Busuknya Bau Najis Kucing, Ini Cara Mudah Hilangkan Bau Kuat Supaya Tak Ganggu Jiran. Murah Je!
Cara Mudah Hilangkan Bau Najis Kucing Guna Petua Semulajadi
Bau najis kucing sememangnya kuat dan boleh mengganggu kita mahupun jiran kita jika tidak diurus dengan baik. Kucing antara binatang peliharaan yang popular di mana-mana sekalipun kerana manja dan juga comel. Namun begitu, ada sedikit yang tidak menyenangkan jika bercakap mengenai kucing iaitu najis atau tahi kucing. Ini kerana baunya kadang-kadang terlalu kuat dan busuk jika tidak diurus dengan betul.
Maklumlah ada sesetengah pencinta kucing ini yang pada suatu masa tu membela lebih daripada 1 ekor kucing ataupun kucingnya melahirkan anak dan menjadi banyak kucing yang dibela di rumah. Bila dah banyak ni memang boleh jadi tak terurus. Kalau duduk berjiran seperti di kawasan bandar, bau najis kucing peliharaan ini mungkin boleh menyumbang kepada rasa tidak senang atau mengganggu jiran tetangga yang lain.
Cara Hilangkan Bau Najis Kucing Guna Petua Semulajadi
Kalau kucing yang dibela dalam sangkar itu boleh tahan juga kerana ada tempat khusus untuk mereka buang najis, tetapi kalau yang dilepaskan tu barangkali boleh membuang di merata tempat. Tapi kalau dalam sangkar tu tak diurus dengan betul juga boleh mengundang ketidakselesaan jiran tetangga.
Jadi macam mana cara atau tips untuk hilangkan bau najis kucing secara semulajadi. Maksudnya tak perlu beli dan gunakan bahan kimia seperti pewangi dan sebagainya. Tips nya mudah sahaja dikongsikan worang ramai iaitu:
Bekas Arang
Gunakan arang untuk menghilangkan bau najis kucing. Ya betul arang untuk dibakar dengan api tersebut, tapi untuk ini tidak perlu bakar. Caranya mudah sahaja iaitu:
- Letakkan arang di dalam bekas, kalau boleh bekas yang tidak mudah terkeluar isinya untuk elakkan kucing bermain dengannya.
- Letakkan bekas tersebut di sebelah tandas kucing atau bekas pasir mereka.
Arang sebenarnya memiliki fungsi penyerapan yang sangat luar biasa iaitu mampu menyerap pelbagai jenis kuman dan juga bakteria yang menyebabkan bau busuk di udara.
Kredit: Norliza Hani
Gantung Arang
Masih menggunakan arang juga, tapi caranya berbeza iaitu digantungkan. Saudara ini berkongsi khusus untuk mereka yang bela kucing di dalam rumah. Bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:
- Arang
- Botol Air Mineral Besar
- Kain Kasa/Tisu
- Penebuk Lubang /Pisau
Caranya:
1. Beli arang tak perlu mahal-mahal pun, jenis untuk bakar lauk ada jual di kedai hardware satu paket besar sekitar RM4 – RM6 sahaja.
2. Potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebukkan lubang yang banyak seperti dalam gambar.
3. Masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh juga gunakan tisu atau kain biasa).
4. Setelah siap, boleh gantungkan atau letakkan di tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Untuk kucing yang tidak duduk dalam sangkar boleh letakkan tepi littterbox kucing.
Menurutnya, beliau dah cuba selama dua hari. Sememangnya berkesan!
Kredit: Mohd Fadli
Jadi kalau nak bela kucing dalam rumah lepasni dah tak ada masalah lagi. Najis kucing kini boleh kurangkan bau dengan guna tips yang ada. Kalau nak elakkan kucing berak merata di rumah ataupun di rumah jiran boleh cuba ikut tips di SINI