TeknologiCara Mudah

Phone Selalu Lagging Atau Sangkut? Cuba Periksa 3 Cara Lajukan Handphone Yang Mungkin Ramai Tak Tahu!

Cara Untuk Pengguna Iphone dan Android Melajukan Semula Handphone Lagging

Sumber Gambar Cnet

Apa cara lajukan handphone lagging? Tak kiralah korang pengguna Iphone atau Android, kita semua rasa handphone yang lagging atau lembap, sangat menyusahkan kita melakukan urusan seharian, apatah lagi sekarang ni bila pembelajaran sekolah atau universiti serta bekerja dari rumah yang menggunakan telefon pintar di rumah. Perkara ini selalunya terjadi kepada pengguna Android setelah menggunakan telefon pintar mereka pada pada tempoh waktu yang tertentu. Namun begitu, pengguna Iphone juga tak lari dari menghadapi perkara yang sama lebih-lebih lagi jika tak kena pada cara penggunaannya.

Apakah yang menyebabkan telefon pintar ini lagging sebenarnya? Bagaimana nak lajukan semula telefon pintar kita dan perbaiki isu ini? Takkan nak hantar kedai untuk baiki kan nanti kena bayar lagi. Sebenarnya tak perlu pun hantar kedai dulu. Ini 3 cara yang korang boleh ikut, masing-masing untuk pengguna Iphone dan Android untuk melajukan semula telefon pintar korang:

Cara Lajukan Handphone Yang Slow Dan Selalu Sangkut

ANDROID

Sumber Gambar GSM Support

#1 Periksa Dan Bersihkan Ruang Simpanan (Storage) Telefon Pintar Android

Sama seperti Iphone, ruang simpanan atau storage yang terlalu padat antara penyebab utama handphone lagging bagi pengguna Android tak kiralah apa jenamanya sekalipun: Samsung, Huawei, Xiaomi etc. Untuk semak penggunaan storage telefon pintar Android korang, selalunya korang boleh pergi ke Setting -> About Phone ->Storage.

Sumber Gambar HowToGeek

Antara penyebab ruang simpanan telefon pintar Android korang padat tanpa korang sedar walaupun saiz ruang simpanan korang besar ialah:

  • Gambar dan video yang terlalu banyak – Kalau ada gambar dan video yang sama dalam telefon pintar Android korang, bolehlah dipadamkan bagi mengurangkan penggunaan ruang simpanan dalam Android korang. Ini biasa terjadi dekat mak ayah kita kat kampung tu sebab selalu berkongsi video dan gambar di aplikasi WhatsApp.
  • Bloatwaredan aplikasi yang jarang digunakan- Android pun banyak bloatware yang sudah dipra-pasang di dalamnya yang boleh menyebabkan handphone lagging. Antara bloatware di dalam telefon pintar Android ialah: Applikasi tambahan Google Plays seperti Books, Music, and Movies, permainan yang dipra-pasang, applikasi pihak ketiga-applikasi selain yang dibangunkan Google dan pelayar internet pihak ketiga-pelayar internet selain Google Chrome.Adalah lebih baik untuk korang uninstall applikasi ini kalau tidak digunakan. Selain memenuhkan ruang, applikasi ini juga berpotensi menyebabkan telefon pintar Android korang lagging akibat malware. Padam juga aplikasi yang jarang digunakan bagi mengurangkan penggunaan RAM dan ROM telefon korang.
  • System Junk Data – Sistem operasi Android sangat cenderung menghasilkan ‘junk data‘ yang memenuhkan ruang simpanan menyebabkan handphone lagging. Cara untuk membuang ‘junk data‘ ini boleh dilakukan melalui aplikasi seperti ‘One Booster’ atau menggunakan fungsi ‘free up space‘ pada ‘storage‘ telefon pintar Android masing-masing.

#2 Kurangkan Penggunaan Widget Dan Elakkan Penggunaan Shortcut

Sumber Gambar BusinessInsider

Walaupun widget dan shortcut ini nampak seperti perkara kecil, tetapi dua benda ini juga boleh menyebabkan handphone lagging. Hal ini kerana RAM tambahan perlu digunakan untuk memastikan widget untuk terus berjalan dan menjalankan arahan dari shortcut kepada aplikasi sebenar.

Antara widget yang selalu ada pada ‘homescreen‘ namun jarang digunakan ialah dan boleh dibuang ialah:

  • Widget cuaca
  • Widget jam
  • Widget kalendar
  • Widget album
  • Widget music player
  • Widget notes/thing-to-do

Bagi shortcut pula tak perlu digunakan langsung pun lebih elok.

