Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Bantuan Tambahan STR 2023 / 2024
Kadar Bantuan Tambahan STR & Tarikh Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan tunai yang diberikan kerajaan tahun ini dengan pemberian bantuan tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah singkatannya SARA. Penambahbaikan ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan yang menyaksikan jumlah maksimum bantuan sehingga RM3,100 berbanding RM2,500 iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang terdahulu.
Penambahbaikan tersebut mengambil kira isi rumah sehingga lima orang anak dan lebih serta kadar tambahan bagi golongan miskin tegar. Seperti yang diketahui umum, Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif bantuan kerajaan yang termasuk di bawah konsep Payung Rahmah. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan khususnya dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.
Bantuan Tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Berikut dikongsikan lebih lanjut mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Tambahan iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta maklumat lain yang berkaitan.
TERKINI: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2025
- 4.1 juta penerima STR kategori isi rumah akan menerima SARA sehingga RM100 sebulan
- Bantuan SARA akan dikreditkan ke dalam MyKAD penerima bermula April 2025
KEMASKINI: Sumbangan Asas Rahmah (SARA) STR 2024
- Penerima STR akan menerima RM 100 sebulan (kredit dalam myKad) untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang-barang asas di kedai runcit
- Penjelasan mengikut kategori adalah seperti berikut:
KEMASKINI: Lebih 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARa) berjumlah RM600 secara keseluruhan mulai Isnin, 17 Julai 2023. – Perdana Menteri.
Video Penjelasan
Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah?
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah Sumbangan Tambahan kepada penerima bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih. Bantuan tersebut boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan makanan asas di pasaraya atau kedai runcit terpilih seluruh negara dengan menggunakan MyKad.
Sumbangan Asas Rahmah 2024
Kategori Kelayakan
Menurut FAQ LHDNM, kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini terhad kepada individu yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan
- Telah tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023
Tarikh Semakan
Bagi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024, semakan status kelayakan SARA boleh disemak mulai :
- 19 Januari 2024 (Jam 4.00 petang)
Cara Semak Kelayakan
i. Semakan Online
Status kelayakan boleh disemak di portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 di pautan:
Semakan Pelaksanaan SARA (Bagi penerima Semenanjung Malaysia) boleh dibuat menerusi portal MyKasih di pautan berikut:
ii. Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Penerima SARa yang layak akan mendapat maklumat menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp daripada Mykasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program SARa berserta masa dan tarikh bagi sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan
iii. Surat Pemakluman
Surat lulus STR 2024 bersekali kelayakan SARA akan dihantar kepada alamat berdaftar dalam permohonan STR
iv. Talian
Hubungi talian bantuan berikut:
- Talian LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
- Talian MyKasih: 03-77201800 (waktu operasi: 9 pagi – 5 petang)
Amaun Bantuan
Penerima yang layak mendapat Sumbangan Asas Rahmah (SARa) akan menerima bantuan dengan kadar amaun berjumlah:
- RM1,200 (RM100 setiap bulan) :
1. Isi Rumah –
i. Kahwin
ii. Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
2. Warga Emas Tiada Pasangan - RM600 (RM50 setiap bulan) : Bujang
Kaedah Pelaksanaan
1. Penerima daripada negeri Semenanjung Malaysia (SELAIN Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan)
- Akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless)
- Berjumlah RM100 / RM50 setiap bulan
- Bagi tempoh 12 bulan (Januari 2024 – Disember 2024)
- Secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima.
- Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad
2. Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
- Akan menerima bayaran RM600 / RM300 dua kali setahun
- Pada 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024
- Mengikut kategori melalui pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran STR 2024
Tarikh Bayaran
Penerima akan menerima elaun bulanan RM100 / RM50 secara bulanan selama setahun menerusi MyKad untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
- Pembayaran pertama akan dilakukan mulai 22 Januari 2024
- Bayaran seterusnya mulai Februari 2024 akan disalurkan ke akaun MyKad penerima pada 1 hari bulan setiap bulan
- Januari 2024 : Mulai 22 Januari 2024
- Februari 2024 : 1 Februari 2024
- Mac 2024 : 1 Mac 2024
- April 2024 : 1 April 2024
- Mei 2024 : 1 Mei 2024
- Jun 2024 : 1 Jun 2024
- Julai 2024 : 1 Julai 2024
- Ogos 2024 : 1 Ogos 2024
- September 2024 : 1 September 2024
- Oktober 2024 : 1 Oktober 2024
- November 2024 : 1 November 2024
- Disember 2024 : 1 Disember 2024
Tarikh Pelaksanaan
Bagi bayaran pertama tahun 2024, tarikh pelaksanaan adalah seperti berikut:
- Tarikh : 22 Januari 2024
- Negeri terlibat: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu
- Tarikh : 29 Januari 2023
- Negeri terlibat: Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor
- Tarikh : 19 Februari 2024 dan 12 Ogos 2024
- Negeri terlibat : Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan
Barangan Yang Boleh Dibeli
Terdapat 13 kategori produk yang diluluskan bagi membeli barangan keperluan asas iaitu:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mi Segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Bahan Perasa
- Produk Kebersihan
- Ubat-ubatan
- Barangan Persekolahan
Lokasi Pembelian
Lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh negara termasuk :
- Mydin
- Giant
- Econsave
- The Store
- Pacific Milimewa
- 99 Speedmart
- Lotus
- Dan pasar raya serta pasar mini bebas.
