Cara Buat Folder di WhatsApp dan Telegram. Senang Nak Asing dan Susun Group Sekolah Anak-Anak!
Tips Mudah Buat Fail Dalam Whatsapp & Telegram Untuk PdPR Belajar Online di Rumah
Macam mana cara buat folder di WhatsApp dan Telegram? Sesi persekolahan kini kembali kepada PdPR iaitu secara online di rumah, ini bermakna WhatsApp ataupun Telegram ibu-ibu mula banyak dengan group-group kelas dan sekolah. Group-group ni penting supaya para ibu tak ketinggalan dalam mendapatkan pengumuman terkini daripada pihak sekolah. Nak pantau kerja sekolah atau tarikh-tarikh penting seperti tarikh peperiksaan anak pun senang.
Tapi kalau dah banyak sangat group, lagi-lagi kalau ada lebih daripada dua orang anak yang bersekolah, notifikasi yang masuk secara bertubi-tubi boleh membuatkan kita jadi tak terkejar nak ambil tahu semua benda. Itu belum lagi notifikasi daripada group sedia ada macam group keluarga, group kutu, dan group dengan kawan-kawan.
Cara Buat Folder di WhatsApp dan Telegram & Kenapa Perlu Buat Folder untuk Group?
Tujuan folder atau fail dibuat adalah untuk memastikan WhatsApp dan Telegram korang menjadi lebih kemas. Contohnya, folder boleh diasingkan kepada beberapa kategori seperti folder untuk nota, untuk kelas, dan untuk kerja rumah. Bila semuanya dah dikumpulkan dalam satu tempat, tak adalah kita kena bersusah payah scroll mencari group kelas anak.
Nak buat folder untuk WhatsApp dan Telegram ni senang, tapi fungsi ni hanya boleh dilakukan di telefon Android je.
Cara Buat Folder WhatsApp
Cara nak buat folder di WhatsApp ni telah dikongsikan oleh Izyan Alias di Facebook dan korang boleh ikuti langkah-langkahnya di bawah ni:
- Cari group yang korang nak asingkan, dan tekan pada group tersebut sampai keluar tanda ✔.
- Kemudian, tap pada tiga titik yang terdapat di sudut atas WhatsApp dan pilih Add Chat Shortcut. Nanti akan terdapat shortcut icon di laman utama telefon korang.
- Lepas tu, boleh sekalikan shortcut kepada group-group kelas anak di dalam satu folder yang baru dan namakannya. Kalau ada dua anak boleh namakan folder tu ‘Kelas Along’, ‘Kelas Angah’ dan sebagainya.
Cara Buat Folder di Telegram
Untuk cara-cara nak buat folder di Telegram pula, korang boleh ikuti langkah-langkah yang dikongsi oleh Fatimah Ramlan di Facebook dekat bawah ni:
- Pada laman utama Telegram, tap pada tiga garisan melintang di bahagian sudut kiri belah atas.
- Pilih Settings.
- Kemudian pilih pula Folders.
- Tap pada Create New Folder.
- Namakan Folder ikut kesesuaian (boleh jadi nama subjek, atau nama anak) dan tap Add Chat untuk pilih group mana yang nak dimasukkan di dalam folder tersebut.
- Dah siap, jangan lupa tekan Save!
- Nanti folder tu akan jadi seperti di bawah ni.
Jadi lepas ni, tak adalah korang pening kepala nak cari group-group kelas anak sebab dah tahu cara buat folder di WhatsApp dan Telegram. Walaupun sesi persekolahan dah bermula, tapi tak semua murid yang akan belajar secara bersemuka di sekolah. Ramai je yang masih perlu belajar secara online di rumah. Salah satu kesusahan belajar dari rumah adalah untuk mendapat akses buku teks. Tapi KPM telah menyelesaikan masalah ni dengan memberikan akses buku teks dalam bentuk e-book yang boleh dimuat turun secara percuma je! Nak tahu caranya? Boleh baca di SINI.