KesihatanCara Mudah

Kes Influenza Tinggi Sekarang, Ini Cara Guna Kit Ujian Influenza Boleh Beli di Farmasi Atau Online

Cara Guna Test Kit Influenza Boleh Beli Di Farmasi Atau Online

Sekarang ni ramai yang dijangkiti Influenza selain daripada Covid-19 dan masih ada yang tak tahu cara guna kit ujian influenza. Test Kit atau kit ujian kendiri Influenza ini sebenarnya ada dijual di farmasi ataupun secara online. Cuma ianya cepat juga habis dijual kerana stok masih belum banyak. Kit ujian yang dijual juga ada pelbagai jenis dan harga seperti yang mempunyai 3 dalam 1 iaitu termasuklah kit ujian Covid-19 yang disekalikan dalam kit ujian yang sama.

Ini bermaksud kita boleh menggunakan air liur sahaja untuk melakukan ujian kendiri menggunakan test kit influenza yang ada. Tak perlu pun pergi ke klinik atau hospital untuk dapatkan ujian, boleh buat terus di rumah sahaja. Influenza ni sakit macam Covid-19 juga ke? Macam mana ianya boleh berjangkit dan apa pula simptom yang dihadapi pesakit? Jangan risau di bawah ini akan dikongsikan maklumat lanjut mengenai penyakit Influenza.

Cara Guna Kit Ujian Influenza Boleh Beli Di Farmasi Atau Online

Berikut adalah cara guna test kit influenza serta maklumat lain yang berkaitan

Apa Itu Influenza? 

Influenza adalah penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur penafasan. Ianya boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Untuk kes-kes yang kritikal dalam keadaan tertentu, ianya boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan yang berisiko tinggi seperti:

  • Kanak-kanak
  • Warga Tua
  • Wanita Mengandung
  • Individu yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain.

*Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Golongan Berisiko Tinggi Dapat Influenza

Individu berikut berisiko tinggi mendapat influenza adalah seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga emas berumur 65 tahun dan ke atas
  • Individu dengan penyakit kronik (kencing manis, darah tinggi, asma dan lain-lain)
  • Individu obes
  • Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah (seperti pesakit kanser, penghidap HIV, pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi dan lain-lain)

Gejala Simptom Influenza

Kebiasaannya, gejala influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya termasuklah simptom atau gejala:

  • Demam
  • Selsema
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Sakit badan
  • Sukar bernafas
  • Cirit birit dan sakit perut (terutama dalam kalangan kanak-kanak)

Cara Jangkitan

Virus Influenza boleh merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain menerusi titisan salur pernafasan (respiratory droplets) ketika bercakap, batuk atau bersini. Titisan ini boleh mencemari permukaan serta menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Cara Pencegahan

Jangkitan Influenza ini boleh dicegah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan. Individu yang berumur 6 bulan ke atas layak untuk mendapatkan vaksinasi ini. Buat masa ini, vaksin Influenza ditawarkan di fasiliti kesihatan swasta.

Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya adalah digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim di fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.

Cara Penggunaan Kit Ujian Influenza

Seperti dimaklumkan, kit ujian kendiri Influenza boleh digunakan iaitu ujian pengesanan Influenza menggunakan air liur. Langkahnya adalah seperti berikut:

1. Keluarkan kaset ujian dari plastik dan gunakan ia secepat mungkin. Keputusan yang terbaik akan diperolehi jika ujian dilakukan sejurus selepas membuka plastik atau kantung foil tersebut.

2. Letakkan Tiub Pengekstrakan dan pegang botol reagen pengekstrakan terbalik secara menegak. Picit botol dan biarkan larutan jatuh ke dalam tiub perahan dengan bebas tanpa menyentuh tepi tiub. Tambah 10 titis reagen pengekstrakan (Lebih kurang 400ul) ke dalam Tiub Pengekstrakan. Lihat ilustrasi 1.

3. Letakkan spesimen swab dalam Tiub Pengekstrakan. Putar swab selama lebih kurang 10 saat sambil menekan kepala pada bahagian dalam tiub untuk melepaskan antigen dalam swab. Lihat ilustrasi 2.

4. Tanggalkan swab sambil picit kepala swab pada bahagian dalam Tiub Pengekstrakan semasa anda mengeluarkannya untuk mengeluarkan sebanyak mungkin cecair daripada swab. Buang swab mengikut protokol pelupusan sisa biohazard. Lihat ilustrasi 3 di bawah.

5. Pasangkan hujung penitis di atas tiub perahan. Letakkan kaset ujian pada permukaan yang bersih dan rata. Lihat ilustrasi 4.

6. Tambah tiga titis larutan (lebih kurang 120ul) ke dalam telaga sampel dan kemudian mulakan pemasa.

7. Tunggu sehingga garisan berwarna muncul. Baca keputusan pada 15 minit. Jangan tafsirkan keputusan selepas 20 minit.

 

Lepasni dah tahu cara nak guna test kit Influenza senang sikit kan. Boleh beli dekat farmasi atau online je terus dekat Lazada ataupun Shopee. Semoga dipermudahkan urusan dan bersabar menghadapi ujian jika positif ujian Influenza ini.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button