Touch N Go & SmartTag Akan Dihentikan Berperingkat. Ini Cara Beli, Pasang & Aktifkan RFID
Cara Beli RFID Pasang Sendiri Di Kereta (DIY) & Lokasi Pemasangan
Kenapa sekarang tiba-tiba heboh mengenai cara beli dan pasang RFID? Ini kerana semalam, 16 Disember 2021, Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan bahawa pelaksanaan transaksi tol menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan dibuat di seluruh jaringan infrastruktur lebuhraya bertol di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ianya akan bermula pada 15 Januari 2022.
Walau bagaimanapun, kutipan tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG masih boleh digunakan tetapi akan dihentikan secara berperingkat bagi memberi peluang lebih banyak lorong RFID disediakan di lebuhraya. Jadi nak taknak kita memang perlu ada RFID ni sebab tak lama lagi Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihapuskan. Jadi dekat mana nak beli atau macam mana nak pasang? Jangan risau mudah je.
Cara Beli RFID Online & Senarai Lokasi Pemasangan
Untuk menggunakan sisten RFID, kita perlulkah membeli TnG RFID tag dahulu. Harga bagi tag ini adalah:
- RM35 untuk sebuah kereta berdaftar sahaja
Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk mendapatkan RFID ini iaitu:
A. Pemasangan Sendiri (DIY)
Ini adalah cara paling senang korang boleh buat iaitu pemasangan sendiri atau Do It Yourself (DIY). Untuk pasang sendiri pastinya korang perlu membuat tempahan atau beli RFID ini secara online. Dekat mana nak beli online? Ada beberapa cara iaitu:
i. Touch ‘n Go eWallet
- Download Touch ‘n Go eWallet di Google Playstore atau Apple Appstore
- Klik Daftar pengguna baharu
- Log masuk setelah berjaya mendaftar
- Klik butang Toll
- Pilih RFID
- Klik Order RFID Tag
- Klik butang Buy Now
- Isikan maklumat penghantaran
- Klik butang Pay
- Buat Pembayaran secara online
- Selesai, RFID akan dihantar ke alamat yang diberikan
ii. TNG RFID Portal
- Layari Portal RFID
- Klik Buy Now
- Login dan isikan maklumat diperlukan
- Buat pembayaran dan selesai
iii. Lazada Touch ‘n Go Flagship Store
iv. Shopee Touch ‘n Go Flagship Store
v. Rakan kongsi
B. Fitment Centres
Untuk korang yang nak cepat siap tu boleh terus je pergi pusat pemasangan RFID yang ada hampir di setiap negeri di malaysia. Senarai penuh boleh rujuk pautan di bawah:
Cara Pasang Sendiri RFID Di Kereta (DIY)
Untuk memasang RFID, ikut sahaja langkah mudah di bawah:
1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di Google Playstore atau Apple AppStore dan Buka Akaun
2. Cabut atau tanggalkan TNG RFID Tag daripada penjuru seperti di gambar
3. Bersihkan kawasan yang ingin ditampalkan sebelum melekeatkan RFID tersebut:
- Cermin Hadapan Bahagian Kiri Tempat Duduk Penumpang; atau
- Lampu Depan Belah Kiri
Cara Aktifkan RFID
Untuk mengaktifkan RFID, ikuti langkah berikut:
1. Layari mx.touchngo.com.my
2. Masukkan nombor Tag RFID
3. Isikan maklumat kenderaan
4. Sambungkan atau link akaun Touch ‘N Go eWallet
5. Dalam masa 24 Jam, notifikasi dalam Touch ‘N Go eWallet akan diterima mengenai pengaktifan RFID. Selesai
Mudah sahaja kan nak beli, pasang dan aktifkan RFID ni. Jadi lepasni tak pelu lah risau baki kad tak cukup ke dekat tol tu. Hanya gunakan RFID dan boleh tambah nilai secara online je di Touch ‘N Go eWallet. Nak tahu cara repair sendiri calar kereta tanpa perlu hantar ke bengkel boleh baca lanjut di SINI