5 Cara PALING Betul Gunakan Peti Sejuk yang Korang Kena Tahu. Nombor 5 Tu Ramai Orang Salah Buat!
Cara Mudah Guna Peti Sejuk Dengan Betul
Peti sejuk boleh dikatakan sebagai antara peralatan dapur yang paling penting. Tanpa peti sejuk, korang tak ada tempat nak simpan barang basah dan lebihan lauk. Tapi ramai juga yang gunakan peti sejuk ni secara sambil lewa. Cara guna yang salah boleh membuatkan peti sejuk rosak, penggunaan elektrik yang tinggi dan makanan pun boleh basi juga.
Cara Paling Betul untuk Gunakan Peti Sejuk
Kalau nak pastikan peti sejuk dapat bertahan lebih lama, korang kena tahu cara yang paling betul nak gunakan peti sejuk. Cara-caranya korang boleh baca dekat bawah ni:
1. Letak di Tempat Teduh atau Sejuk
Kalau nak peti sejuk korang berfungsi dengan baik, pastikan ia diletakkan di tempat yang mempunyai pengaliran udara yang baik. Cari tempat yang teduh dan sejuk, dan elakkan daripada letakkan di tempat yang dekat dengan sumber haba macam dapur memasak tu. Sebab kalau peti sejuk korang panas, ia akan gunakan tenaga elektrik yang lebih untuk sejukkan bahagian dalamnya. Nanti hujung bulan korang garu kepala pula nak bayar bil. Dan satu lagi, jangan rapatkan peti sejuk dengan dinding. Korang jarakkan sikit, biar ada ruang untuk udara lalu. Boleh tengok di video ini.
2. Elak Penuhkan Peti Sejuk Hingga Sarat
Jangan sumbat segala benda dalam peti sejuk! Mungkin korang jenis yang suka beli sekali harung dan simpan stok banyak-banyak dalam peti sejuk supaya tak payah nak keluar rumah banyak kali. Peti sejuk yang sarat dengan benda bukan je menyakitkan mata, tapi ia juga menghalang udara sejuk daripada mengalir dengan lancar. Akhirnya, makanan banyak-banyak dalam peti sejuk tu tak sejuk langsung pun dan boleh rosak.
Solusinya, kalau makanan lebihan korang dah lebih 3 hari dalam peti sejuk, dah boleh buang je sebab makanan tu dah rosak. Selain tu, korang boleh juga bersihkan peti sejuk sebulan sekali. Masa ni korang bolehlah tengok barang apa yang nak simpan, barang apa yang nak dibuang.
Sumber Gambar Xtra
3. Jaga Pintu Peti Sejuk dengan Baik
Pintu peti sejuk adalah antara komponen yang penting sebab kalau ia tak berfungsi dengan baik, bahagian dalamnya takkan sejuk. Jadi korang kenalah gunakannya dengan cermat. Jangan selalu buka dan tutup pintu peti sejuk dan bila korang buka pintu, jangan pula dibiarkan lama-lama. Nanti udara panas dari luar akan masuk dan ‘memanaskan’ bahagian dalam peti sejuk. Bila suhu dalam peti sejuk meningkat, peti sejuk tu perlu ‘bekerja’ dengan lebih keras dan akan memakan elektrik lebih banyak.
Pastikan juga pintu peti sejuk tertutup rapat. Macam mana nak tahu pintu peti sejuk tertutup rapat ke tak?
- Kepitkan sekeping kertas masa korang nak tutup pintu peti sejuk.
- Kalau kertas tu senang ditarik, maksudnya pintu tak tertutup rapat. Tapi kalau kertas tu tersangkut dan susah nak ditarik, maksudnya pintu peti sejuk korang tertutup dengan rapat. Kalau pintu peti sejuk korang tak rapat, bolehlah hantar ke kedai untuk dibaiki.
4. Jangan Berkongsi Plug
Peti sejuk ni menggunakan tenaga elektrik yang banyak. Jadi sebaik-baiknya kalau soket untuk peti sejuk tu jangan dikongsikan dengan plug untuk perkakas elektrik yang lain. Sebab kalau korang kongsikan dengan plug lain dalam satu soket yang sama, kemungkinan untuk dia short circuit atau lintar pintas adalah tinggi.
Kalau dapur korang dah tak ada soket dah, boleh panggil tukang elektrik untuk tambah satu soket yang baru. Tak pun, korang boleh cabut sekejap plug peti sejuk bila nak pakai perkakas elektrik yang lain. Bila dah habis guna, boleh cucuk balik plug peti sejuk tu.
5. Jangan Buang Ais dengan Pisau atau Screwdriver
Sumber Gambar Budakgemuk
Kalau korang guna peti sejuk lama atau yang satu pintu, kadang-kadang bahagian freezer peti sejuk korang akan terbentuk ais yang semakin lama semakin menebal. Selalunya benda ni terjadi sebab korang biarkan pintu bahagian freezer tu terbuka lama. Jadi titisan air akan terbentuk lalu membeku jadi ais yang semakin lama semakin memenuhi ruang freezer tu. Jangan sesekali gunakan pisau atau apa-apa benda yang tajam untuk buang ais sebab boleh jadi korang akan tertebuk lubang di bahagian cooling coil yang terletak di dinding freezer tu.
Sumber Gambar Sejuk Peti
Bila bahagian cooling coil tu bocor, gas peti sejuk akan terkeluar dan lama-lama condenser peti sejuk korang akan rosak. Habis melayang duit berapa ratus nak baiki peti sejuk yang rosak disebabkan kecuaian korang. Sebaliknya, cara mudah nak cairkan ais di bahagian freezer tu adalah dengan menekan butang defrost dan ais akan perlahan-lahan mencair. Bila korang amalkan cara penggunaan peti sejuk yang betul ni, barulah peti sejuk akan tahan lama. Bil elektrik pun boleh jimat dan makanan pun akan tahan lama! Nak tengok tips jimat elektrik lain boleh rujuk sini.