TeknologiCara Mudah

Ikuti 5 Cara Cas Bateri Telefon Ini Kalau Nak Bateri Tahan Lebih Lama!

Tips Charge Bateri Telefon Agar Bateri Tahan Lebih Lama!

Bateri telefon

Sumber Gambar Tatler Asia

Pernah terfikir kenapa semakin lama semakin susah nak cas bateri telefon kita? Kadang-kadang kita dah cas penuh pada waktu pagi, tak sampai tengah hari bateri dah kurang dari 50%. Sebahagiannya disebabkan dengan cara kita menggunakan telefon seperti aplikasi yang kita muat turun, jumlah notifikasi yang kita terima, ‘junk file’ yang kita kumpul dan sebagainya.

Bateri telefon seperti bateri lainnya, akan merosot dari masa ke semasa, dalam erti kata lain, selepas 3 atau 5 tahun, bateri telefon korang tak akan dapat untuk menyimpan jumlah tenaga yang sama banyak seperti mula-mula korang beli telefon tersebut. Kebiasaannya bateri telefon mempunyai jangkahayat antara 500 ke 1000 kitaran pengecasan.

Ada 3 faktor utama yang boleh menjadikan bateri telefon korang merosot dengan cepat:

  • Jumlah kitaran pengecasan
  • Suhu bateri telefon
  • Usia bateri telefon

Tapi jangan risau, di sini kami sediakan 5 tips mengecas telefon dengan betul untuk korang ikut bagi memastikan bateri telefon korang tahan lebih lama.

 

#1 Bila Kita Patut Mengecas Telefon?

Sumber Gambar Android Central

 

Terdapat satu tips emas bila korang nak cas telefon, pastikan bateri korang sentiasa berada antara 30% dan 90%. Cas telefon korang bila bateri bawah 50% dan berhenti caj sebelum bateri tersebut penuh 100%. Hal ini kerana bateri telefon korang ialah jenis lithium-ion, bateri lithium ion lebih cepat merosot jika dicas ketika bateri masih mempunyai tenaga lebih dari 50%-80%, dan ketika bawah 20%.

Atas sebab ini korang boleh mempertimbang untuk mengelak telefon korang dari dicas semalaman. Lebih baik untuk caj telefon korang pada keesokan paginya supaya korang boleh pantau jumlah peratus bateri korang ketika sedang dicas. Cas bateri telefon sehingga penuh itu tidaklah akan terus merosakkan bateri tersebut, tetapi boleh memendekkan jangka hayatnya.

 

#2 Boleh Ke Nak Cas Bateri Telefon Sehingga Penuh?

Sumber Gambar Tips Make

Jawapan pendek untuk soalan di atas ialah TIDAK, atau paling tidak janganlah setiap kali korang nak cas telefon korang, memang korang akan biarkan cas semalaman. Untuk memastikan bateri dalam keadaan sihat dan tahan lebih lama, cas dengan lebih kerap ketika bateri bawah 50% dan cukup ketika sudah sekitar 90%, lebih baik dari mengecas bateri pada tempoh yang lama lebih-lebih lagi dari 0% sehingga penuh 100%.

Semakin lama korang cas bateri lithium-ion pada satu tempoh secara terus, semakin bertambah stress dari aliran elektrik akan dikenakan ke atas bateri tersebut. Ini akan mempercepat kemerosotan bateri tersebut.

#3 Nak Biarkan Telefon Dicas Semalaman Tak? JANGAN!

Sumber Gambar Economic Times

Membiarkan telefon dicas semalaman ialah perkara penting yang korang perlu elak. Ya, mungkin kadang-kadang mudah bagi kita bangun setiap pagi dengan bateri telefon yang dah penuh, tapi kalau korang amalkan perkara ini, bateri telefon korang takkan tahan lama. Ini kerana setiap kali bateri korang dicas penuh, itu akan dikira sebagai satu ‘kitaran pengecasan’, dan bateri lithium-ion pada telefon korang cuma ada jangka hayat 500-1000 kitaran pengecasan.

Kalau korang caj telefon korang semalaman, sudah pasti bateri tersebut akan dicaj sehingga penuh dan melebihi kadar 90% seperti yang dinasihatkan dalam tips 1 tadi. Dan bateri tersebut akan terus dicaj walaupun sudah penuh 100%, ini akan menyebabkan berlakunya “overcharging” dan stress ke atas bateri tersebut di mana boleh menjadikan bateri itu merosot dengan lebih cepat.

Sebahagian telefon mempunyai teknologi “trickle charge”, di mana teknologi ini akan memastikan bateri telefon korang kekal sekitar 99% ke 100% walaupun dicas semalaman bagi mengelakkan “overcharging” dan stress ke atas bateri tersebut, namun haba dari pengecasan tersebut masih boleh memberi kesan buruk terhadap bateri.

 

#4 Boleh Ke Guna Mana-Mana Pengecas Telefon?

 

Sumber Gambar Diffusione

Bila korang beli telefon, baterinya mempunyai spesifikasi dan ratingnya tersendiri, lebih-lebih lagi kalau korang guna iPhone. Ini bermaksud ‘adapter‘ dan kabel yang disertakan bersama telefon itu ialah pilihan terbaik untuk korang guna untuk mengecas bateri telefon korang, kerana spesifikasinya sesuai dengan bateri tersebut.

Kalau korang nak guna adapter dan kabel lain untuk mengecas telefon korang, pastikan spesifikasi dan ratingnya sama dengan seperti yang disediakan pengeluar telefon korang. Paling baik sekiranya mempunyai kelulusan dari pengeluar telefon tersebut sendiri. Contohnya seperti Apple, mereka akan mengeluarkan kelulusan untuk ‘adapter’ dan kabel yang dikeluarkan oleh pihak lain sekiranya dua benda tersebut sesuai dengan spesifikasi dan rating mereka.

 

#5 Jangan Guna Telefon Ketika Sedang Dicas!

Sumber Gambar GadgetsNow

Korang selalu tak buat perkara ini – guna telefon ketika telefon korang sedang dicas? Kalau selalu buat, korang sudah boleh mula berhenti sekarang!

Kalau korang guna telefon korang ketika sedang dicas, contohnya untuk menonton video atau main permainan telefon, apa yang akan terjadi ialah bateri telefon korang boleh menjadi ‘keliru’ dan menghasilkan ‘kitaran pengecasan mini’ walaupun bateri telefon korang belum dicas penuh. Kitaran pengecasan ini akan berterusan walaupun bateri belum penuh, dan boleh memendekkan jangka hayatnya dan menyebabkan bateri cepat merosot.

Secara idealnya, memastikan telefon korang dimatikan ketika sedang dicas ialah perkara terbaik. Namun secara realistik, cukup biarkan telefon korang tidak digunakan ketika dicas kalau tidak dimatikan.

 

Kalau korang nak bateri telefon korang tahan lama dan tak mudah rosak, ikuti 5 tips tadi dan korang akan mula lihat perubahan pada ketahanan bateri tersebut! Dah jimat tak perlu beli telefon baru atau tukar bateri untuk beberapa tahun. Kalau nak tahu tips jimat ruang simpanan storage telefon boleh baca lanjut di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button