PermohonanCara Mudah

Bantuan Tiket Kapal Terbang RM300 eKredit Untuk Pelajar IPT Sabah & Sarawak

Inisiatif Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam

Kerajaan telah mengumumkan inisiatif baharu untuk rakyat iaitu bantuan tiket kapal terbang atau subsidi pembelian untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung , Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Hal ini pastinya merupakan berita baik buat para pelajar IPTA yang melanjutkan pelajaran di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan termasuklah pelajar daripada sana yang menyambung pelajaran di Semenanjung.

Umum mengetahui bahawa tiket penerbangan dari semenanjung ke Sabah, Sarawak & W.P. Labuan dan tiket baliknya juga adalah agak mahal khususnya bagi para pelajar yang tidak mempunyai pendapatan kerana masih belajar. Hal ini telah dipandang serius oleh pihak kerajaan justeru telah memperkenalkan inisiatif ini. Dengan adanya subsidi tiket penerbangan ini, pastinya mereka dapat membeli tiket dengan harga lebih murah berbanding harga asal. Keterangan lanjut mengenai inisiatif ini akan dikongsikan di bawah.

Bantuan Tiket Kapal Terbang Untuk Pelajar Universiti Awam Bagi Laluan Domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak & W.P. Labuan

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan pelajar universiti awam Sabah, Sarawak & Labuan serta info lain yang berkaitan:

Jumlah Bantuan

Pelajar yang layak menerima inisiatif subsidi ini akan menerima bantuan berjumlah:

  • RM300 
  • Melalui kaedah kredit (credit shell) di mana syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 untuk setiap pelajar yang layak

Terma & Syarat

Untuk mendapatkan bantuan subsidi ini, terma dan syaratnya adalah seperti berikut:

1. Pelajar yang layak menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut:

  • Berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung;
  • Berasal dari Semenanjung (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
  • Berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan
  • Berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
  • Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang
    menuntut di Sabah atau Sarawak;

2. Hanya sah bagi pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan)

3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan:

  • Malaysia Airlines
  • AirAsia
  • Batik Air
  • Firefly
  • MYAirline

4. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Oktober 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Tarikh Permohonan

Untuk memohon bantuan subsidi tiket penerbangan RM300 ini, pelajar hendaklah membuat permohonan mulai tarikh berikut:

  • Mula : 15 Ogos 2023 
  • Tamat : 1 Oktober 2023
  • Tarikh Akhir Penebusan : 31 Oktober 2023

Walau bagaimanapun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah masih dibenarkan

Cara Permohonan

Bagi yang layak mendapat bantuan, permohonan mendapatkan subsidi ini bolehlah dibuat dengan mengikuti langkah berikut:

Semak Kelayakan

  • Pelajar perlu terlebih dahulu membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan di pautan : https://subsidiudara.mot.gov.my/
  • Jika layak, boleh mohon baucar digital menerusi laman web syarikat penerbangan yang dipilih
  • Jika tidak layak, bolehlah membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing

Memohon Bantuan

  • Bagi mereka yang layak, hendaklah membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar

Pengeluaran Baucar Digital

  • Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.
  • Jika harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya (Rujuk Lampiran 1 di bawah)
  • Justeru pelajar boleh menggunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai bantuan subsidi tiket penerbangan bagi pelajar IPTA ini, sila rujuk perincian yang disediakan berikut:

Diharapkan pelaksanaan inisiatif ini dapat mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian sekaligus dapat menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia Madani

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button