RumahCara Mudah

Papan Pemotong Hitam Kotor Banyak Kuman? Ini Tips Cuci Papan Pemotong Dengan Betul Hingga Jadi Putih Macam Baru Beli!

Cara Mudah Cuci Papan Pemotong Dengan Betul

Papan pemotong adalah antara alat di dapur yang sering digunakan setiap kali nak memasak tapi masih ramai tak tahu cara cuci papan pemotong dengan betul. Dan disebabkan ada bahan masakan yang dipotong di atas papan pemotong ni jenis lembap seperti daging dan ayam, yang boleh mengundang kepada pembiakan bakteria, amat penting agar ia dibersihkan dengan betul supaya makanan yang kita hidangkan kepada keluarga tak membuatkan diorang jatuh sakit.

Jangka hayat papan pemotong ni tak lama. Baru beberapa bulan digunakan, mesti akan mula timbul kesan hitam tanda kulat dah mula tumbuh di permukaan. Takkanlah setiap beberapa bulan nak kena beli papan pemotong yang baru kan? Jadi untuk elakkan banyak duit kena keluar, korang kena tahu cara untuk mencuci papan pemotong dengan betul.

Tips Mencuci Papan Pemotong dengan Betul 

Mencuci papan pemotong dengan air dan sabun je tak mencukupi, malah kombinasi dua benda ni lagi boleh membuatkan papan pemotong tersebut cepat rosak, lagi-lagi kalau ia diperbuat daripada kayu. 

Terdapat beberapa cara untuk mencuci papan pemotong dengan betul agar ia tak menjadi tempat bakteria berkumpul, antaranya:

1. Gunakan Campuran Limau Nipis, Cuka & Baking Soda

Tips ini sesuai untuk digunakan pada papan pemotong plastik yang korang dah pakai lama dan makin hitam tu. Cara dia adalah:

  • Potong limau nipis di bahagian tengah menjadi dua bahagian
  • Letakkan Baking Soda di permukaan papan pemotong
  • Godokkan papan pemotong menggunakan potongan limau tadi dan biarkan selama 10 minit
  • Selepas itu gosok lagi permukaan papan pemotong dengan limau lagi
  • Setelah itu tuangkan cuka, gunakan berus besi untuk menyental kotoran sehingga hilang
  • Akhir sekali bilas sehingga bersih dan papan pemotong akan kelihatan seperti baru dibeli

2. Gunakan Kombinasi Baking Soda, Garam & Cuka

Seperti yang korang tahu, baking soda dan cuka adalah satu kombinasi yang dapat menghasilkan agen pencuci yang baik. Kehadiran garam (digalakkan untuk menggunakan garam kasar) adalah bertindak sebagai penyental untuk menghilangkan sisa-sisa makanan yang masih melekat.

Kalau nak gunakan tips ni, apa yang korang perlu lakukan adalah:

Sumber Gambar Instructables

  • Di dalam sebuah mangkuk kecil, campurkan 1 sudu baking soda, 1 sudu garam, dan 1 sudu cuka makanan. Gaulkannya hingga menjadi pes.

  • Celupkan kain bersih yang kering ke dalam pes tersebut dan gosokkan permukaan papan pemotong untuk menghilangkan sisa kotoran. Kalau papan pemotong korang diperbuat daripada kayu, pastikan korang menggosok mengikut arah urat kayu tersebut.

  • Bila dah selesai, lapkan seluruh permukaan papan pemotong dengan kain lembap sebelum lap semula dengan kain kering hingga bersih.

3. Gunakan Campuran Peluntur dengan Air

Salah satu cara untuk betul-betul membersihkan papan pemotong korang adalah dengan menggunakan cecair peluntur (clorox). Tapi jangan pula korang terus tuang cecair peluntur tu terus daripada botolnya. Ia mestilah dicairkan terlebih dulu. Caranya:

  • Titiskan 4-5 titik cecair peluntur ke dalam mangkuk yang berisi air paip.

Sumber Gambar Instructables

  • Dengan menggunakan berus keras (berus sabut pun boleh digunakan), celup ke dalam campuran peluntur dan air tadi dan mula memberus seluruh permukaan papan pemotong sehingga bersih.

  • Bila dah selesai, lapkan permukaannya dengan tuala yang lembap. Pastikan korang lap betul-betul dan tak ada kesan cecair peluntur yang masih melekat di situ. 

4. Gunakan Lemon 

Kadang-kadang, bau makanan boleh melekat pada papan pemotong. Walaupun dah sental banyak kali, bau tersebut, lagi-lagi kalau baru lepas memotong bawang, masih lagi tak hilang. Ada cara nak atasi masalah ni iaitu lepas korang dah bersihkan papan pemotong dengan cara sentalkan lemon yang telah dipotong dua di seluruh permukaan papan pemotong. Nanti ia akan meninggalkan bau yang segar! Kalau tak ada lemon, boleh juga gantikan dengan limau nipis.

Sumber Gambar Instructables

5. Gunakan Minyak Mineral Khas untuk Papan Pemotong

Kalau korang ada duit lebih, apa kata belanjakan sedikit untuk membeli minyak mineral yang memang khas untuk kegunaan papan pemotong. Cara ni sesuai kalau papan pemotong korang diperbuat daripada kayu. 

Seminggu sekali, lumurkan papan pemotong dengan minyak mineral dan biarkan ia kering dengan sendirinya. Minyak mineral ni nanti akan menyerap masuk ke dalam urat-urat kayu dan mengekalkan keadaan asal papan pemotong tersebut, membuatkannya lebih tahan lama. Sebelum nak beli tu, pastikan minyak tersebut sesuai digunakan pada permukaan yang digunakan untuk meletak makanan. Korang boleh membelinya di Shopee.

Sumber Gambar WikiHow

Senang je kan? Dengan mengikuti tips yang mudah di atas ni, papan pemotong korang akan nampak seperti baru beli!

Selain daripada papan pemotong, peti sejuk juga boleh menjadi tempat pembiakan bakteria yang berbahaya. Ikuti tips-tips di SINI untuk menjadikan peti sejuk selamat digunakan oleh keluarga.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button