Doa Sakit Kepala & 6 Cara Nak Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat!
Tips Hilangkan Sakit Kepala Atau Migrain Tanpa Perlu Makan Panadol
“Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?” Ayat ni seringkali kita dengar diutarakan di corong-corong TV dan radio. Sekali dengar, mungkin korang tak rasa apa-apa dengan ayat ni. Tapi bila rasa sakit kepala tu datang masa tengah buat kerja yang penting, barulah ayat tu korang rasa ada makna.
Sumber Gambar SehatQ
Sakit kepala ni boleh terjadi disebabkan beberapa punca, antaranya adalah disebabkan stres, tekanan, kemurungan, ataupun migrain. Sakit kepala, yang jenis sampai berdenyut-dengut, memang sesuatu yang mengganggu. Kadang-kadang sampai rasa tak boleh nak buat apa-apa langsung dan membuatkan kita terbaring saja.
Nasib baiklah ada beberapa tips untuk meredakan rasa sakit kepala yang korang boleh buat sendiri di rumah, tanpa perlu pergi ke kedai untuk membeli ubat.
6 Cara Nak Hilangkan Sakit Kepala Dengan Cepat Tanpa Perlu Makan Ubat
Gunakan Pek Ais
Sumber Gambar New Life Outlook
Kepala yang berdenyut boleh dilegakan dengan meletakkan ais di bahagian tersebut. Rasa sejuk ais akan membuatkan kepala korang rasa kebas lalu dapat mengurangkan rasa sakit tersebut. Caranya senang je:
- Sejukkan pek ais. Kalau korang tak ada pek ais, boleh balutkan bongkah ais dengan tuala bersih lalu letakkan di kepala selama 15 minit.
- Kemudian berehat sekejap selama beberapa minit sebelum meletakkan kembali pek ais ke kepala selama 15 minit jika sakit kepala masih belum surut.
Malapkan Lampu Bilik
Lampu yang terlalu terang juga boleh membuatkan kita rasa sakit kepala. Rehatkan diri di dalam bilik yang malap, atau nak lagi senang tutup terus lampu dan tingkap. Baring di dalam gelap sambil meletakkan tuala lembap di atas mata yang tertutup. Cara ni akan membuatkan korang lebih relaks dan sakit kepala pun boleh dikurangkan. Nak naikkan lagi mood, bolehlah pasang lagu-lagu instrumental atau zikir yang menenangkan.
Kurangkan Mengunyah
Perasan tak setiap kali sakit kepala, rasa sakit tersebut akan berganda apabila mengunyah? Ini kerana aktiviti mengunyah akan meregangkan urat di sisi kepala lalu memberi tekanan di situ. Oleh itu, bila tengah sakit kepala, kurangkan aktiviti mengunyah. Kalau nak makan, cari makanan yang senang ditelan atau lembut seperti bubur dan sup ikan.
Halia
Sumber Gambar Majalah WM
Halia bukan saja boleh membuang angin, tapi ia dapat juga melegakan sakit kepala. Buat teh halia dengan menggunakan halia yang segar dan hirupnya perlahan-lahan. Nak lagi sedap, boleh juga letakkan madu sikit. Halia juga sesuai untuk hilangkan rasa mual, yang selalunya datang sekali apabila migrain atau menghidapi sakit kepala yang teruk.
Limau Kasturi
Sumber Gambar The Malaya Post
Salah satu bahan yang selalu digunakan dalam perubatan melayu adalah limau kasturi. Baunya saja sudah boleh buat kita rasa segar. Petuanya adalah:
- Sediakan beberapa biji limau kasturi dan belah dua.
- Perahkannya di kepala dan perlahan-lahan urut kepala. Picit dengan kuat di bahagian-bahagian yang berdenyut.
- Kulit limau jangan dibuang pula. Masukkan ke dalam bekas yang berisi air dan setelah selesai mengurut kepala dengan jus limau kasturi, perlahan-lahan tuangkan air tadi ke seluruh kepala.
Rendam Kaki Dalam Air Panas
Sumber Gambar Yukepo
Kalau korang sakit kepala sebab stres dengan kerja atau belajar, cuba tenangkan diri dengan merendam kaki di dalam air panas. Kalau nak lagi seronok, titikkan beberapa titis minyak terapi. Apabila merendam kaki di dalam air panas, darah akan lagi banyak mengalir di situ. Jadi kepala korang akan semakin kurang berdenyut.
Rehatkan Mata Daripada Skrin
Sumber Gambar Popular Science
Memandang skrin untuk satu tempoh yang lama juga boleh menyebabkan sakit kepala. Berhenti sekejap dan pandang sesuatu yang hijau seperti pokok untuk merehatkan mata. Kalau kerja korang memang perlu untuk melihat skrin setiap masa, berhenti setiap 30 minit, dan urut-urut kelopak mata selama beberapa minit untuk melegakan pembuluh darah di situ.
Selain itu, kekurangan air dan tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala. Oleh itu, pastikan korang cuba untuk dapatkan tidur paling kurang 6 jam sehari dan meminum air sebanyak 6 gelas sehari.
Korang kena dapatkan rawatan doktor sekiranya:
- Sakit kepala disebabkan oleh kepala yang terhantuk.
- Sakit kepala yang disusuli dengan kesukaran untuk bercakap atau masalah saraf yang lain.
- Sakit kepala teramat sangat yang datang secara tiba-tiba.
- Sakit kepala yang menjadi lebih teruk walaupun selepas memakan ubat.
Doa Sakit Kepada Bagi Muslim
Bagi yang muslim pula, boleh amalkan doa daripada ayat Al-Quran ini. Semoga sembuh penyakit sakit kepala tersebut dengan izin Allah.
Sakit gigi juga boleh membantutkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Disebabkan sakit gigi juga korang boleh jadi sakit kepala lepastu. Ada cara nak hilangkan rasa sakit gigi yang korang boleh ikuti di SINI.