TeknologiCara Mudah

Whatsapp Paling Banyak Guna Memory, Ini Cara Kosongkan Whatsapp Penuh

Tips Kosongkan Whatsapp Yang Menyebabkan Memori Telefon Penuh

Sekarang ini semua orang hantar mesej guna Whatsapp, tapi tak ramai tahu whatsapp menyebabkan memori telefon cepat penuh dan ramai tak tahu cara kosongkan whatsapp penuh. Memang selalunya banyak orang tak perasan bila handphone mereka dah full memory, mereka ingat sebab banyak ambil gambar atau video ataupun terlalu banyak aplikasi dalam phone tu. Lepastu bila dah buang gambar, video, dan aplikasi pun masih juga penuh memori telefon tu kan?

Memang betul kalau terlalu banyak aplikasi, gambar dan video boleh juga menyebabkan memori telefon penuh, tetapi yang paling ketara sebenarnya kerana Whatsapp yang penuh. Ini antara aplikasi yang paling selalu kita gunakan kan. Tidak kira lah untuk berhubungan dengan keluarga, kawan-kawan mahupun tempat kerja. Semuanya guna whatsapp je sebab ianya adalah percuma, hanya perlu guna internet sahaja. Tapi kalau free pun selalu buat memori penuh susah juga.

 

Tips Bersihkan Whatsapp Yang Menyebabkan Memori Telefon Penuh

Jangan risau, sebenarnya boleh je gunakan whatsapp tanpa buatkan memori telefon kita penuh. Ada beberapa tips yang perlu korang lakukan iaitu:

1. Tutup Fungsi Auto-Download video dan gambar

Yang ni paling ramai buat dan tak perasan iaitu hidupkan fungsi auto-download video dan gambar. Bayangkan kita ada group Whatsapp keluarga, kawan, makanan, bisnes dan banyak lagi. Semua tu mesti akan hantar video dan gambar kan? Kadang tu kita tak berminat nak tengok semua pun. Tapi bila dia terus termuat turun secara automatik sememangnya akan memakan ruang simpanan handphone kita.

Secara default, tetapan asal Whatsapp sememangnya akan membuatkan gambar dan video di muat turun secara automatik. Walau bagaimanapun sebenarnya orang ramai boleh memadamkan atau menutup fungsi tersebut. Caranya mudah je ikut langkah berikut:

  • Buka aplikasi dan pilih setting 
  • Klik pilihan storage and data
  • Pilih when using mobile data & when connected on WIFI, kosongkan tanda pada kotak Photos, Audio, Videos & Documents

2. Aktifkan Backup Google Drive / iCloud

Ini adalah fungsi mudah untuk menjimatkan penggunaan memori dalaman handphone kita. Dalam ketetapan asal, chat Whatsapp akan disimpan dalam memori internal. Ini puncanya handphone kita akan cepat full memory. Maka apa yang kita boleh buat adalah menyimpan chat dan media ke penyimpanan cloud atau online seperti Google Drive atau iCloud.

Cara untuk menukar tetapan simpanan chat daripada internal kepada cloud storage adalah:

  • Klik setting
  • Pilih Chat
  • Pilih Chat Backup 
  • Klik Backup
  • Sebelum itu pastikan telah memasukkan alamat emel akaun yang ingin disimpan, pilih juga bila untuk menyimpan atau back up sama ada secara daily, weekly atau monthly.

3. Padam Chat Yang Bersaiz Besar

Apabila dah simpan backup chat, langkah seterusnya yang korang boleh buat adalah delete atau padam chat perbualan di Whatsapp yang bersaiz besar. Bukan semua chat bersaiz besar kerana ianya bergantung kepada kekerapan interaksi dan juga jumlah media yang diterima dalam chat tersebut.

Tak tahu chat mana yang makan paling banyak memori? Jangan risau, Whatsapp boleh susunkan mengikut saiz kebesaran chat. Caranya mudah je, ikuti langkah berikut:

  • Klik Settings
  • Pilih Storage and data
  • Pilih Manage Storage 
  • Skrol ke bawah dan akan dipaparkan chat yang bersaiz besar sehingga lah ke saiz paling kecil menggunakan memori
  • Pilih chat tersebut dan pilih fail atau media yang ingin dipadamkan seperti video atau gambar.

 

4. Padam Fail Atau Media Bersaiz Besar

Sama juga seperti chat tadi, cumanya jika malas untuk lihat chat satu per satu, boleh terus lihat fail atau media yang bersaiz besar. Caranya adalah:

  • Klik Setting
  • Pilih Storage Data
  • Pilih Manage Storage
  • Di sini akan dipaparkan di bahagian atas iaitu larger than 5 MB (lebih besar dari 5 MB) ataupun forwarded many times (dihantar berulang kali). Pilih fail atau media yang ingin dipadam dan klik delete.

 

5. Kurangkan Buka Whatsapp Status

Ini mungkin ramai yang suka buat sebab nak tahu apa aktiviti atau perkembangan rakan kenalan di Whatsapp tu kan. Ye lah selalunya kita akan kongsikan apa yang kita buat di bahagian status untuk orang lain tengok dan kita juga akan melihat status mereka. Dengan melihat Whatsapp Status, ianya akan tersimpan dalam memori handphone kita.

Walaupun Whatsapp Status hanya tersimpan di memori internal sementara sahaja dan akan lenyap dalam 24 jam tetapi ianya juga boleh menyumbang. Selain itu fail GIF ataupun Sticker juga boleh menyumbang kepada memenuhkan ruang simpanan internal. Makin banyak korang mengirim GIF atau Sticker, semakin penuhlah internal memory tu. Cara untuk memadamnya secara manual adalah buka memori internal dan pilih fail untuk dipadamkan. 

 

Lepasni dah tahu cara kosongkan whatsapp yang penuh boleh lah buat dan share juga pada ahli keluarga yang lain. Tak perlu tukar handphone lain pun. Masih boleh guna jangan risau tak perlu beli lain pun. Kalau dah buat semua ni tapi memori masih penuh juga boleh cuba tips kosongkan memori telefon di panduan SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button