5 Tips Bersenam Bulan Puasa Walaupun Berpuasa Boleh Sihat! Nombor 4 Paling Penting!
Cara Mudah Bersenam Di Bulan Puasa
Boleh ke bersenam bulan puasa ni? Ramadhan adalah bulan di mana semua muslim bakal berpuasa sepanjang hari sebelum tibanya waktu maghrib untuk berbuka. Bulan Ramadan juga tanda jadual harian kita bakal berubah. Kita kena bangun lebih awal daripada biasa untuk bersahur, dan berpuasa hinggalah waktu berbuka tiba. Korang mungkin akan rasa lesu, tak bermaya dan kekurangan tenaga pada waktu siang.
Sumber Gambar Hello Doktor
Tapi macam mana pula dengan rutin senaman harian korang? Mesti rasa tak seronok nak bersenam dengan perut yang kosong dan dahaga, kan? Takut nanti pengsan pun boleh jadi. Habis nak buat macam mana? Sabar, jangan berhenti bersenam dulu! Bulan puasa tak sepatutnya menjadi alasan untuk menghentikan sesi senaman. Kalau selama ini korang dah bersusah payah bersenam untuk menyihatkan badan, takkan mahu berhenti terus sepanjang Ramadhan?
Tips Bersenam Bulan Puasa Agar Kekal Sihat Di Bulan Ramadhan
Apa yang korang boleh buat, mungkin mengubah waktu atau intensiti senaman sepanjang Ramadhan ni. Di bawah ni, kitorang senaraikan beberapa tips bersenam yang korang boleh ikuti sepanjang Ramadhan ni!
Tahu Limitasi Badan Sendiri
Sumber Gambar Xtra
Kalau korang rasa terlalu letih disebabkan puasa, amat digalakkan untuk tangguhkan sesi senaman daripada siang hari ke malam hari. Ataupun kalau malam mahu fokus pada ibadah, boleh saja bersenam di siang hari tetapi rendahkan intensiti senaman. Apa yang penting, korang tahu akan limitasi badan sendiri dan jangan terlalu memaksa badan takut akan tercedera dan dehidrasi. Nanti kang raya kat hospital pula sebab sibuk nak ‘body’ raya.
Ubah Waktu Bersenam
Sumber Gambar Bodyshot Performance
Banyak pakar yang mengatakan lebih baik untuk bersenam 30 minit sebelum waktu berbuka. Dengan cara ni, air dan tenaga yang dah digunakan semasa bersenam boleh didapatkan semula melalui juadah berbuka.
Korang juga boleh bersenam selepas berbuka, tapi pastikan tunggu sejam atau dua jam selepas makan untuk memastikan makanan sempat dicerna terlebih dahulu. Ataupun, kalau korang jenis rajin dan bangun awal, bolehlah bersenam sebelum bersahur.
Ubah Intensiti Senaman
Semasa bulan Ramadhan, digalakkan untuk mengubah intensiti senaman untuk mengelak kepenatan dan dehidrasi. Kalau mengangkat berat, kurangkan beratnya. Kalau berjoging selalu 10 km satu sesi, boleh kurangkan ke 5 km atau 2 km. Senaman intensiti tinggi seperti HIIT atau lari pecut, kalau masih mahu lakukan, lakukannya pada waktu malam saja, sebab kalau penat boleh minum air.
Jangan Tinggalkan Waktu Sahur
Sumber Gambar Maskulin
Jangan sesekali tinggalkan sahur. Kalau tak bersahur, kebarangkalian untuk korang makan banyak semasa berbuka adalah tinggi. Cuba untuk memperbanyakkan karbohidrat kompleks dan protein dalam sahur supaya bekalan tenaga untuk bersenam sambil berpuasa hari itu cukup. Antara makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks dan protein adalah:
- Oat
- Kekacang
- Buah-buahan dan sayur-sayuran
- Nasi perang
- Daging, ayam, dan ikan
Minum Air yang Mencukupi
Sumber Gambar Facebook
Jangan pandang rendah pada kebolehan air kosong. Apabila badan menerima jumlah air yang mencukupi, iaitu 8 gelas sehari, ia akan memberikan kesan yang positif pada tubuh badan, iaitu:
- Dapat mengurangkan rasa lapar.
- Dapat meningkatkan pembakaran kalori.
- Dapat membantu membuang sisa toksin dalam badan.
- Dapat mengurangkan kadar pengambilan kalori.
- Penting dalam proses pembakaran lemak.
Jadi, dengan tips-tips di atas ni, korang tak perlulah tinggalkan rutin senaman walaupun perlu berpuasa di bulan Ramadhan. Bersenam bulan puasa, bersenam juga. Ibadah jangan lupa! Bulan puasa ni konon nya nak diet sebab tak makan tapi bila berbuka makan banyak naik pulak berat badan? Macam mana nak diet masa bulan puasa ni? Boleh baca di SINI