Perhatian Bakal Ibu Bapa! Tempah Temujanji JPN Online Lebih Awal Bagi Daftar Sijil Kelahiran Agar Tak Lambat. Ini Caranya
Cara Daftar Temu Janji di JPN Untuk Daftar Sijil Kelahiran Dan MyKid
Semestinya bakal ibu dan bapa tak sabar menanti kelahiran anak mereka, lagi-lagi yang pertama kali. Selain daripada menyediakan keperluan seperti pakaian, tempat tidur bayi dan lampin, jangan lupa juga urusan pendaftaran anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk dapatkan Mykid & Sijil Kelahiran.
Untuk pengetahuan semua, sekarang ni waktu kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak JPN hanya terima pelanggan yang telah membuat dan mempunyai temujanji sahaja. Jadi kalau memang tiada temujanji yang dibuat secara online dahulu memang tak dapat masuk ke kaunter.
Cara Daftar Temujanji JPN Untuk Daftar Sijil Kelahiran Dan MyKid
Tak susah pun nak buat temujanji online di JPN ni. Untuk tempat-tempat yang ramai penduduk tu macam Selangor dan Kuala Lumpur digalakkan buat temujanji lebih awal agar dapat tarikh temujanji sekitar tarikh anak yang bakal dilahirkan (boleh tengok tarikh due date).
Ini kerana jika lambat buat pendaftaran melebihi 60 hari, proses akan menjadi lebih rumit sedikit di mana perlu isi borang akauan sumpah dan perlu hadir ke pesuruhjaya sumpah. Selain itu, sijil kelahiran juga tidak akan siap serta merta. Ini merupakan perkongsian pengalaman sendiri seorang pengguna di media sosial yang boleh dibaca di SINI
Langkah Untuk Tempah Temujanji JPN
1. Layari laman sesawang seperti pautan di bawah atau imbas Kod QR di gambar
2. Tekan pada butang MULA TEMPAHAN
3. Isikan butiran yang diperlukan pada tempat kosong yang disediakan
4. Pilih tarikh serta cawangan JPN yang berdekatan pemohon bagi tarikh dan waktu temu janji.
5. Selesai memohon, simpan salinan screenshot atau Slip Temujanji untuk ditunjukkan pada pegawai JPN di kaunter pada tarikh temu janji.
Info Penting
Berikut adalah beberapa perkara penting tentang temujanji JPN bagi pendaftaran kelahiran anak:
1. Tarikh dan masa temujanji tidak boleh diubah atau dikemaskini. Sekiranya ingin mengubahnya, perlu daftar semula daripada awal.
2. Temujanji boleh dibuat 1 hari awal dari tarikh janji temu atau 5 bula dari tarikh semasa (tertakluk pada kekosongan).
3. Sistem temujanji di JPN ini hanya berkuatkuasa sewaktu PKP, PKPB, PKPP berlansung. Selepas arahan PKP ini ditamatkan, urusan adalah tertakluk kepada makluman terkini oleh MKN, JPN atau pihak yang berwajib.
Infografik JPN
Kalau korang nak dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh terus hubungi pihak JPN di talian 03-8880 7077. Sekarang dah tahu kan persiapan sebelum menimang cahaya mata tu perlu daftar temujanji untuk buat sijil kelahiran dan mykid. Kalau nak ganti MyKad pula ada cara dia jugak, boleh rujuk panduan di SINI.