Jaga-jaga! Kesempitan Wang Boleh Jadi Punca Sakit Mental Tau. Ini Cara Dapatkan Rawatan Sakit Mental
Cara Mudah Dapatkan Rawatan Sakit Mental
Cara Mudah Dapatkan Rawatan Sakit Mental
Pernah tak korang alami tanda-tanda dekat bawah ni?
- Susah nak fokus
- Mudah lupa
- Susah tidur malam
- Selalu sakit kepala
- Emosi tak stabil
- Selalu ada masalah dengan orang sekeliling
Kalau pernah, korang mungkin sedang mengalami tanda-tanda penyakit mental. Tapi jangan panik, sebab setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Sesuatu berlaku pasti ada punca dia. Bila kita dah tahu punca dia, kita boleh elakkan daripada mengulangi perkara tersebut dan seterusnya menyelesaikan masalah ini. Jadi apa punca seseorang tu boleh ada penyakit mental?
Punca-Punca Sakit Mental
Sumber Gambar Coratcoretppuitm
Kekurangan Duit
Bila kita kekurangan duit, kita terpaksa bekerja lebih masa ataupun buat sampai dua tiga kerja. Bila dah bekerja lebih masa, badan kita tak dapat rehat yang secukupnya. Kalau ianya berterusan, lama-lama boleh bawa padah buat kita. Ini boleh jadi salah satu punca kepada terjadinya penyakit mental.
Stres Dengan Kerja
Bila kita kerja dari pagi sampai malam, badan kita akan cepat letih. Bila tidak cukup rehat, kita akan mudah rasa stres. Lagi-lagi kalau dapat bos atau rakan sekerja yang tak berapa nak best. Memang stres dalam kerja tu ada baiknya untuk kita paksa diri kita buat kerja dengan lebih bagus, tapi kalau tak pandai kawal stres ni, lama-lama boleh jadi depresi atau kemurungan. Kemurungan ni dah kira salah satu penyakit mental tau.
Diberhentikan Kerja / Hilang Punca Pendapatan
Korang ada baca berita pasal seorang juruterbang yang bunuh diri baru-baru ni tak? Tau tak yang juruterbang tu baru je diberhentikan kerja dan kehilangan punca pendapatan menyebabkan dia ambil keputusan untuk bunuh diri. Tekanan hidup yang tinggi macam kena buang kerja ni pun boleh jadi penyebab kepada penyakit mental. ? Siapa je yang tak akan stres bila dibuang kerja sedangkan banyak komitmen perlu dilangsaikan kan?
Masalah Keluarga
Masalah keluarga jugak boleh jadi punca seseorang tu terkena penyakit mental. Contohnya kalau keluarga tak memahami keadaan kewangan kita. Tambahan pulak bila kahwin, macam-macam tanggungjawab yang kita ada. Kalau tak pandai urus wang, boleh jadi sampai berhutang dengan along. Bila dah dibebani hutang, ia juga boleh menyebabkan suami isteri boleh bergaduh sampai bercerai-berai. Ini pastinya memberi kesan kepada mental seseorang.
Bila ada masalah kewangan, tempat pertama yang korang perlu rujuk adalah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau AKPK. Ia akan membantu korang dari segi memberi nasihat dan kaunseling bagaimana untuk menguruskan wang. Tapi kalau keadaan mental korang yang memang dah teruk, boleh baca selanjutnya.
Sumber Gambar Public Health Malaysia
Cara Rawatan Sakit Mental
So kalau korang memang ada masalah seperti punca sakit mental di atas dan juga tanda-tanda penyakit mental, apa yang sepatutnya dibuat? macam mana nak selesaikan masalah penyakit mental ni? Pertama sekali korang kena minta dulu dan selalu doa kat tuhan agar bantu korang. Tapi doa je tanpa usaha tak boleh jugak kan? Jadi korang boleh ikut langkah-langkah di bawah untuk dapatkan proses rawatan sakit mental iaitu proses berjumpa dengan pakar:
- Walk-in je dekat klinik pesakit luar atau mana-mana klinik kesihatan
- Beritahu doktor masalah korang
- Doktor akan buat ujian saringan kesihatan (DASS) untuk tahu sejauh mana teruknya keadaan kesihatan mental korang
- Lepas ujian saringan dibuat, barulah doktor akan rujuk korang dekat pakar-pakar di hospital
- Bawak surat rujukan yang diberi ke mana-mana hospital berdekatan (lebih senang pergi ke hospital yang mempunyai perkhidmatan psikiatri)
*Rawatan di hospital kerajaan adalah percuma, kena bayar RM1 je untuk pendaftaran kebiasaannya
Selain itu, tempat-tempat lain yang korang boleh dapatkan bantuan adalah:
Pusat Kesihatan Mental Komuniti (MENTARI)
Percuma untuk penuntut IPTA, kakitangan dan pesara kerajaan serta pemegang kad OKU. Selain daripada yang disenaraikan tadi, korang akan dikenakan RM1 untuk pendaftaran dan RM5 untuk satu sesi konsultasi. Ada 22 MENTARI korang boleh cari di serata Malaysia. Rujuk sini.
Klinik Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Anggaran harga rawatan sakit mental boleh cecah RM30 bagi pendaftaran pertama kali. Bagi rawatan temujanji seterusnya, cuma RM15 je. Kalau diberi ubat, harganya lain-lain mengikut jenis ubat yang diberi.
Pusat Kaunseling Selangor (PKS)
Rawatan kat sini percuma je. Tapi yang kurangnya, dekat sini dia lebih tertumpu pada kaunseling berbanding rawatan sakit mental biasa dekat hospital. Bagi yang nak cuba, korang boleh pergi dekat Kompleks PKNS, Shah Alam. Waktu operasi adalah setiap Selasa hingga Khamis, dari pukul 12 tengah hari ke 4 petang. Panduan lanjut rujuk sini.
Befrienders
Befrienders ni adalah satu khidmat talian bantuan dan sokongan emosi yang dikendalikan oleh sukarelawan. Kalau korang rasa takde tempat nak luahkan masalah, tempat ni paling sesuai untuk korang. Dan talian Befrienders ni aktif 24 jam. Korang jugak boleh contact Befrienders guna emel. Yang penting panggilan ke talian ni adalah percuma. Info lanjut di sini.
Bagi korang yang tak pasti dari mana korang nak start cari bantuan, apa kata try dulu buat ujian Depression Anxiety Stress Scale (DASS) secara online (klik sini). Ujian ni boleh tolong korang kenal pasti tahap kemurungan, kerisauan dan stres korang. Korang jugak boleh track emosi dalam tempoh 2 minggu. Lepastu, korang boleh bawak keputusan ujian ni ke mana-mana hospital atau klinik kesihatan dan ikut je step yang dah diberi tadi.
Untuk yang beragama Islam, boleh amalkan zikir ketika dalam kesempitan ini untuk membantu mengurangkan kesedihan dan juga memohon bantuan daripada Allah dalam masalah yang dihadapi.
Dekat Malaysia sendiri, hampir 11.1% rakyat menghidap penyakit mental. Peratus ini dijangka akan bertambah setiap tahun. Zaman sekarang dah ramai tau menderita sakit mental ni dan dia boleh kena dekat siapa-siapa pun tanpa terkecuali. Jadi baik dapatkan rawatan sebelum ia jadi lebih teruk. Tak payah dengar orang cakap “ko ni gila ea pergi hospital sakit mental”. Orang lain tak dapat tolong pun kita, kita je yang dapat tolong diri kita. Bagi suami isteri yang masih buntu tentang kewangan boleh rujuk panduan ini.