KewanganCara Mudah

Cara Buka Akaun ASNB Online & Cara Tambah Duit ASB online, Tak Perlu Ke Kaunter

Cara Mudah Buka Akaun ASB Secara Atas Talian & Tambah Pelaburan Online

Ini cara buka akaun ASNB online dengan mudah. Di zaman ekonomi semakin mencabar ni, pastinya kita memikirkan cara untuk mendapat lebih banyak wang kan. Salah satu cara mendapat lebih banyak wang adalah dengan melaburkan di Amanah Saham Nasional Berhad ASNB. Kini, orang ramai boleh buka akaun ASB hanya secara online sahaja.

Jika dahulunya nak buka akaun perlu pergi ke mana-mana bank atau kiosk ASNB, sekarang lebih mudah ada internet dah boleh akses guna telefon je. Pelaburan ASB ni adalah yang paling selamat dan dijamin tidak akan rugi. Tapi nak buka akaun ni kena cukup lah semua syarat nak buka akaun ASNB ni. Penjelasannya akan diberitahu di bawah.

Video Penerangan

Cara Buka Akaun ASNB Online Secara Atas Talian

Sebelum buka akaun ASNB, pastikan melepasi syarat yang ditetapkan seperti dinyatakan di bawah:

Kelayakan Melabur ASB

  • Golongan bumiputera yang layak melabur di dalam tabung unit amanah ASNB (termasuk Penjaga Berdaftar) adalah :
    Bumiputera adalah Melayu, Pribumi Sabah dan Sarawak seperti takrifan dalam Perlembagaan Persekutuan serta Orang Asli seperti defini dalam Akta Orang Asli 1954
  • Golongan yang tidak layak melabur (termasuk Penjaga Berdaftar) adalah:
    Bukan Warganegara dan Pemegang unit yang telah menyerahkan taraf warganegara Malaysia 

Panduan Daftar ASB Secara Online

Untuk mendaftar ASNB secara online, ikuti langkah berikut:

1. Muat turun aplikasi myASNB di telefon:

2. Buka Aplikasi dan Klik Daftar

3. Pilih jenis ID, masukkan No. ID dan No. Telefon yang aktif, tandakan kotak dan klik Teruskan

4. Masukkan No. OTP yang diterima melalui SMS ke nombor telefon yang didaftarkan tadi

5. Masukkan butiran peribadi yang diperlukan, pastikan nombor akaun bank yang diberikan sama dengan nama yang didaftarkan.

6. Lengkapkan akuan berkanun dan klik Teruskan

7. Isikan butiran pekerjaan dan tandakan kotak lalu klik Hantar. (Informasi adalah sulit)

8. Bagi membuktikan identiti, muatnaik gambar Bahagian depan dan belakang MyKad dan klik Teruskan.

9. Sebagai keselamatan tambahan, ikuti langkah pengesahan swafoto iaitu menggerakkan kepala dan bercakap dalam dua video berbeza dan klik Hantar Video

10. Setelah itu masukkan nama pengguna, kata laluan dan butiran keselamatan lalu klik Teruskan.

Selesai pendaftaran, boleh mula buat pelaburan dengan klik pada butang yang berkaitan.

Cara Tambah Duit ASB Secara Online

Setelah daftar, log masuk aplikasi MyASNB dan ikuti langkah berikut:

1. Klik Labur Sekarang

2. Jawab 6 soalan mudah untuk pihak ASNB cadangkan produk yang sesuai

3. Pilih jenis pelaburan yang ingin dibuat

4. Masukkan jumlah pelaburan dan pilih cara pembayaran (online banking dsb), tandakan kotak setuju dan klik teruskan

5. Pembayaran selesai. Korang telah melabur dengan MyAsnb

 

Cara Check Dividen ASB

Semakan Melalui Aplikasi Maybank MAE

1. Login aplikasi Maybank MAE
2. Klik butang Maybank2u di kiri bawah skrin
3.Tiba di page seterusnya, scroll skrin ke kiri iuntuk melihat butang di bahagian kanan
4. Semua akaun ASB akan dipaparkan beserta nombor akaun dan jumlah baki akaun serta dividen bagi tahun sebelum ini

Cara Keluar Duit ASB Online

Untuk mengetahui cara mengeluarkan duit ASB secara online boleh rujuk panduan berikut:

Mudah je kan cara buka akaun ASNB online. Nak tambah duit pelaburan pun boleh buat online je juga. Tak perlu lagi pergi ke kaunter atau bank. Hujung tahun nanti boleh tengok dividen ASNB umum berapa dan dapat untung. Walaupun dividen ASNB mungkin tak setinggi waktu dulu tapi ianya tetap tidak rugi. Jadi apa tunggu lagi jom daftar MyASNB. Kalau nak tahu cara buka akaun ASB di kaunter boleh rujuk panduan di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button