ResepiCara Mudah

3 Cara Buat Telur Separuh Masak Confirm Menjadi, Pakai Microwave Pun Boleh Buat Kat Office Tu!

Tips Dan Cara Membuat Telur Separuh Masak Guna Kaedah Atas Api, Air Fryer Dan Microwave

Telur Separuh Masak

Kalini kita akan kongsikan 3 cara nak buat telur separuh masak tapi sebelum tu, kebanyakkan daripada kita mesti tidak lekang daripada masakan yang ada telur lagi-lagi student universiti atau bila hujung bulan. Contohnya, roti telur, roti sarang burung, mee goreng telur mata, dan macam-macam lagi lah menu yang berasaskan telur. Selain rasanya yang sedap, banyak kebaikan telur untuk tubuh badan kita tau. Telur sangat kaya dengan sumber protein, kalsium, vitamin dan nutrisi yang lain.

Ringkasnya, telur dapat memberikan dan membekalkan tenaga. Telur juga sangat sesuai dijadikan makanan semasa diet. Sebab itulah abang-abang gym kalau lepak mamak je mesti order telur separuh masak kan? Makan pula dengan sedikit kicap masin dan lada sulah, memang umph! Memang terangkat bila makan bersama roti bakar dan kopi o panas.

Nak tahu tak cara masak telur separuh masak confirm menjadi? Cara ni dah diuji berkali-kali dan hasilnya sangat memuaskan. Dan lagi best kami akan kongsikan tiga cara yang berlainan untuk masak telur separuh masak. Yang pertama rebus atas api, kedua menggunakan air fryer yang langsung tak gunakan air dan akhir sekali menggunakan microwave yang dekat office pun boleh buat. Jadi tak perlu tunggu air mendidih baru nak masukkan telur.

PERINGATAN: Untuk pastikan ketiga-tiga cara ini berjaya, pastikan telur dalam suhu bilik. yang mana simpan dalam peti ais keluarkan dulu bagi suhu bilik baru masukkan dalam periuk, air fryer atau microwave.

 

Cara Buat Telur Separuh Masak Confirm Menjadi Guna Dapur Gas, Airfyer Atau Microwave

1. Telur Separuh Masak Guna Atas Api Dapur Gas

telur separuh masak

Bila terlebih masa ketika merebus, telur akan masak sepenuhnya. Bukan lagi jadi telur separuh masak macam kopitiam punya. Hasrat hati teringin nak makan telur separuh masak tapi yang ni jadi telur rebus pula. Susah betul ya nak buat telur setengah masak yang sempurna. Leceh betul sampai tension lah tak tahu macam mana nak buat telur separuh masak. Jangan risau, cuba korang gunakan and ikut cara ni tak sampai berapa minit pun boleh siap!

  1. Masak air sampai mendidih. Pastikan air dalam periuk kena banyak sampai telur betul-betul tenggelam.
  1. Perlahan-lahan, masukkan telur ke dalam air menggunakan sudu
  1. Tetapkan pemasa selama 4-5 minit untuk pastikan telur dimasak sederhana. Telur yang dimasak begini selalunya mempunyai kuning telur yang cair dan meleleh. Jika anda inginkan kuning telur yang lebih keras, rebus selama 6-7 minit. Anda juga boleh ikut panduan masa dibawah mengikut selera masing-masing:
  • 5 minit: Telur baru mula mengeras. Telur kuning dan putih masih cair, membuatkannya sesuai untuk dijadikan pencicah
  • 6 minit: Putih telur keras tetapi kuning telur masih cair
  • 7 minit: Telur hampir mengeras sepenuhnya. Tetapi, kuning telur masih lagi melekit
  • 10 minit: Telur masak sepenuhnya
  1. Masukkan telur ke dalam air sejuk serta-merta untuk menghentikan proses memasak.
  1. Siap!

 

2. Telur Separuh Masak Guna Air Fryer

telur separuh masak

 

Bila buat telur separuh masak atas dapur mesti tak berapa nak menjadi macam selera kita sebab terlalu cair atau terlalu masak pulak. Kalau guna bekas macam di kedai, nak kena masak air panas dahulu baru rebus. Kan dah bazir masa, kita ni nak sarapan selalunya nak mudah dan cepat kan.

Sesiapa yang ada air fryer di rumah, jom buat telur separuh masa guna peralatan ini. Memang menjadi dan tidak susah. Perkongsian ini daripada Arina Rashid di laman Facebooknya, wanita ini telah kongsikan cara buat telur separuh masak menggunakan air fyer je. Jom kita lihat sama-sama.

Telur separuh masak fb

Sumber : Arina Rashid

  1. Basuh dulu telur bersih-bersih. Tak perlu lap, masuk je terus dalam bekas atau bakul air fryer. Telur memang terus ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.
  1. Tetapkan suhu air fryer 100°C, dengan masa selama 10 minit.
  1. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas air fryer stop.
  1. Tapi kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam air fryer tu. Biarkan dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas air fryer berbunyi ‘titt titt’.
  1. Siap untuk dimakan!

3. Telur Separuh Masak Guna Microwave

telur separuh masak

 

Kalau rasa rebus atas api dan guna air fryer di atas masih lagi susah, takpa kaedah ketiga kita boleh guna microwave untuk buat telur separuh masak. Lagi mudah kan? Cara ini dikongsi oleh Wan Muhd Ali di YouTube.

 

 

  1. Basuh dulu telur bersih-bersih dan masukkan telur di dalam mangkuk yang berisi air sehingga tenggelam.
  1. Set kan microwave selama 2 minit.
  1. Biarkan telur selama 15 saat sebelum dipecahkan. Sekiranya nak telur lebih masak, tambah lagi 30 saat dalam micr0wave
  1. Siap untuk dimakan!

Telur separuh masak

 

Mudah je kan? Makin senanglah nak sediakan sarapan pagi dengan cepat. Sama ada melalui kaedah tradisional atas api atau teknologi moden air fryer dan microwave, kita dapat menikmati telur separuh masak yang sempurna dengan putih telur tidak terlalu keras dan kuning telur yang masih cair sama macam di kedai kopitiam dah. Selamat mencuba! Kalau nak tahu cara masak telur guna microwave je boleh buat dekat pejabat boleh baca lanjit di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button