RumahCara Mudah

Pengisar Berbau & Warna Tak Hilang, Ikut Cara Cuci Blender Agar Bersih, Hilang Bau & Warna Ini

Cara Mudah Cuci Blender Agar Bersih Seperti Baru

Sumber: Tiktok

Perkakas dapur yang wajib ada selain kuali dan dapur gas adalah blender atau mesin pengisar dan ramai tak tahu cara cuci blender yang betul. Kalau dulu guna lesung batu, kini zaman dan moden kita guna mesin je untuk kisar agar lagi cepat kerja memasak. Tapi kadang-kadang tu ada je bahan yang kita kisar mungkin terlalu pekat sehingga meninggalkan kesan seperti warna dan bau. Contohnya kunyit yang akan menyebabkan warna kuning di mesin pengisar susah nak tanggal, manakala cili pula yang menyebabkan bau dan rasa pedas tu kadang susah nak hilang.

Lepastu pulak kita ni itu jelah jug mesin pengisar yang ada buat blend cili, nak buat jus buah-buahan dan adunan kek pun pakai jug yang sama juga. Jadi macam mana? Tak kan dah pedas-pedas nak masuk benda manis pulak kan? Habis kek pisang jadi rasa pedas cili kang. Jangan risau, sebenarnya ada cara cuci blender untuk hilangkan kesan bau dan warna pada pengisar tu dengan lebih mudah dan berkesan.

Cara Cuci Blender Agar Bersih Hilang Bau / Warna dan Nampak Seperti Baru

Pertama sekali untuk hilangkan warna, antara cara cuci blenderyang paling mudah adalah:

Tips Hilangkan Bau & Warna Blender

Bahan-Bahan

  • 2 sudu Soda Bikarbonat
  • 2 sudu garam kasar (untuk menajamkan lagi pisau blender)
  • Sedikit sabun cecair pencuci pinggan
  • 2 cawan air

Caranya: 

  1. Campurkan kesemua bahan dan kisarkan dalam mesin blender selama beberapa saat atau seminit
  2. Bilas dengan air bersih
  3. Lakukan setiap kali selepas menggunakan blender (bukan biarkan dalam sinki esok baru basuh)

Nota: Air yang di blend tu boleh digunakan untuk cuci pinggan mangkuk, hasilnya pinggan mangkuk akan jadi lebih bersih

Tips Hilangkan Bau Mesin Pengisar

Lagi satu petua untuk hilangkan bau mesin pengisar yang lebih mudah adalah dengan cara:

Bahan-Bahan

  • Segenggam beras
Caranya:
  • Masukkan segenggam beras ke dalam blender 
  • Hidupkan mesin pengisar lebih kurang 20 saat.
  • Bilas dengan air bersih

Mudah je kan kalau dah tahu cara cuci blender ni? lepas ni tak payah susah susah seluk tangan dalam blender nak sental kotoran yang ada. Guna je 2 teknik yang dikongsikan ni. Sebenarnya ada banyak petua apabila berada di dapur. Boleh baca lanjut di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button