MakananKesihatan

Salah Cara Defrost Ayam Dan Daging Boleh Sakit Perut? Jom Cegah Keracunan Makanan Dengan Lakukan 5 Cara Ini.

Cara-Cara Defrost Bahan Mentah Yang Betul Dan Mudah

Defrost ayam dan daging

Sebenarnya apa cara defrost ayam dan daging yang betul dan selamat? Kalau tak betul, kang nanti boleh kena keracunan makanan pulak kan? Jenuh pulak nak tanggung kesakitan dan bayar kos ubat-ubatan. Selagi kita boleh elak, kita buat! Orang dulu-dulu pernah kata mencegah lebih baik daripada merawat. Dalam artikel ini, kami akan kongsikan cara untuk defrost ayam dan daging dengan betul.

Menunggu bahan mentah mencair atau defrost (nyahbeku) sebelum memasak merupakan satu perkara yang melecehkan. Apatah lagi ayam atau daging mengambil tempoh masa yang lebih lama berbanding makanan laut. Daripada rajin nak memasak auto jadi malas nak masak. Oleh itu, ramai yang ambil beberapa kaedah untuk mencairkan bahan tersebut, salah satunya meletakkan bahan mentah di luar melebihi 4 jam!

Mungkin ada dalam kalangan kita biasanya meletakkan daging atau ayam beku di singki pada waktu pagi dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk lembut dan boleh dimasak. Yelah sementara nak tunggu defrost tu elok lah kita buat kerja lain kan. Tapi sebenarnya kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Menurut perkongsian di platform TikTok daripada @drmalarss, cara yang selama ini kita biasa gunakan iaitu merendam ayam dan daging sehingga melebihi 4 jam untuk melembutkan lauk dari peti ais sebenarnya bahaya untuk kesihatan kita.

@drmalarss

Kepada #teamMakMak di luar sana, please defrost ayam cara betul. Dah banyak sangat kes keracunan makanan lately ni 😩😩#celotehdrmalar#fypシ#fyp#defrost#defrosttiktok

♬ original sound – Celoteh Dr Malar – CelotehDrMalar

“Daging atau ayam yang lembut dan banyak air masuk, bila dia berada di luar dalam suhu bilik terutamanya lebih dari empat jam boleh menyebabkan keracunan makanan”

“Ayam yang lembut tu menjadi rumah atau pun pesta untuk kuman bakteria membiak dan beranak-pinak dekat situ.” 

Antara kuman yang biasa melekat pada lauk itu adalah Salmonella, E. coli dan banyak lagi. Sebab itu kadangkala anak kecil senang terkena cirit-birit walaupun tidak makan di kedai luar. Jom kita tengok cara-cara untuk defrost ayam dan daging mengikut panduan yang digariskn oleh Public Health Malaysia.

Cara Defrost Ayam Dan Daging Dengan Betul Untuk Elak Keracunan Makanan

1. Letakkan di bahagian chiller peti sejuk

Jika ingin masak untuk lauk tengah hari pada esok hari, letakkan bahan basah beku di dalam chiller peti sejuk sekurang-kurangnya 12 jam. Kaedah ini yang paling mudah dan selamat.

Defrost ayam dan daging

2. Rendam dalam air pili bersih

Keluarkan bahan mentah, buka penutup bekas dan masukkan air dan biarkan terendam. Tukarkan air rendaman selepas 30 minit. Cara defrost rendam air ambil masa kurang lebih 1 jam. Kita juga boleh letak garam atau cuka sedikit untuk mempercepatkan proses.

Defrost ayam dan daging

3. Guna fungsi ‘defrost’ daripada microwave

Keluarkan daging beku yang ingin dicairkan, buka penutup bekas dan masukkan dalam microwave. Pilih menu defrost selama 5-10 minit.

Defrost Ayam dan Daging

4. Guna periuk tekanan tinggi

Masukkan daging beku ke dalam pressure cooker. Kemudian, masukkan satu cawan air ke dalam dan setkan masa kira-kira 6 minit untuk defrost.

defrost ayam dan daging

5. Penggunaan defrost express tray

Ini dipanggil defrost tray/ defrost board/ thawing board/thawing tray. Gajet terbaru dan paling best untuk mak-mak di dapur. Tak payah rendam air dah! Rupa dia macam papan pemotong. Tapi bukan dia! Jangan sesekali dibuat papan pemotong sebab tray ni diperbuat daripada aluminium. Dengan menggunakan kaedah heat transfer dapat menyahbeku bahan mentah secara menyeluruh.

Harga defrost tray ni boleh kira mampu milik. Bermacam-macam harga ada kat shopee tu. Boleh survey ikut bajet yang kita ada. Harga juga mengikut jenis saiz defrost tray juga. Memang berbaloi melabur membeli defrost tray ni. Sangat-sangat membantu!

Beli sini je murah : Defrost Tray 

defrost ayam dan daging

Bagaimanapun, jangan sesekali bertindak;

1. Letak untuk nyahbeku di luar melebihi 4 jam atau seharian 

2. Rendam dalam air yang panas

3. Masak dalam slow cooker

Berikut merupakan poster infografik cara defrost ayam dan daging daripada Public Health Malaysia:

Sumber : Public Health Malaysia

 

Mengendalikan proses nyahbeku atau defrost ayam dan daging dengan betul adalah langkah paling penting dalam memastikan keselamatan makanan bagi keluarga kita. Menggunakan kaedah-kaedah yang selamat seperti dikongsikan di atas akan mengurangkan risiko keracunan makanan yang boleh membahayakan kesihatan. Selain itu, kebersihan dan penjagaan kebersihan peralatan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.

Dengan memahami dan mengamalkan langkah-langkah yang telah dibincangkan tentang cara defrost ayam dan daging dalam artikel ini, kita dapat menikmati makanan yang selamat, sedap, dan bebas dari risiko kesihatan. Ingatlah bahawa keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama, dan dengan pengetahuan ini, kita dapat menjaga kesihatan dan kesejahteraan keluarga kita sambil menikmati hidangan yang lazat. Baca juga artikel tips beli limau mandarin manis dan sedap.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button