PermohonanInformasi

Bantuan Khas Covid-19 NADMA RM100 Sehari Sehingga Maksimum 14 Hari (RM1400) Jika Dikuarantin & Bantuan Khas Kematian (RM5,000)

Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 NADMA Sekiranya Dikuarantin KKM Atau Positif Covid & Bantuan Khas Kematian

Bagaimana cara mohon bantuan khas COVID-19 NADMA? Sekarang ni kes COVID-19 semakin meningkat naik sehingga 5 angka bagi kes baharu harian. Makin ramai yang telah dijangkiti mahupun dikuarantin kerana menjadi kontak rapat kepada pesakit yang positif Covid. Kalau dulu dengar orang jauh dari kita kena, kini saudara mara kenalan kita pun dah mula terkena. Kalau dikuarantin atau positif pastinya tak dapat bekerja atau berniaga kan? Jangan risau ada bantuan bagi golongan ini iaitu Bantuan Khas COVID-19 NADMA.

Bantuan ini diberikan husus untuk warganegara Malaysia yang bekerja tetapi kehilangan sumber pendapatan atau tak dibayar gaji semasa tempoh dikuarantin atau berada di wad. Mungkin ramai yang keliru, bantuan ini berbeza dengan Bantuan Bayaran Penggantian Pendapatan sebanyak RM50 sehari di bawah skim mySalam. Untuk bantuan MySalam COVID-19 boleh baca lanjut di pautan di bawah

Baca juga: Cara Mohon MySalam COVID-19 

Cara Mohon Bantuan Khas COVID-19 NADMA Sekiranya Dikuarantin KKM Atau Positif Covid (RM100 sehari)

Berbeza dengan MySalam COVID-19 yang hanya diberikan kepada mereka yang layak menerima MySalam, Bantuan Khas COVID-19 NADMA mempunyai beberapa syarat kelayakan lain seperti di bawah. Informasi penting yang berkenaan juga akan dikongsikan berikut.

Kadar Nilai Bantuan

RM100 sehari sehingga maksimum 14 hari (one off) tertakluk kepada sepanjang tempoh dikenakan Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Bagi Kontak Covid-19 Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) atau menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk merawat Covid-19 (warded)

Bantuan khas ini akan diberikan hanya sekali sahaja (one-off) dalam tempoh penularan jangkitan COVID-19 dan tidak akan diberikan bagi kes yang berulang. Maksudnya sekiranya pesakit dijangkiti atau dikuarantin sekali lagi setelah sembuh, maka tidak layak untuk memohon lagi.

Syarat Kelayakan

Untuk menerima manfaat ini, pemohon mestilah merupakan Warganegara Malaysia yang bekerja di Malaysia tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji atas sebab:

  • Menerima Perintah Kuarantin COVID-19 dari Kementerian Kesihatan Malaysia (Annex14/Annex 17) di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). atau 
  • Menjalani rawatan COVID-19 di wad hospital (Discharge Note / Medical Certificate)
  • Hanya bagi mereka yang dikuarantin/dirawat sebelum atau pada 31 Mac 2022 sahaja yang layak memohon
  • Kuarantin/rawatan yang bermula pada 1 April 2022 adalah tidak layak
  • Tarikh akhir permohonan perlu sampai ke NADMA: Sebelum atau pada 30 April 2022. Permohonan yang diterima selepas dari tarikh ini adalah tidak layak dan tidak akan diproses.

Individu Tidak Layak Memohon

Beberapa kategori berikut adalah tidak layak mendapat manfaat ini:

  1. Bukan Warganegara Malaysia.
  2. Tidak dikenakan perintah Kuarantin COVID-19 (Annex 14 KKM) / tidak dirawat di wad hospital (warded) kerana COVID-19.
  3. Tidak bekerja di Malaysia ataupun tiada pekerjaan sebelum dikenakan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
  4. Masih mempunyai pendapatan atau menerima gaji dalam tempoh Pengawasan dan Pemerhatian/ menjalani rawatan di wad hospital (warded) ekoran COVID-19

Cara Memohon

Terdapat dua cara untuk menghantar permohonan. Berikut adalah langkah-langkahnya:

 

Hantarkan Permohonan Lengkap kepada:

  1. Melalui Pos kepada;

     Ketua Pengarah

    Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

    Jabatan Perdana Menteri

    Aras 7, Blok D5, Kompleks D

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62502 PUTRAJAYA

    (u.p. : Sekretariat KWABBN: Bantuan Khas COVID-19)

  2. Secara online di : https://bkcovid19.nadma.gov.my/v2/

Kaedah Pembayaran

Bayaran bantuan khas Covid-19 NADMA ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau terus kredit  ke Akaun Bank kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Penafian: Pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan atau menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.

Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA (RM5000)

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID19 NADMA ini merupakan bantuan one-off RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19. Ini termasuklah kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19.

Syarat Kelayakan

  • Hanya pengesahan kematian berkaitan COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) sahaja terpakai bagi pengesahan bantuan khas ini
  • Hanya kematian berkaitan COVID19 yang melibatkan warganegara Malaysia sahaja akan diberi bantuan khas ini melalui permohonan waris si mati
  • Hanya satu waris sahaja yang layak menerima bantuan khas ini. Jika terdapat lebih satu permohonan daripada waris-waris si mati. NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan yang pertama sahaja

Bagi memohon bantuan ini, waris si mati boleh lah mengikut langkah berikut:

  1. Mengisi borang permohonan dan memastikan dokumen-dokumen lengkap.
    • Borang Permohonan (Lampiran A) yang disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan COVID-19)
    • Salinan Sijil Kematian
    • Salinan Kad Pengenalan pemohon (Waris Si Mati)
    • Salinan Penyata Bank (Yang Masih Aktif) Pemohon (Waris Si Mati)
      *Nota: Permohonan dan dokumen yang tidak lengkap akan ditolak
  2. Menghantar permohonan yang lengkap melalui pos / email / whatsapp ke NADMA :

i. Alamat Pos:

Ketua Pengarah
Agensi Pengurusan Bencana Negara
(NADMA) Jabatan Perdana Menteri
Aras 7, Blok D5, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA
(u.p. : Sekretariat KWABBN)

ii. Alamat Rasmi E-mel

bkcovid19@nadma.gov.my

iii. Whatsapp

+60 11-1321 8056

Kaedah Pembayaran

Pembayaran bantuan khas ini akan dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Penafian: NADMA berhak bagi memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan ataupun menolak permohonan yang tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan

Semakan Status Permohonan

Setelah menghantar permohonan yang lengkap, pemohon boleh lah menyemak status di pautan berikut:

 

Jadi mudah je kan nak mohon bantuan ini. Sedikit sebanyak dapatlah membantu meringankan beban masing-masing kan. Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi NADMA di talian 03-8870 4800 atau rujuk FAQ di SINI. Semoga perkongsian ini memberi manfaat pada semua. Jangan lupa kongsikan pada lain yang terkesan.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button