Cara MudahPermohonan

Beli Online Barang Pos Lambat Sampai, Ini Cara Buat Aduan SKMM

Cara Buat Aduan Barang Pos Lambat Sampai

Sekarang ni ramai orang beli barang online kan, tapi ada je kes barang pos lambat sampai. Kadang tu kita faham mungkin sebab terlalu banyak order pada musim raya dan sebagainya kan. Tapi kalau bukan musim perayaan pun barang yang kita beli tu memang tak sampai-sampai dan lama kena ‘peram’ oleh kurier, takkan kita nak diam je kan. Kalau benda tu bukan makanan tak apa juga, tapi kalau ianya adalah makanan macam mangga dan sebagainya, habislah rosak kan dan rugi pula kita.

Ada kes tu pula barang disimpan lama dan bukan rosak tapi hilang pula. Takkan kita nak berdiam diri sahaja kan. Kalau korang beli dekat platform online shopping macam Lazada, Shopee dan sebagainya tak apa juga sebab boleh buat aduan dan terus dapat refund dekat situ. Tapi kalau korang beli dengan penjual melalui Instagram ke Facebook ke takkan nak buat report dekat situ kan. Memang tak dapat apa lah. Jangan risau dekat sini ada cara untuk buat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Cara Buat Aduan Barang Pos Lambat Sampai Kepada SKMM

Berikut adalah cara untuk buat aduan pada SKMM sekiranya barang yang dibeli atas talian lambat sampai atau rosak / hilang:

1. Layari laman sesawang SKMM

2. Klik ‘Aduan Baru’ dan isi maklumat berikut:

  • Jenis Aduan – Complaint
  • Jenis Perkhidmatan – Postal / Courier
  • Kategori – Postal & Courier Services
  • Subkategori –
    • Late Delivery : Penghantaran Lambat
    • Lost Letters / Parcel  : Hilang
    • Poor Service Delivery : Barang rosak ketika hantar
    • Postman Attitude Conduct : Sikap Kelakukan Penghantar
  • Pembekal Perkhidmatan – Nama Kurier

3. Isi maklumat peribadi di ruangan ‘Maklumat Pengadu’

4. Isi ruangan ‘Maklumat Aduan’ – Huraikan masalah dengan lebih spesifik

5. Isikan ruangan ‘Lokasi Masalah’ di mana tempat kejadian berlaku

6. Muatnaik bukti yang ada untuk kukuhkan lagi aduan. – Contohnya: screenshot tracking, perbualan chat dengan peniaga dan sebagainya.

7. Masukkan Kod Captcha, tandakan pada bahagian pengesahan dan klik Hantar / Submit

 

Selepas dah hantar aduan tu boleh rajin-rajin tengok emel untuk ketahui status terkini laporan tersebut. Kalau tiada apa juga boleh terus hubungi pihak SKMM di butiran berikut:

  • Talian Aduan :  1800 – 188 – 030
  • Faksimili : 03 – 8688 1880
  • SMS : SKMM ADUAN [Butiran Aduan] SMS ke 15888
  • Whatsapp: 016 – 2206 262
  • Emel: aduanskmm@cmc.gov.my
  • Laman Web: http://www.skmm.gov.my

 

Kalau korang dah beli barang online tapi barang yang sampai tu pula rosak atau salah hantar, jangan risau kerana korang boleh pulangkan semula dan dapatkan kembali duit korang. Klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button