Apa Nak Jawab Masa Interview Kerja Lepasan SPM Atau Tiada Sijil? Ikuti Panduan Cara Jawab Betul Temuduga Ini Untuk Mudah Dapat Kerja
Cara Jawab Soalan Dengan Betul Ketika Temuduga Cari Kerja
Cara Jawab Betul Temuduga Cari Kerja Lepasan SPM Atau Tiada Sijil
Pernah tak korang pergi interview kerja sampai 10 tempat tapi semua tak dapat? Mungkin belum ada rezeki, tapi mungkin juga korang ada bagi jawapan yang kurang tepat. Apa kata korang ikuti langkah-langkah cara jawab betul temuduga untuk beberapa soalan interview yang selalu ditanya ni sebagai panduan:
Nak Kerja Sepenuh Masa Ke Part Time?
Kalau korang betul-betul perlukan kerja pada masa tu, korang boleh jawab macam ni:
“Saya memang berminat nak kerja dekat sini. Kalau boleh saya nak kerja sepenuh masa. Kalau takde kekosongan, saya sanggup terima kerja sebagai part time. Ada rezeki nanti, mana tahu boss naik kan saya jadi full time.”
Kalau korang hanya diterima sebagai part time je, jangan risau, korang boleh apply kerja part time dekat tempat lain jugak. Kan lagi bagus ada dua kerja dan dua gaji?
Nak Kerja Lama ke Sekejap Je?
Kebanyakan majikan mesti akan ambil pekerja yang boleh kerja lama dengan diorang. Melainkan kalau memang diorang tengah cari pekerja sementara waktu. Bila soalan ni ditanya, korang boleh jawab:
“Saya memang nak kerja lama dekat sini. Bila saya dah mahir kerja ni, saya yakin saya akan dapat buat kerja dengan bagus dan bantu tingkatkan prestasi syarikat/kedai.”
Awas! Korang jangan sesekali jawab macam ni ya:
“Ikutlah berapa lama saya boleh tahan” atau “Terpulanglah pada boss nak bagi saya kerja berapa lama.”
Kalau korang jawab macam ni, nampak sangat sikap tak bersemangat dan sungguh-sungguh nak kerja. Jadi peluang untuk dapat kerja tu mungkin kurang sikit.
Ada Transport Sendiri Tak?
Soalan ni bila ditanya, walaupun korang takde kenderaan nak pergi tempat kerja, jawab je yang korang akan berusaha untuk datang kerja tepat pada masanya. Contoh macam ni:
“Walaupun saya takde kenderaan sendiri, tapi saya dah biasa guna pengangkutan awam dan takkan lambat untuk pergi kerja.”
Kalau korang ada kenderaan sendiri, lagi bagus. Korang boleh jawab macam ni:
“Saya ade kenderaan sendiri, jadi saya boleh sampai awal di tempat kerja.”
Ada Pengalaman Kerja Tak Sebelum Ni?
Kalau korang ada pengalaman kerja, tak kisahlah kerja apa sekalipun, walaupun tak sama dengan kerja yang kita mintak, boleh cerita je dekat majikan supaya diorang dapat tengok kita ada rekod pengalaman bekerja.
Kalau takde, jangan risau. Korang boleh jawab macam ni:
“Saya memang takde pengalaman kerja sebelum ni, sebab saya baru habis belajar/berniaga sendiri dekat kampung, tapi saya seorang yang cepat belajar jadi saya yakin saya boleh buat kerja ni dengan betul dan bagus nanti.”
Berapa Gaji Yang Awak Harapkan?
Soalan ni agak penting, sebab tujuan utama kita bekerja mestilah nak gaji untuk sara hidup kan? Kalau dekat iklan dah tulis gaji berapa, korang boleh mintak lebih sikit kalau korang ada pengalaman bekerja untuk majikan pertimbangkan. Kalau gaji yang di-offer agak rendah sikit berbanding apa yang diharapkan, mungkin korang boleh guna cara jawab betul temuduga macam ni:
“Saya memang betul-betul nak kerja dekat sini, tapi disebabkan tempat ni agak jauh, mungkin tuan boleh pertimbangkan gaji lebih sikit untuk saya bayar kos perjalanan ke tempat kerja.”
Tapi kalau korang dah memang takde pengalaman tak bolehlah mintak lebih. Kerja je dulu untuk kumpul pengalaman. Cukup setahun, cuba mintak kerja lain dengan gaji yang lebih sikit atau boleh mintak kenaikkan gaji dari majikan sedia ada.
Sumber GambarPerkeso
Tujuan majikan buat interview ni sebenarnya nak tengok sikap dan penampilan calon sama ada sesuai atau tak untuk diambil bekerja. Jadi, korang cubalah tunjukkan penampilan diri yang paling baik korang boleh bagi. Tunjukkan semangat yang tinggi supaya orang boleh nampak yang korang betul-betul bersedia nak bekerja. Semoga berjaya untuk semua yang nak pergi interview tu! Jangan pula buat 4 kesalahan besar semasa hadir temuduga.
Apa-apa pun sebelum temuduga boleh amalkan doa di bawah ini. Semoga perkongsian cara jawab betul temuduga ini dan doa di bawah dapat membawa membuka rezeki dan mendapat pekerjaan baru yang dimohon itu.
Sumber GambarPinterest