Beli Barang Dapur Sebulan Terus Lagi Jimat? Siapa Selalu Buat Macam Ni Dia Tahu Betul Tak
Tips Jimat Beli Barang Dapur Untuk Sebulan Terus
Setiap kali dapat gaji, antara benda yang kita akan buat dengan duit gaji adalah dengan beli barang dapur atau barang rumah. Masa ni lah kita akan check barang apa yang dah habis, barang apa yang nak beli baru. Kalau yang sentiasa semak dulu barang macam ni bagus jadi nanti tahu lah apa benda yang nak dibeli sebab dah tak ada kan.
Tapi, ada sesetengah orang yang suka pergi terus ke kedai atau pasar raya dan beli barang yang dia rasa dah habis tanpa periksa dulu. Sekali tengok-tengok, bila dah sampai rumah, baru perasan barang yang dibeli tu masih ada lagi. Habis dah membazir dekat situ kan. Kalau tak duit tu sebenarnya boleh pakai beli benda lain.
2 Tips Mudah Beli Barang Dapur untuk Tempoh Sebulan
Sumber Gambar MStar
Apa-apa benda yang kita nak lakukan, kita mestilah buat perancangan dulu. Barulah tak ada pembaziran atau penyesalan di masa akan datang. Antara salah satu cara yang terbaik untuk merancang beli barang rumah adalah dengan membelinya untuk satu bulan punya stok terus. Dengan cara ni, korang tak perlu dah nak pergi ke pasar raya beberapa kali sebulan. Jimat masa, jimat duit minyak duit parking semua.
Sebab itulah kitorang nak kongsikan tips beli barang dapur untuk tempoh sebulan yang dibuat oleh Elly Matin dekat bawah ni, supaya kita boleh sama-sama merancang dan berjimat dalam membeli barang-barang keperluan rumah.
1. Rancang Menu Harian untuk Sebulan
Tips ni bukan je boleh elak pembaziran, tapi juga boleh elakkan korang daripada pening kepala berfikir nak masak apa setiap hari. Bila dah rancang menu harian untuk sebulan, secara tak langsung, korang tahu dah barang apa yang nak dibeli bila ke pasar raya nanti. So pastikan dah siap-siap buat jadual menu 30 hari yang korang boleh ikuti. Nak ulang menu yang sama setiap minggu pun boleh, kalau ia lebih memudahkan.
2. Buat Senarai Barang yang Mahu Dibeli
Tips ni penting sebelum korang nak ke pasar raya untuk membeli barang keperluan rumah. Pastikan sebelum nak keluar beli barang, korang dah siap-siap senaraikan barang apa yang nak dibeli supaya nanti tak adalah rasa clueless dekat pasar raya. Dan pastikan juga korang ikut betul-betul senarai yang nak dibeli ni dan jangan pandai-pandai masukkan barang lain ke dalam troli.
Sebenarnya ada 3 kategori utama bila nak beli barang rumah ni, dan kitorang senaraikan sekali contoh barang-barang yang boleh dibeli untuk tahan sampai sebulan:
- Barang Dapur Kering
Kebanyakan barang dapur kering ni korang tak perlu nak beli setiap bulan pun. Contoh macam garam tu kadang-kadang boleh tahan sampai 4-5 bulan.
Beras | Maggi | Cili kering |
Sos Cili | Kicap | Garam |
Tepung | Gula | Serbuk Kunyit |
Sup Bunjut | Perencah Tom Yam | Serbuk Kari |
Cili Kering | Susu Pekat Manis | Serbuk Kurma |
Mihun | Bawang | Sardin |
Rempah Ratus | Sos Tiram | Minyak Masak |
Milo | Teh | Biskut |
Roti | Telur | Santan Kotak |
Serai | Halia | Lengkuas |
- Barang Dapur Basah
Barang dapur basah pula, kalau macam daging, ayam dan ikan boleh beli 2 minggu sekali kalau nak pastikan ia masih segar masa memasaknya. Kalau sayur pula korang boleh beli stok seminggu sekali sebab kadang-kadang sayur boleh cepat layu walaupun dah masuk dalam peti sejuk. Nak tahu tips simpan sayur agar tahan lama boleh baca di SINI
Ayam | Daging | Ikan |
Sotong | Udang | Cili |
Cendawan | Kangkung | Bayam |
Sawi | Kailan | Kacang Panjang |
Lobak Merah | Kentang | Kobis |
- Barang Keperluan Harian
Barang-barang ni pun tak semestinya kena beli setiap bulan. Contoh macam sabun pencuci pinggan, sabun mandi, syampu, bila dah nak habis baru pergi beli.
Sabun Mandi | Syampu | Ubat Gigi |
Berus Gigi | Pencuci Muka | Deodorant |
Bedak | Pampers Anak | Sabun Pencuci Pinggan |
Pencuci Lantai | Plastik Sampah | Aluminium Foil |
Sabun Basuh Baju | Tisu Dapur | Span Pencuci Pinggan |
Untuk bahan dapur yang basah atau kering, pastikan masih ada baki untuk memasak satu hari lagi, baru pergi beli yang baru. Bahan dapur kering pula digalakkan untuk beli banyak sekali gus di pasar borong sebab boleh dapat lagi murah dan barangnya pun boleh disimpan untuk satu tempoh yang lama.
Jadi, bila ikuti tips mudah untuk beli barang dapur ni, bolehlah korang dapat bajet siap-siap, berapa ringgit yang perlu diperuntukkan untuk beli barang-barang ni. Kalau nak lagi jimat, korang kena tahu tips beli barang dapur dengan jimat, yang boleh dibaca di SINI.