Elak Beratur Panjang & Sesak, Ini Cara Bayar Saman Polis di ATM Maybank Seluruh Negara. Bila-Bila Masa Pun Boleh!
Cara Bayar Saman Polis Menggunakan ATM Maybank
Sekarang ni semua orang tengah sibuk nak bayar saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana ada diskaun sehingga jadi RM50 sahaja. Kadar Khas Bayaran Saman RM50 ini adalah bagi semua saman trafik kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya. Ianya akan berlangsung selama sebulan iaitu bermula dari 21 April hingga 21 Mei 2023. Selain bayaran secara online dan juga di kaunter balai polis, bayaran juga boleh dibuat menerusi ATM Maybank.
Cara bayaran juga telah ditambah oleh pihak PDRM bagi memudahkan orang ramai. Jika sebelum ini hanya boleh dibuat di semua kaunter bayaran trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen dan Daerah serta portal atau aplikasi mudah alih MyBayar Saman, kini orang ramai boleh membayar di dua saluran baharu iaitu di Pejabat Pos Malaysia dan juga ATM Maybank. Jadi senang lah lepas ni tak perlu beratur panjang dan bersesak, boleh buat bila-bila masa di ATM Maybank.
Cara Bayar Saman Polis Menggunakan ATM Maybank
Berikut adalah cara macam mana nak bayar saman PDRM menggunakan mesin ATM Maybank di seluruh negara. Peringatan bagi cara ini hanya boleh digunakan untuk pemilik kad dan akaun Maybank sahaja.
1. Hadir ke mana-mana ATM Maybank
2. Masukkan kad ATM Maybank dan isikan No. Pin
3. Pilih menu PAYBILLS
4. Pilih pada PEMBAYARAN SAMAN PDRM
5. Pilih TERUSKAN
6. Masukkan No. Kad Pengenalan dan tekan
7. Paparan saman akan ditunjukkan dan sila pilih saman yang ingin dibayar (perlu bayar satu persatu)
8. Klik Ya dan pembayaran berjaya dibuat
Cara Bayar Saman Polis Online di MyBayar Saman
Untuk yang tak ada masa nak pergi ke bank tu, boleh guna portal atau aplikasi Mybayar Saman. Bila-bila masa pun boleh bayar tak perlu tunggu bank buka dan dimana saja pun boleh. Caranya mudah je ikut tutorial berikut:
Kalau yang nak bayar secara manual juga sebab tak pandai guna teknologi ni boleh hadir ke mana-mana tempat berikut:
- Semua kaunter Bayaran Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen & Daerah Seluruh Negara
- Pejabat Pos Malaysia
Mudah je kan nak bayar saman polis ni. Ada banyak saluran disediakan tinggal pilih dan bayar je. Siapa yang banyak saman tu memang dinasihatkan ambil peluang ni sebab tak tahu bila lagi akan dapat diskaun sehingga 80% ni. Kalau yang ada saman JPJ pula pun sama, jangan lupa bayar juga. nak tahu cara bayar saman JPJ boleh baca di SINI