#3 Restart Telefon Pintar Android

Sumber Gambar HowToGeek

Dengan melakukan restart pada telefon pintar Android korang boleh membantu dalam menyelesaikan masalah handphone lagging. Ini membantu dalam membersihkan semula ruang memori RAM telefon korang kerana segala penggunaan RAM oleh aplikasi akan dihentikan dan akan digunakan semula bila korang buka balik mana-mana aplikasi. Cara restart telefon Android ni kebiasannya dengan menekan butang ‘Power‘ untuk beberapa ketika sehingga keluar pilihan ‘Restart‘ pada skrin. Kalau biarkan handphoen dimatikan waktu malam pun sama juga dapat membantu.

 

IPHONE

Handphone Lagging

Sumber Gambar Aiseesoft

#1.  Periksa Dan Bersihkan Ruang Simpanan (Storage) Iphone

Ruang simpanan atau storage yang terlalu padat antara penyabab utama Iphone korang boleh lagging. Korang boleh umpamakan fail-fail yang korang simpan ini sebagai beban yang perlu Iphone korang bawa setiap hari. Semakin bertambah padat beban yang perlu dibawa, semakin bertambah perlahan Iphone korang untuk beroperasi. Untuk semak penggunaan ruang simpanan Iphone korang, pergi ke Setting -> General ->Iphone Storage.

Sumber Gambar Business Insider

Antara penyebab ruang simpanan Iphone korang padat tanpa korang sedar walaupun saiz ruang simpanan korang besar ialah:

  • Bloatware dan aplikasi yang jarang digunakan– Bloatware ialah software atau aplikasi yang dimuat turun dan dipra-pasang dalam Iphone korang. Maksudnya korang beli je Iphone, aplikasi tu dah sedia ada dah dalam tu. Kalau korang guna, tak apa untuk korang simpan. Tapi kalau tak guna, aplikasi ini hanya akan memenuhkan ruang.Ini bloatware yang korang boleh uninstall dari Iphone korang: Voice Memos, Weather, Podcasts, Notes, iBooks, News, Stocks, Tips dan Reminders. Padam juga aplikasi yang jarang digunakan bagi mengurangkan penggunaan RAM dan ROM Iphone korang.
  • Gambar dan video yang terlalu banyak – Kalau ada gambar dan video yang sama dalam Iphone korang, bolehlah dipadamkan bagi mengurangkan penggunaan ruang simpanan dalam Iphone korang. Kalau tak nak buang pun boleh simpan dalam iCloud iaitu ruangan simpanan online.
  • System Junk Data – Sistem operasi Iphone juga boleh menghasilkan ‘junk data‘ yang memenuhkan ruang simpanan menyebabkan iPhone menjadi lagging, terutamanya ‘junk data‘ yang terhasil dari aplikasi Safari. Cara untuk membuang ‘junk data‘ ini boleh dilakukan melalui aplikasi seperti ‘Dr Fone‘.

#2 Matikan Fungsi ‘Background App Refresh’, dan Hidupkan Fungsi ‘Reduce Transparency’ dan ‘Reduce Motion’

 

Sumber Gambar DrFone

Kalau fungsi ‘Background App Refresh’ ini dihidupkan, aplikasi dalam senarai fungsi ini akan tetap berjalan walaupun korang tak pakai. Ini salah satu penyebab Iphone korang jadi lagging, malah data internet korang juga akan digunakan tanpa sedar dan bateri pun akan lebih cepat habis. Untuk matikan fungsi ini, pergi ke Setting -> General ->Background Refresh App.

Selain itu, korang juga boleh hidupkan fungsi ‘Reduce Motion‘(Pergi ke Setting -> General ->Accessibility -> Reduce Motion) dan ‘Reduce Transparency'(Pergi ke Setting -> General ->Accessibility->Increase Contrast -> Reduce Motion) untuk meminimakan penggunaan kapasiti processor bagi melajukan semua Iphone korang.

#3 Restart Iphone Anda

Sumber Gambar Business Insider

Sama seperti Android, antara cara lain untuk menjadikan Iphone korang ‘segar’ semula ialah dengan restart iPhone korang. pada kebanyakan masanya, langkah mudah, semudah ‘restart’ sahaja Iphone korang akan menyelesaikan kebanyakan masalah yang korang alami termasuklah bila handphone lagging. Cara restart Iphone ni pelbagai, bergantung kepada model Iphone. Korang boleh tengok di sini.

Walau terdapat cara lajukan handphone korang bila lagging, aspek paling penting ialah cara penggunaan dan penjagaan telefon pintar itu sendiri. Kalau tak cermat dalam menggunakannya, berkemungkinan boleh rosak dan tak dapat dibaiki. Bocorlah poket kena beli lagi. Untuk tips jimat ruang simpanan atau storage telefon boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button