjejas

Cara Mohon Bakul Prihatin Negara Barangan Keperluan Bakul Makanan (RM50)

Macam mana cara mohon Bakul Prihatin Negara? Situasi negara yang masih dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) menyebabkan masih ramai antara kita tak dapat bekerja dan terjejas pendapatan kan. Jangan risau, kerajaan ada sediakan beberapa jenis bantuan selain bantuan kewangan seperti Bantuan Prihatin Rakyat BPR dan sebagainya. Salah satu inisiatif lain kerajaan adalah Bakul Prihatin Negara.

Program Bakul Prihatin Negara ini baru je dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 15 Julai 2021 yang lalu. Ianya menunjukkan kerajaan komited memelihara kesejahteraan rakyat khususnya bagi membantu kumpulan rentan seperti B40 dan miskin tegar menerusi Yayasan Kebajikan Negara. Program macam ini lah yang memang kita harapkan dapat bantu kita masa susah.

Cara Mohon Bakul Prihatin Negara Barangan Keperluan Makanan (RM50)

Macam mana nak dapatkan bantuan Bakul Prihatin Makanan ni? Mudah je, caranya akan dikongsikan di bawah bersama info penting lain yang berkaitan

Syarat Kelayakan

Siapa yang layak dapat Bakul Prihatin Negara ni? Mereka yang layak adalah semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19

Nota: Setiap keluarga hanya dibenarkan untuk menerima satu Bakul Prihatin Negara sahaja. Walau bagaimanapun, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan membuat semakan terperinci jika terdapat keluarga yang memerlukan lebih daripada satu Bakul Prihatin (bagi kes-kes yang tertentu yang difikirkan wajar dan perlu)

Barangan Dalam Bakul Prihatin

Untuk setiap bakul tersebut, terdapat lapan jenis barangan iaitu:

  1. Beras 5kg
  2. Gula 1kg
  3. Tepung 2kg
  4. Bihun 400gm
  5. Kicap 650ml
  6. Sardin 230gm
  7. Biskut
  8. Kopi

Cara Memohon

Orang ramai yang layak menerima bantuan ini boleh membuat permohonan menerusi empat kaedah iaitu:

1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri

 

2. Hubungi Talian Kasih di Talian 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999 / O17-3729702

3. Menghubungi Media Sosial Rasmi: 

  • Facebook KPWKM / JKM
  • Twitter KPWKM / JKM
  • Instagram KPWKM / JKM

4. Menghubungi Pemimpin Tempatan / Setempat

 

Proses Pemberian Bakul

Bagi penerima yang layak, setelah mendapat butiran penuh daripada pemohon, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerahkan bantuan ini kepada Skuad Prihatin Negara untuk diagihkan kepada pemohon.

Pemohon akan menerima Bakul tersebut dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Namun, penghantaran bergantung juga pada hari bekerja, jumlah permohonan harian. jarak dan bentuk muka bumi.

Maklumat lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, boleh rujuk maklumat yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) seperti berikut:

Mudah je nak dapatkan bantuan ni kan. Semoga dapat bantu mereka yang dalam kesusahan tu. Kalau dah dapat boleh share pada yang lain. Semoga bermanfaat. Kalau bantuan ni tak cukup juga boleh rujuk bantuan seperti foodbank yang ada seperti di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button