PermohonanCara Mudah

Elak Denda Bayar Lewat (Tunggakan), Ini Cara Bayar Cukai Taksiran / Cukai Pintu Online

Cara Buat Bayaran Cukai Pintu Atau Cukai Taksiran Online

Mesti ramai lagi tak tahu yang sekarang ni dah ada cara bayar cukai taksiran online atau bayar cukai pintu secara atas talian sahaja. Ini pastinya memudahkan orang ramai untuk membuat bayaran kerana tak perlu lagi beratur di kaunter dan boleh buat di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Tak ada lah yang terlupa atau terlepas bayar sampai kena denda bayar lewat atau ada tunggakan.

Mungkin ada yang cakap tak terima pun lagi Bil Cukai Taksiran kat rumah, Ya memang ada Bil Cukai Taksiran yang tidak lagi diposkan ke rumah. Sebaliknya Bil Cukai Taksiran boleh didapati oleh orang ramai di kaunter mahupun secara online. Selain semakan, bayaran cukai pintu juga kini boleh dibuat secara online sahaja tanpa perlu ke kaunter.

Cara Buat Bayaran Cukai Pintu Atau Cukai Taksiran Online

Berikut adalah cara untuk membuat bayaran cukai pintu atau cukai taksiran secara online serta maklumat lain yang berkaitan

Apa Itu Cukai Taksiran?

Cukai taksiran atau turut dikenali sebagai cukai pintu adalah cukai yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ke atas pemilik atau penghuni penghuni pegangan berkadar yang terletak dalam kawasan pentadbiran PBT seperti rumah, rumah kedai, hotel dan sebagainya. Ianya adalah untuk menampung kos membangun dan mengekalkan infrastruktur dan perkhidmatan tempatan. Contohnya seperti:

  • Lampu jalan di tepi jalan
  • Pembersihan taman
  • Pengumpulan sisa perbandaran
  • Lain-lain pekerjaan untuk menjadikan tempat tinggal lebih baik dan selesa

 

Siapa Perlu Bayar Cukai Taksiran?

Semua pemilik hartanah perlu membayar cukai taksiran. Tidak kira jenis hartanah kediaman seperti rumah teres, apartment ataupun hartanah komersial seperti kilang dan kedai. Walaupun telah disewakan kepada orang lain, pemilik hartanah bertanggungjawab untuk membayar cukai ini. Jika bangunan tersebut kosong, adalah masih perlu untuk membayar cukai taksiran cumanya boleh mohon tuntutan remisi dan juga dapatkan bayaran balik untuk tempoh kekosangan tersebut.

 

Cara Kiraan & Kadar Bayaran

Cukai pintu dikira mengikut anggaran nilai sewa tahunan hartanah tersebut. Kebiasaannya, kadar anggaran nilai tahunan hartanah adalah sekitar 2% hingga 7%. Nilai ini juga adalah bergantung pada saiz dan jenis hartanah. Caj bagi sebuah rumah banglo mewah adalah lebih tinggi berbanding rumah pangsa kos rendah.

Contoh kiraan apartment kos rendah dengan anggaran sewa bulanan adalah RM1,500. Maka anggaran sewa tahunan adalah RM1,500 x 12 = RM18,000. Dengan mengambil kadar 2% yang dikenakan kepada apartment kos rendah,  bayaran cukai pintu adalah sebanyak RM360 setahun. Oleh sebab cukai taksiran dikutip dua kali setahun, bayaran perlu dibuat adalah RM180 setiap 6 bulan

 

Bila Perlu Bayar?

Secara umumnya, bayaran cukai untuk penggal pertama dan penggal kedua tahunan adalah seperti berikut:

  • Penggal 1 (Januari – Jun) : Sebelum 28 Februari
  • Penggal 2 (Julai – Disember) : Sebelum 31 Ogos

Namun ianya tertakluk kepada PBT masing-masing di mana sesetengah negeri mungkin mempunyai aturan bayaran yang berbeza. Sekiranya ingin menjelaskan kesemua bayaran lebih awal juga boleh berbuat demikian.

Cara Bayar Cukai Taksiran Online

Terdapat beberapa cara untuk membayar cukai taksiran secara online iaitu:

 

PBTPay

PBTPay merupakan sebuah portal pembayaran sepusat rasmi untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah dibangunkan oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Cara untuk membayar adalah seperti berikut:

1. Layari Portal PBTPay : https://pbtpay.kpkt.gov.my/

2. Daftar sebagai pengguna dengan klik Daftar Sekarang

3. Boleh juga semak terus dengan memilih lokasi PBT

4. Masukkan No. Akaun Bil dan klik Semak

5. Teruskan membuat bayaran secara online dengan mengikut langkah seterusnya sehingga selesai.

 

Maybank2U

1. Log masuk ke Portal Maybank2u dan pilih Pay & Transfer

2. Pilih Pay dan masukkan nama PBT di ruangan New Payment

Contoh: Majlis Daerah Hulu Terengganu – Cukai Taksiran

3. Masukkan jumlah bayaran, No. Akaun dan No. Telefon lalu tekan Pay

 

CIMBClicks

2. Log masuk ke Portal CIMBClicks dan pilih Pay & Transfer

2. Pilih Pay Bills dan masukkan nama PBT di ruangan To

Contoh: Majlis Daerah Rembau – Cukai Taksiran

3. Masukkan No. Akaun dan No. MyKad serta jumlah bayaran lalu tekan Make Payment

 

Video Penjelasan

 

Cara bayaran adalah berbeza mengikut PBT masing-masing. Sila rujuk PBT daerah masing-masing untuk maklumat lebih lanjut. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan urusan semua orang. Kalau dah bayar cukai taksiran tu, jangan lupa pula nak bayar cukai tanah. Nak tahu cara bayar cukai tanah online boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button