Kenderaan

Butang Shift Lock Pada Gear Kereta Auto: Apa Gunanya & Bagaimana Caranya Berfungsi? Ini Dia…

Fungsi Butang Shift Lock Pada Gear Kereta Auto Dan Cara Guna

Fungsi Butang Shift Lock

Sumber Gambar Belleville Toyota

Bagi korang yang memandu kereta yang mempunyai transmisi automatik kalau perasan ada butang shift lock, pernah tak berada dalam situasi di mana kereta korang tak dapat bertukar ke gear lain dari gear Park(P), walaupun berapa kali korang cuba nak tukar gear tersebut? Kalau pernah, mungkin korang belum tahu fungsi butang kecil yang selalunya ada pada bahagian gear kereta korang disebut ‘shift lock button‘. Butang ini merupakan faktor keselamatan yang penting dalam hampir semua kereta moden hari ini, tetapi banyak pemandu kereta tidak benar-benar faham apa gunanya dan caranya berfungsi.

Apa Itu Butang ‘Shift Lock’?

Sumber Gambar Nissan Owner Channel

Butang ‘shift lock’ ini ialah buutang kecil yang kebiasannya terletak berdekatan pada tuil gear kereta korang. Kalau korang ada kereta auto, cuba lihat di bahagian gear kereta korang seperti dalam gambar di atas, kebiasannya butang ini akan mempunyai label ‘shift lock’ padanya. Tujuan utama butang ‘shift lock’ ialah bagi mengelakkan kereta korang secara tidak sengaja beralih atau bertukar gear dari gear Park(P), di mana keadaan tersebut boleh mendatangkan situasi yang bahaya kepada pemandu terutamanya ketika pemandu belum bersedia untuk menggerakkan kereta.

Bagaimana Butang ‘Shift Lock’ Berfungsi?

Sumber Gambar SpeedKar99

Butang ‘shift lock’ ini kebiasannya diaktifkan dengan menekan pedal brek pada kereta yang mempunyai transmisi automatik. Apabila pedal brek ditekan, ini menghantar ‘signal’ kepada unit komputer dalam kereta atau disebut sebagai unit pengawal enjin(ECU) bahawa pemandu bersedia untuk menukar gear kereta keluar dari gear Park(P). Kemudian, pemandu boleh menukar gear kepada gear yang diinginkan dengan menekan butang ‘shift lock’ dan menggerakkan tuil penukar gear pada kereta.

Tapi korang juga kena tahu, ada juga kereta yang sudah mengintegrasikan butang ‘shift lcock’ ini pada brek kereta itu sendiri, seperti kebanyakan kereta bertransmisi automatik moden yang terdapat pada zaman sekarang. Ini bermaksud, apabila pedal brek ditekan, butang ‘shift lock’ akan diaktfikan secara automatik, dan pemandu boleh menukar gear kereta tanpa perlu menekan butang ‘shift lock’ itu terlebih dahulu.

Kenapa Butang Shift Lock Penting Untuk Kereta?

Butang ‘shift lock’ ini merupakan ciri keselamatan yang sangat penting bagi kereta moden bertransmisi automatik kerana butang ini berfungsi dengan menghalang kejadian penukaran gear keluar dari gear Park(P) tanpa sengaja. Ini sangat penting terutamanya apabila kereta sedang diparkir di kawasan bukit atau cerun, penukaran gear keluar dari gear Park(P) tanpa sengaja boleh menyebabkan kereta menggelungsur ke bawah dan boleh menyebabkan berlakunya kemalangan.

Butang shift lock juga mampu menghalang kecurian kereta dari berlaku. Pencuri perlu tahu bagaimana hendak mengaktifkan butang ‘shift lock’ kereta tersebut untuk memandunya. Dan sesetengah kereta pula, butang ‘shift lock’ cuma dapat ditekan dengan menggunakan kunci khas yang disertakan bersama kunci kereta tersebut.

Bagaimana Hendak Menggunakan Butang Shift Lock?

Sumber Gambar Car From Japan

 

Kalau korang berada dalam situasi di mana kereta tak dapat dihidupkan atau bateri kereta mati, tanpa menggunakan shift lock, korang tak akan mampu menukar gear kereta korang seterusnya mengalihkan kereta korang ke tempat yang lebih selamat. Jadi, cara menggunakan butang shift lock ini sangat mudah sebenarnya. Untuk menukar gear keluar dari gear Park(P), cuma perlu melakukan langkah ini:

  1. Tekan pedal brek
  2. Cari butang ‘shift lock’ berdekatan pada tuil penukar gear
  3. Tekan butang ‘shift lock’ (ada kereta menggunakan kunci khas untuk perkara ini)
  4. Gerakkan tuil penukar gear ke gear yang diinginkan contohnya gear Drive (D).

Bagi kereta yang butang ‘shift lock’ sudah terintegrasi dengan pedal brek, korang cuma perlu menekan pedal brek bagi menukar gear tanpa perlu menekan butang lain yang berasingan.

Masalah Tipikal Dengan Butang Shift Lock

Walaupun butang ‘shift lock’ ini ialah ciri keselamatan yang berguna, namun kadang-kadang akan mendatangkan masalah kepada pemandu sekiranya butang ini mempunyai masalah. Masalah tipikal pada butang ‘shift lock’ ini ialah antaranya:

  • Butang ‘shift lock’ terlalu sukar untuk ditekan
  • Butang ‘shift lock’ tidak berfungsi
  • Kereta tidak bertukar gear walaupun butang ‘shift lock’ sudah ditekan.

Kalau korang menghadapi isu seperti ini, sangat penting untuk korang segera mendapatkan khidmat profesional bagi memeriksa masalah tersebut. Butang ‘shift lock’ yang bermasalah boleh mendatangkan bahaya kepada korang juga boleh menyebabkan kereta korang tersekat pada gear Park(P), menghalang korang dari memandu kereta tersebut.

Butang ‘shift lock’ ini mungkin nampak kecil, tapi fungsinya sebagai ciri keselamatan kereta korang sangat besar dan tak wajar diabaikan. Memahami cara butang ini berfungsi mampu menjadikan pemanduan korang lebih selamat dan memudahkan. Nak tahu tanda gearbox rosak pula boleh bacan lanjut di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button