Tak Tahu Buat Resume? Ini Cara Buat Resume Online Mudah Je Guna Aplikasi Percuma Ni!
Cara Mudah Buat Resume Guna Aplikasi Online Percuma
Ada ke cara buat resume online yang mudah? Disebabkan pandemik COVID19, ramai yang kehilangan pekerjaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Lepastu nak cari kerja balik bukan mudah sebab semua orang pun cari kerja dan yang terpilih je akan dapat. Jadi macam mana nak buat majikan pilih kita berbanding orang lain? Salah satu nya dengan ada resume yang lengkap dan bagus.
Apa itu Resume?
Resume ni sebenarnya boleh kata macam biodata ataupun ringkasan tentang latar belakang korang dalam bentuk tulisan ataupun visual yang boleh dilihat. Biasanya syarikat yang nak cari pekerja ni akan tengok resume sekali imbas je, jadi resume korang perlulah teratur dan lengkap, barulah ia lebih menonjol daripada pemohon yang lain.
Resume yang lengkap selalunya mempunyai:
- Kepala surat (nama, alamat, e-mel, nombor telefon)
- Objektif resume
- Sejarah pendidikan
- Sejarah pekerjaan
- Kemahiran
- Rujukan/reference
Sebenarnya, yang penting dalam resume ni adalah majikan nak tengok latar belakang pendidikan dengan pengalaman bekerja je. Kalau pendidikan korang yang paling tinggi SPM, letak je SPM. Kalau tak ada pengalaman bekerja pula, bolehlah letak aktiviti yang korang pernah sertai masa sekolah dulu macam acara sukan ke atau pertandingan memasak ke. Barulah bila bakal majikan tengok resume nanti boleh nampak yang korang ni jenis boleh buat kerja.
Cara Buat Resume Online Senang Je!
Korang dah tak perlu nak upah orang buatkan resume dah, sebab sekarang ni ada banyak website yang boleh bantu untuk buat resume dengan mudah. Salah satunya adalah menggunakan laman web Canva. Cara nak buat dia senang je tengok langkah demi langkah ni!
- Sebelum buat resume, korang kena daftar dulu akaun. Guna akaun Facebook atau Gmail je, lagi senang.
- Dekat bahagian “Template” belah atas kiri tu, korang klik dekat “Resume”. Dekat situ ada macam-macam contoh resume yang korang boleh pilih. Ada jenis minimalist, jenis modern, dan macam-macam lagilah.
- Lepas dah jumpa resume yang korang minat, klik resume tu dan lepastu klik “Use this template”.
- Ha, dekat sini korang bolehlah edit mana-mana yang patut. Boleh tukar gambar dengan ubah ayat yang dia dah tulis untuk kasi selari dengan bidang yang korang minta.
- Bila dah siap edit apa semua, korang bolehlah download resume yang dah siap dalam bentuk PDF ataupun PNG dan mula memohon kerja!
Buat Resume Guna Apps Je? Biar Betik!
Ya, betul! Dengan menggunakan telefon yang korang tengah pegang sekarang pun boleh buat resume juga. Langkah-langkahnya pun mudah! Korang download je aplikasi Pathsource Resume atau klik link dekat bawah ni dan daftar akaun.
Lepas dan install dan daftar akaun, ikut je langkah berikut:
- Lepas tu, klik “Start Now”, dan boleh pilih template resume yang korang minat (ada 21 pilihan!). Korang juga boleh pilih warna yang nak jadikan tema dalam resume. Lepas tu klik “Preview with This Template”.
- Lepas ni, korang akan isikan maklumat peribadi seperti:
- Nama penuh
- Alamat e-mel
- Nombor telefon
- Latar belakang pekerjaan
- Latar belakang pendidikan
- Bahagian “Job Description” tu, diorang ada bagi beberapa contoh ayat yang boleh digunakan dan ubah mengikut kesesuaian bidang korang.
- Kemudian bila dah isi semua, korang bolehlah save dengan nama fail yang bersesuaian.
- Korang juga boleh tambah bahagian baru juga kalau nak, macam “Hobbies and Interests”, “Skills and Abilities”, dan “Reference”.
- Nanti, kalau nak tambah lagi bahagian sejarah pekerjaan dan pendidikan, korang boleh klik je butang tambah tu. Dan kalau korang nak ubah posisinya, cuma tekan lama dan leretkan ke bahagian yang nak diubah tu.
- Bila korang dah puas dengan resume, boleh terus export dan e-melkan resume tu kepada diri sendiri dan boleh terus guna untuk apply kerja!
Buat resume ni sebenarnya langkah pertama je untuk dapatkan kerja yang diidamkan. Apa yang penting adalah korang kena sentiasa rajin untuk memohon dan mencari kerja serta jangan sesekali berputus asa kalau tak dipanggil temu duga. Korang kena cuba sampai jadi!