InformasiKewangan

Barang Hotel Boleh Bawa Balik & Tak Boleh Ambil Kena Bayar Pula Nanti!

Senarai Barangan Hotel Yang Boleh Diambil Setelah Checkout

Ramai yang nak pergi bercuti atau melancong ke tempat peranginan sekarang ni kan tapi ada lagi tak tahu barang hotel boleh bawa balik yang mana satu. Kalau dah melancong tu mestilah akan duduk hotel kan. Selain hotel ada juga pilihan lain seperti homestay ataupun khemah jika berkelah tepi pantai atau di air terjun. Tapi hotel adalah paling popular kerana lebih banyak pilihan dengan harga yang murah hinggalah mahal. Pernah tahu tak sebenarnya ada barang hotel boleh bawa balik atau kita ambil secara percuma setelah checkout?

Mungkin ada lagi yang tak tahu ada sesetengah barang di hotel yang kita tinggal tu sebenarnya dah termasuk dalam bayaran caj tidur semalaman kita. Maksudnya korang dibenarkan bawa balik barang tersebut tanpa caj atau bayaran tambahan. Kalau tinggal lebih daripada sehari pula, kalau barang tersebut (sesetengah barang sahaja) habis dipakai akan digantikan dengan yang baru lagi untuk hari kedua. Jadi apa barang-barang tersebut?

Senarai Barang Hotel Boleh Bawa Balik Rumah Setelah Checkout

Untuk yang masih belum tahu, ini perkongsian mengenai barang hotel atau resort yang boleh diambil bawa balik oleh pelanggan. Tapi, bukan semua hotel juga sediakan yang sama ya. Kena tengok dan baca peraturan dekat hotel tu, selalunya ada ditampal belakang pintu bilik. Kelazimannya barang-barang tersebut adalah:

Barang Hotel Boleh Bawa Balik:

1. Toiletries

Sumber Gambar Vectairsystems

Peralatan mandian atau toiletries ini adalah antara barang yang kebanyakan hotel sediakan cukup untuk kegunaan sehari sahaja. Ianya diisikan dalam botol kecil dan akan ditambah mengikut bilangan hari yang korang tinggal di hotel tersebut. Jadi kalau tak habis atau tak pakai langsung bolehlah bawa balik. Tapi ada juga sesetengah hotel yang menyediakan sabun jenis refill yang melekat di dinding hotel. Kalau macam ni korang jangan pula bawa balik! Kena bayar ganti rugi pula nanti. Antara peralatan toiletries selalunya adalah:

  • Sabun Mandi
  • Syampu
  • Perapi rambut
  • Losyen
  • Sabun Buku
  • Berus & Ubat Gigi
  • Shower cap
  • Pencukur
  • Pek alatan menjahit

2. Beg Pakaian / Laundry Bag

Beg plastik yang disediakan di hotel selalunya dalam laci atau di bilik air adalah percuma. Ianya dipanggil sebagai laundry bag untuk korang isi baju basah mandi di kolam ke atau baju kotor korang yang dah dipakai, sesetengah hotel 4 atau 5 bintang menyediakan beg kain dan bukan plastik. Beg itu juga boleh dibawa pulang.

 

3. Selipar Bilik / Hotel Sandals

Sumber Gambar Carousell

Selalunya selipar ini diletakkan di dalam almari hotel bahagian laci atau bahagian bawah. Ianya adalah selipar alas kaki yang lembut seperti gambar di bawah ni yang selalu diletakkan dalam plastik atau diikat dengan kertas. Selipar ni memang untuk sekali guna juga atau pakai buang untuk seorang tetamu hotel je. Jadi kalau korang tak pakai boleh lah ambil bawa balik rumah.

 

4. Tisu

Ini memang paling biasa untuk orang bawa balik. Lagi-lagi yang ada kereta tu, boleh ambil tisu meja untuk letak dalam kereta korang dah jimat tak perlu beli tisu lagi. Tapi ingat ambil kotak tisu nya sahaja, bekas atau hiasannya jangan diambil pula. Tisu tandas tu pun korang boleh ambil juga.

 

5, Botol Air Mineral

Yang ni mungkin ramai keliru dan tersalah ambil sebab ada beberapa hotel sediakan air mineral dan juga air berperisa seperti minuman berkarbonat dalam peti sejuk. Lazimnya yang percuma adalah air mineral sahaja, kalau air manis ni kena bayar boleh tengok senarai atas meja.

 

6. Paket Kopi, Teh & Sebagainya

Untuk hotel-hotel tiga bintang ke atas lah selalunya akan disediakan paket bancuhan segera minuman seperti kopi atau teh bersama gula atau krimer. Kalau korang tak minum atau hotel tu dah sediakan sarapan pagi sekali, paket-paket ni korang boleh lah bawa balik. Ada juga yang kalau tinggal 2 malam tu hari pertama dah simpan dalam beg awal-awal sebab esoknya housekeeping akan isi yang baru.

 

7. Pen / Pensil & Kertas Nota

Sumber Gambar Tripadvisor

Hotel-hotel juga ada sediakan pen atau pensil beserta kertas nota di atas meja untuk korang tulis apa-apa masa cuti, mana tahu tiba-tiba idea datang kan. Jadi kalau tak pakai, boleh lah ambil juga buat kenang-kenangan. Boleh juga tunjuk orang ‘oh saya dah sampai sini dah ini buktinya’.

 

Barang Tak Boleh Diambil:

Ada juga beberapa barang yang korang tak boleh ambil, ataupun kalau diambil akan dicaj berapa ringgit mengikut barang tersebut. Antaranya adalah:

1. Tuala 

Sumber Gambar RitzCarlton

Tuala hotel yang diletakkan dalam tandas atau almari termasuklah tuala mandi, tuala muka ataupun alas kaki memang tak boleh dibawa balik ya. Kalau nak bawa balik juga bayarlah harga caj towel tersebut.

 

2. Jubah / Robe

Ini kalau korang pergi hotel 5 bintang lah selalunya ada, jubah atau robe yang digantung dalam almari atau berlipat dengan tuala dalam tandas. Yang ni pun sama macam tuala ya tak boleh bawa balik.

 

3. Penyangkut Baju

Dalam almari tu kadang-kadang ada banyak penyangkut baju, ingat ya penyangkut ni memang tak boleh dibawa balik. Ada tu kadang penyangkutnya dah melekat pun di almari hotel sebab tak nak bagi orang bawa balik.

 

4. Gelas, Cawan, Piring, Sudu

Walaupun cawan, gelas, piring dan sudu besi ni tiada lambang hotel tersebut, barang ni sememangnya tak boleh diambil dan bawa balik.

 

5. Bantal, sarung bantal, cadar

Ini pun sama juga walaupun ada sebahagian hotel bantal atau sarung cadar nya tak ada logo atau lambang hotel tersebut, korang sama sekali tak boleh bawa balik barang ni.

 

Dah tahu barang hotel boleh bawa balik dan tak boleh bawa balik tu lepasni jangan buat-buat lupa pula ya. Sebenarnya barang hotel boleh bawa balik seperti selipar dan toiletries ni boleh jadi kenangan juga mengingatkan kita pernah sampai dekat situ. Satu lagi tak adalah membazir kalau tak pakai tu kan, sebab kita dah bayar, rugi pula tak ambil. Untuk golongan B40, kita jangan suka membazir sangat, jom baca nasihat untuk B40 pasal duit yang wajib tahu di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button