KewanganCara Mudah

Ramai Tak Tahu Ada Tunggakan Tak Bayar PTPTN Susah Nak Lulus Loan Bank. Ini Cara Bayar PTPTN Buat Pertama Kali

Cara Bayar Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional PTPTN Kali Pertama

Macam mana cara bayar PTPTN kali pertama sebab mungkin korang antara graduan yang baru dapat e-mel daripada PTPTN yang memberi peringatan agar mula membayar pinjaman pendidikan yang telah dibuat masa belajar dulu. Kalau dapat tu cepat-cepat bayar lah sebab kalau lambat akan ada tunggakan. Mengikut pengalaman ramai peminjam, kalau kes macam ni memang susah sikit nak lulus buat pinjaman atau loan dengan bank sebab ade rekod di CCRIS. Memandangkan ada yang kali pertama nak bayar PTPTN, korang mungkin tak tahu apa yang patut dibuat dan macam mana nak mula membayar.

Cara Bayar PTPTN Kali Pertama

Sumber Gambar The Mole

Saudara Nazir telah berkongsi beberapa perkara yang korang perlu tahu sekiranya ini kali pertama mahu mula bayar pinjaman PTPTN. Ringkasannya boleh dibaca di bawah ni:

Tahu Berapa Jumlah Keseluruhan, PTPTN Ada Interest Tau!

Kalau ini kali pertama nak bayar pinjaman PTPTN, pastikan korang tahu berapa jumlah yang perlu dibayar. Pinjaman PTPTN ni tak sama macam pinjaman dengan mak ayah yang boleh bayar sesuka hati je amaunnya. Selalunya PTPTN akan mengenakan kadar faedah, jadi jumlah yang perlu dibayar selalunya akan lebih daripada nilai yang dipinjam. Kalau nak tahu berapa jumlah yang korang kena bayar, boleh semak di pautan berikut:

Tahu Jumlah Bulanan yang Perlu Dibayar

Pinjaman PTPTN ni bukanlah korang kena bayar segedebuk macam tu terus. Ia akan dipecahkan menjadi bayaran bulanan. Pastikan korang tahu berapa yang perlu dibayar setiap bulan dan bayar mengikut kadar yang dah ditetapkan. Sebab kalau bayar kurang, ia akan menjadi tunggakan. Dan kalau korang ada tunggakan dengan PTPTN, susah kalau nak buat loan dengan bank nanti. Jadi pastikan bila setiap hujung bulan, korang bayar sama dengan jumlah yang ditetapkan. Nak bayar lebih pun boleh juga!

Kalau Tak Mampu Bayar Jumlah Bulanan, Boleh Susun Semula Jadual Pembayaran

Sumber Gambar Sinar Harian

Sekiranya kursus pengajian yang korang ambil dulu mempunyai yuran yang mahal (selalunya dalam bidang perubatan ataupun kejururawatan), jumlah yang perlu dibayar setiap bulan boleh jadi lebih mahal. Kalau belum mampu untuk bayar jumlah bulanan yang dah ditetapkan, korang boleh susun semula jadual pembayaran, di mana tempoh tahun pembayaran akan dipanjangkan, agar dapat mengurangkan amaun bulanan yang perlu dibayar. Boleh pergi ke kaunter PTPTN yang terdekat untuk membuat rundingan dengan pegawainya.

Kalau nak susun semula jadual pembayaran ni, korang kena ingat yang jumlah pinjaman akan bertambah sebab kadar faedah yang ada. Makin panjang tempoh pembayaran pinjaman, makin banyaklah bayaran tambahan yang dikenakan. Jadi sebelum nak ambil keputusan untuk susun semula jadual, fikir dulu masak-masak dan apa jalan yang terbaik untuk korang.

Ada 4 Cara Bayar PTPTN!

Bila dah tahu berapa jumlah kena bayar setiap bulan, ambil tahu juga cara-cara untuk membayarnya. Ada beberapa cara yang korang boleh buat untuk membuat pembayaran pinjaman PTPTN, iaitu:

  • Secara autodebit ataupun potong gaji setiap bulan secara automatik. Potongan gaji ni boleh dibuat melalui majikan ataupun Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Selain tu, korang juga boleh dapatkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik di SINI. Isi borang dengan lengkap dan serahkannya ke kaunter PTPTN yang berdekatan.
  • Bayar di kaunter. Cara ni boleh dibuat dengan walk-in ke mana-mana kaunter PTPTN ataupun kaunter bank dan Pos Malaysia untuk membuat bayaran secara manual. Cuma cara in leceh sikitlah sebab kena ambil nombor giliran dan tunggu.
  • Perbankan Internet. Ataupun lagi mudah, bayar je secara online. Nanti dah lepas log masuk ke online banking, klik pada Pay atau Transfer dan pilih je PTPTN sebagai penerima pembayaran.
  • Akaun 2 KWSP. Cara ni mungkin tak ramai tahu, tapi sebenarnya kita boleh gunakan duit simpanan dalam Akaun 2 KWSP untuk bayar PTPTN. Cara ni mungkin tak sesuai kalau baru mula bekerja, tapi nanti lepas dah kerja beberapa tahun, bila dah ada duit banyak sikit dalam akaun 2 KWSP, bolehlah gunakannya. Rujuk caranya di SINI

Apa yang penting, dah tahu cara bayar PTPTN ni korang kena ingat setiap pinjaman, mestilah dibayar balik supaya tak adalah nama disenarai hitam nanti. Pinjaman PTPTN ni korang kena mula bayar setahun selepas tarikh tamat pengajian, tapi kalau nak bayar lebih awal pun boleh je. Nak tahu cara buat duit lebih selain kerja dapat gaji bulanan yang kita ada, boleh baca di SINI

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button