Habis Perabot Rosak Anai-Anai Punya Kerja. Ini Cara Bunuh & Halau Anai-Anai Di Rumah
Tips Halau Anai-Anai Daripada Merosakkan Perabot Dan Rumah
Cara paling mudah dan berkesan untuk halau anai-anai ialah sudah tentu dengan mendapatkan khidmat profesional dari syarikat kawalan serangga dan makhluk perosak. Tapi mungkin ada diantara kita yang tak mampu nak bayar mahal-mahal kan. Sebenarnya ada beberapa cara lain boleh dibuat selain daripada mengupah pakar.
Kalau korang mempunyai masalah anai-anai di rumah, atau nak elakkan anai-anai dari mula bersarang di rumah korang, terdapat 5 cara berkesan untuk halau anai-anai daripada merosakkan perabot dan rumah anda yang boleh dibuat sendiri. Lagi cepat korang buat, lebih baik sebelum masalah anai-anai tersebut menjadi lebih buruk dan mendatangkan kerosakan dan kerugian yang lain. Cara-caranya adalah:
#1 Halang Dulu Anai-Anai Masuk Ke Rumah Dengan Cecair Kimia
Sumber Gambar Effective Consultancy
Kalau rumah korang jenis kediaman bertanah, rawatan cecair kimia penghalang anai-anai ialah cara terbaik untuk membunuh dan menghalang anai-anai dari merebak ke dalam rumah. Antara jenama cecair kimia penghalang anai-anai yang korang boleh dapatkan di kedai alatan perkakas ialah Termidor dan Taurus. Dua jenama ini juga kebiasannya digunakan oleh kebanyakan syarikat kawalan serangga perosak profesional.
Cecair kimia penghalang anai-anai ini bukan sahaja menghalau dan membunuh malah turut meracun anai-anai ini seperti virus. Jika anai-anai yang terkena racun ini kembali ke koloni, ia akan menjangkiti dan membunuh yang lain. Cara menggunakannya ialah cucuk dan masukkan cecair ini di bawah tanah pada sekeliling perimeter rumah seperti di dalam gambar di atas dengan sukatan 10 liter bagi setiap satu meter bagi mendapatkan kesan terbaik. Kebiasannya rawatan cecair kimia penghalang anai-anai ini mampu bertahan sehingga 5 tahun.
#2 Kalau Dah Jumpa, Terus Bunuh Guna Bahan Ini!
Sumber Gambar Youtube DoMyOwn
Kalau korang nampaj dalam rumah korang dah ada pembiakan anai-anai, menggunakan bahan kimia langsung lebih berkesan kalau korang nak hapuskan dan halau koloni anai-anai tersebut dengan segera. Bahan kimia langsung yang korang boleh guna ialah Termidor Foam, juga sering digunakan oleh syarikat kawalan serangga perosak profesional.
Sembur Termidor Foam pada bahagian retak, lompang dan celah rumah yang menjadi tempat pembiakan anai-anai. Semburan dalam bentuk buih tersebut akan terus mengembang kemudian tersejat menjadi wap, lalu merebak dan meracuni anai-anai sebaik sahaja bahan yang tersejat tadi menyentuhnya. Rawatan ini mampu bertahan paling kurang sebulan menghalang anai-anai untuk kembali masuk ke rumah.
#3 Pasang Umpan Anai-Anai
Sumber Gambar Bugs
Bagi korang yang tinggal di kediaman bertanah, memasang umpan anai-anai ialah satu lagi cara yang terbukti berkesan untuk menghapuskan dan menghalau anai-anai dari merebak ke dalam rumah. Umpan anai-anai ini korang boleh dapatkan di kedai perkakas, di Shopee pun ada jual. Caranya ialah tanam umpan anai-anai ini mengelilingi kawasan luar rumah sedalam tiga kaki dan berjarak antara 10 hingga 15 kaki antara satu sama lain.
Anai-anai yang makan umpan tersebut tidak akan segera mati kerana toksin atau racun dalam umpan tersebut bertindak perlahan, apabila anai-anai tadi kembali ke koloni, ia akan menjangkiti dan membunuh anai-anai yang lain dalam koloni tersebut seluruhnya.
Bagi yang tinggal di kediaman bertingkat seperti kondominium atau pangsapuri, korang boleh gunakan umpan anai-anai dalam kotak, juga boleh didapati di kedai perkakas dan Shopee.
Sumber Gambar Shopee
#4 Pastikan Laman Rumah Ada Cacing Tanah!
Sumber Gambar GardeningKnowHow
Bagi mereka yang biasa bercucuk tanam, pasti tahu bahawa cacing tanah sangat penting bagi menjaga tanaman dari serangga perosak dan menjaga ekosistem dan kesuburan tanah. Tapi korang juga harus tahu bahawa mempunyai cacing tanah di halaman rumah juga mampu menghalang anai-anai dari membiak atau merebak ke dalam rumah. Cacing tanah kebiasannya akan melepaskan sejenis bakteria usus simbiotik di kawasan tempat pembiakannya yang mampu meracuni dan membunuh anai-anai dalam masa 2-3 hari. Kalau ada kawasan laman rumah korang yang menjadi tempat pembiakan anai-anai, timbuskan dengan tanah bercampur cacing tanah, dan siram dengan air sejuk. Anai-anai yang membiak di kawasan tersebut akan terhapus dalam 2-3 hari.
#5 Beli Asid Borik Dan Sembur!
Sumber Gambar Lazada
Satu lagi cara yang sudah dicuba dan terbukti berkesan untuk menghalau anai-anai ialah dengan menggunakan asid borik. Kalau korang perasan, kebanyakan racun serangga mengandungi asid borik sebagai bahan utama. Asid borik berfungsi dengan menyahhidrat lalu melumpuhkan sistem saraf anai-anai yang menyentuhnya.
Serbuk asid borik ini boleh dibeli di kedai perkakasan atau di Lazada. Caranya mudah, campurkan asid borik dengan air dan semburkan pada retak, lompang dan celah rumah yang menjadi tempat pembiakan anai-anai. Ulang setiap 3-5 hari. Walaupun asid borik ini tidak terlalu toksik untuk binatang peliharaan dan manusia, sembur dan gunakan dengan berhati-hati bagi mengelakkan dari keracunan asis borik.
Kalau korang sayangkan tempat kediaman korang, terutamanya yang tinggal di rumah kediaman diperbuat dari kayu, cegah dan rawatlah pembiakan anai-anai dengan segera. Korang boleh buat sendiri dengan ikuti 5 cara di atas, atau dapatkan khidmat profesional syarikat kawalan serangga perosak. Nak tahu cara mudah halau semut boleh baca di SINI