Senarai penuh pasar raya dan kedai runcit boleh semak di sini:
Langkah Pembelian
Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, berikut adalah Langkah untuk Membeli Brangan Bantuan Makanan:
1. Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga
2. Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
3. Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
4. Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaki pembelian
5. Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Soalan Lazim
Untuk maklumat lanjut bagi Sumbangan Asas Rahmah 2024, sila rujuk FAQ:
Sumbangan Asas Rahmah 2023
Kategori Kelayakan
Seperti dimaklumkan, kategori kelayakan bagi bantuan tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah adalah bagi penerima STR di bawah kategori isi rumah miskin tegar. Menurut FAQ LHDNM, kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada individu yang memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara Malaysia
- Telah tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar eKasih dalam rekod data Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Cara Semak Kelayakan
Penerima yang layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah miskin tegar yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih. Justeru untuk menyemak sama ada layak atau tidak mendapat bantuan tambahan ini adalah melalui cara berikut:
Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
Penerima SARa yang layak akan mendapat maklumat menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) atau aplikasi WhatsApp daripada Mykasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima di bawah program SARa berserta masa dan tarikh bagi sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang berdekatan.
Semakan Kelayakan SARA
1. Status kelayakan boleh disemak di portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 di pautan:
Paparan mereka yang layak terima SARA adalah seperti berikut:
Untuk yang tidak layak pula, paparan status adalah seperti di bawah:
2. Hubungi talian bantuan berikut:
- Talian LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Talian MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
Semakan Pelaksanaan SARA (Bagi penerima Semenanjung Malaysia)
1. Semakan pelaksanaan SARa boleh dibuat menerusi portal MyKasih di pautan berikut:
- Klik pada Semak Status di bahagian Semakan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah
- Masukkan Nombor MyKad dan kod Captcha dan klik Semak Status
- Paparan status layak atau tidak akan dipaparkan.
2. Boleh juga menghubungi MyKasih di talian:
- Talian MyKasih: 03-7720 1800 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang)
*Nota: Tiada Permohonan Untuk Sumbangan Asas Rahmah. Sumbangan Kelayakan SARA adalah penerima STR (berstatus lulus STR Sahaja) yang telah disemak silang dengan data Miskin Tegar eKasih sehingga 28 Februari 2023.
Kadar Bantuan
Menurut laman web rasmi Kementerian Kewangan, kerajaan akan memberi bantuan STR tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) sebanyak:
- RM100 setiap bulan selama 6 bulan (Jumlah RM600) : Semenanjung Malaysia
- RM600 sekaligus : Sabah, Sarawak, W.P. Labuan
Kaedah Penyaluran
Untuk penyaluran atau pengagihan bantuan tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dibuat dengan cara berbeza mengikut alamat penerima:
- Semenanjung Malaysia :
Penerima akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM100 setiap bulan bagi tempoh 6 bulan secara automatik melalui akaun yang dibuka menggunakan MyKad penerima. Justeru penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada kategori produk yang diluluskan di pasar raya/ kedai runcit terpilih seluruh Malaysia - Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan :
RM600 bayaran secara sekaligus melalui kaedah pengkreditan ke akaun bank / secara tunai, sama seperti kaedah pembayaran fasa 3 STR 2023
Tarikh Bayaran
Bantuan tambahan STR, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan disalurkan bermula hari Isnin, 17 Julai 2023. Bantuan akan diberikan selama 6 bulan mulai bulan Julai sehingga Disember 2023. Untuk perincian, sila rujuk jadual di bawah:
- SARA 1 : Julai 2023 – RM100
- SARA 2 : Ogos 2023 – RM100
- SARA 3 : September 2023 – RM100
- SARA 4 : Oktober 2023 – RM100
- SARA 5 : November 2023 – RM100
- SARA 6 : Disember 2023 – RM100
*Tarikh terperinci akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan kerajaan
Sumber: https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html
Langkah Membeli Barangan Bantuan Makanan
Bagi penerima di Semenanjung Malaysia, berikut adalah Langkah untuk Membeli Brangan Bantuan Makanan:
1. Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 10 kategori makanan yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga
2. Tunjuk Mykad Untuk Pengesahan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
3. Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan
4. Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaki pembelian
5. Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
10 Kategori Makanan Yang Diluluskan
Berikut adalah 10 kategori makanan yang diluluskan:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak Masak
- Tepung
- Biskut
- Mee Segera
- Minuman
- Makanan Dalam Tin
- Bahan Perasa
Bantuan tambahan STR
Sebagai makluman, berikut adalah infografik mengenai jumlah bayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara keseluruhan:
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang persoalan dan ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila rujuk perincian di pautan yang disediakan di bawah:
- Soalan Lazim Sumbangan Asas Rahmah (SARa)
- Laman Web Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
- Portal Rasmi MyKasih
- Facebook LHDNM
Baca juga: Tarikh Bantuan Kerajaan & Inisiatif Lain Tahun 2023