PermohonanKewangan

Cara Mohon Bantuan Kelahiran Anak Setiap Negeri Sehingga RM1000

Bantuan Kelahiran Anak & Ibu Bersalin Setiap Negeri

Pasti ramai ibu bapa yang tak tahu sebenarnya ada bantuan kelahiran anak dan juga ibu bersalin diberikan oleh kerajaan negeri masing-masing. Umum mengetahui apabila melahirkan anak memerlukan kos yang agak tinggi. Meskipun bayaran di hospital kerajaan adalah sedikit sahaja tetapi selepas kelahiran tersebut yang mungkin memerlukan duit lebih banyak seperti pembelian keperluan dan kelengkapan asas bayi seperti susu, lampin atau pampers dan sebagainya.

Justeru apabila melihat semua kos-kos ini pastinya pasangan suami isteri yang bakal menjadi ibu bapa terpinga-pinga dengan kos sara hidup yang bakal dihadapi. Menyedari hal ini kerajaan negeri telah mengambil beberapa pendekatan antaranya termasuklah memberikan bantuan kewangan kepada ibu yang baru sahaja melahirkan ataupun anak yang baru dilahirkan. Antaranya boleh rujuk senarai dikongsikan di bawah.

Cara Mohon Bantuan Kelahiran Anak Setiap Negeri

Berikut adalah senarai dan cara mohon bantuan kelahiran anak setiap negeri yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Selangor

Iltizam Anak Selangor RM 500 (RM100 Setahun) 

Iltizam Anak Selangor adalah skim yang diperkenalkan kerajaan Selangor iaitu pembukaan akaun simpanan SSPN Prime yang akan menerima wang tabungan bernilai RM100 setahun untuk tempoh 5 tahun. Seramai 30,000 orang anak-anak yang baru lahir di Negeri Selangor bermula kelahiran tahun 2022 disasarkan menjadi penerima skim ini. Maklumat lanjut permohonan:

  • Bantuan: RM500 (RM100 setahun untuk lima tahun) Wang Tabungan SSPN
  • Permohonan dibuka : Mulai 1 Ogos 2022
  • Pautan : https://anas.yawas.com.my/
  • Syarat Kelayakan:
    • Lahir mulai tahun 2022
    • Warganegara Malaysia
    • Anak lahir di Selangor
    • Penjaga menetap di Negeri Selangor
    • Penjaga merupakan pengundi berdaftar di Negeri Selangor

Wang tabungan di dalam akaun simpanan SSPN Prime yang diberikan kerajaan negeri ini hanya boleh dikeluarkan apabila umur anak telah mencapai 18 tahun dan ke atas. Setiap permohonan yang berjaya akan dikreditkan duit tabungan ke akaun tersebut mulai tahun 2022.

 

Johor

Dana Didik Johor RM100

Bagi anak yang lahir di negeri johor pula, Kerajaan Negeri Johor menyediakan sumpangan percuma caruman RM100 untuk setiap kelahiran bayi di Negeri Johor dalam akaun SSPN-i melalui Dana Didik Johor. Ianya merupakan Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor yang diberikan oleh Yayasan Pelajarn Johor. Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

  • Bantuan: RM 100 caruman dalam SSPN-i
  • Dibuka: 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022
  • Permohonan online: Pra Permohonan Dana Didik Johor
  • Syarat Kelayakan:
    • Bayi yang lahir gi Negeri Johor bermula 1 Januari 2022
    • Ibu dan Bapa kandung merupakan warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor)
    • Pendapatan ibu dan Bapa adalah di bawah RM7,000 sebulan.

Hantar permohonan dengan cara:

  • Emel ke : danadidikjohor@ypj.gov.my
  • Hantar ke pejabat:
    • Yayasan Pelajaran Johor
    • Cawangan Pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor
    • Jabatan Pendaftaran Negara (Negeri Johor)

 

Pahang

Pahang Pride Kid RM200

Bayi yang dilahirkan di Pahang akan terima saguhati berjumlah RM200 keseluruhan di bawah program Anak Kebanggaan Pahang atau Pahang Pride Kid. RM100 akan diberikan bagi pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang manakala RM100 lagi akan diberikan dalam bentuk simpanan menerusi akaun simpanan i-Nuri. Maklumat lanjut seperti berikut:

  • Bantuan: RM200 (Rm100 barangan & RM100 simpanan)
  • Pautan: https://erakyat.pahang.gov.my/
  • Syarat Kelayakan:
    • Bayi dilahirkan adalah warganegara Malaysia
    • Dilahirkan di Negeri Pahang
  • Dokumen Diperlukan:
    • Kad Pengenalan Ibu Bapa/ Penjaga
    • Sijil Lahir Kanak-Kanak
    • Sijil Tahnuah Bayi Kebangggan Pahang 2022
    • Slip Pendaftaran e-Rakyat

 

Sarawak

Endowment Fund Sarawak (EFS) RM1,000 & Bantuan Ibu Bersalin RM450

Untuk ibu bapa (atau salah seorang) rakyat Sarawak yang baru kelahiran anak mereka, bolehlah memohon bantuan rakyat ini iaitu: Endowment Fund Sarawak (EFS) : Bantuan Bayi Kelahiran Sarawak bernilai RM1,000 & Insentif Bantuan Ibu Bersalin bernilai RM450. Berikut maklumat lanjut mengenainya:

Endowment Fund Sarawak (EFS) 

  • Bantuan: RM1000 dalam bentuk simpanan
  • Pautan: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/270/384/
  • Syarat kelayakan:
    • Adalah warganegara Malaysia
    • Lahir di Sarawak atau luar sarawak
    • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa adalah pemegang MyKad berstatus ‘K’
    • Permohonan dibuat semasa pendaftaran kelahiran atau dalam tempoh satu tahun selepas kelahiran

Bantuan Ibu Bersalin (BIB)

  • Bantuan : RM450 tunai
  • Pautan: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/270/383/
  • Syarat Kelayakan
    • Warganegara Malaysia
    • Ibu pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang kad pengenalan Sarawak  berstatus ‘K’ (Sarawak Connection)
    • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak; dan
    • Usia kandungan telah mencapai 22 minggu dan ke atas.

 

Untuk negeri-negeri lain akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga: Bantuan Perkahwinan Setiap Negeri

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button