KewanganTips Jimat

Menabung 8 Bulan Sahaja Dapat Kumpul Lebih RM2,000. Ini Cara Menabung Cepat

Cara Menabung Beberapa Bulan Sahaja Tapi Dapat Hasil Banyak

Macam mana cara menabung cepat? Setiap dari kita mesti pernah mendengar ayat ‘menabung amalan mulia’. Kalau dulu kecil-kecil memang lah tak rasa pentingnya menabung sangat sebab masih ada mak ayah nak bagi kita duit. Tapi bila dah dewasa ni baru lah kita rasa pentingnya menabung sebab duit tu kita yang cari sendiri untuk sara hidup. Jadi nak taknak kita sendiri kena menabung atau simpan duit sendiri walaupun banyak atau pun sikit.

Menabung ni penting kerana sekurang-kurangnya kita ada simpanan duit untuk masa depan. Tidak kira lah untuk anak belajar ke, untuk perbelanjaan istimewa seperti melancong ataupun kecemasan seperti kemalangan dan sebagainya. Pastinya duit yang disimpan ini akan memberi manfaat pada kita. Banyak cara  menabung cepat ni dan tak ada cara yang betul ataupun salah. Semua boleh buat yang penting berdisiplin.

Cara Menabung Cepat, Kurang Setahun Tapi Dapat Hasil Banyak

Antara salah satu cara menabung cepat yang berkesan adalah mengikut perkongsian saudari Nurul Shahida di Facebook ini.

Menurut perkongsian beliau, tabung tersebut mula disimpan mulai 1 Mei sehingga 30 Disember iaitu lebih kurang 8 bulan. Walaupun bermula agak lewat tetapi beliau berjaya mendisiplinkan diri dan berterusan menabung. Beliau juga berkongsi sekiranya berniat inshAllah menjadi, tidak semestinya RM10 atau RM20 sehari, menabunglah walaupun 10 sen sehari kerana ‘Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit’

Mesti ramai ingat bahawa beliau memang seorang yang bekerja dengan gaji yang banyak tu boleh kumpul banyak kan. Tidak ya, beliau adalah suri rumah sepenuh masa di rumah, cuma jual barang secara online sahaja tetapi berkerja keras juga untuk dapatkan hasil jualan. Jadi selama 8 bulan tersebut dapatlah dikumpulkan sebanyak RM2605.70. Caranya pula adalah seperti berikut:

Asingkan Tabung & Labelkan

Asingkan jumlah duit yang ingin dimasukkan ke dalam tabung dan labelkan setiap tabung tersebut agar lebih mudah nampak. Macam tabung RM1 untuk anak-anak tu boleh terus letak nama diorang agar jadi lebih semangat.

 

Tabung RM1

Tabung RM1 atau tabung pendidikan anak-anak. Wajib masukkan RM1 sehari, kalau ada lebih boleh masukkan lebih.

Jumlah terkumpul :  584 keping = RM584

 

Tabung RM5

Untuk tabung RM5 pula caranya adalah setiap kali nampak warna hijau dalam dompet terus masukkan ke dalam tabung, anggap sahaja ia tidak bernilai. Bukan 1 keping sehari tapi simpan waktu dapat atau ada duit tu je.

Jumlah terkumpul : 102 keping = RM510

 

Tabung RM10 / RM20 (Tabung Suka Hati) 

Berbeza dengan tabung RM5 tadi, tabung RM10 / RM20 ini pula kalau ada 5 ke 6 keping duit RM 10 atau RM20 wajib simpan satu atau dua keping. Kalau ada lebih masukkan lebih, ikut kemampuan masing-masing. Jangan sanggup ikat perut pula gara-gara nak simpan lebih.

Jumlah terkumpul : RM1460
54 keping (RM10) = RM540
46 keping (RM20) = RM920

 

Tabung Duit Syiling 

Tabung ini mungkin agak jenuh sikit nak kira. Lepastu setiap kali nak penuh ada je yang akan pergi tukar kat kedai ikan, kedai runcit ke jadi dah hampir RM200 lebih juga jumlah dah ditukar. Maka baki yang terumpul tu tinggal ni je:

Jumlah terkumpul : RM51.70

 

Jumlah terkumpul keseluruhan : RM2605.70 

 

Beliau juga berkongsi dah nak masuk tahun baru ni marilah kita berazam baru untuk semangat dalam menabung. Walaupun 10 sen sehari InshaAllah hasilnya dapat membanggakan diri nanti. Duit tersebut juga akan disimpan dalam tabung haji anaknya, kan bermanfaat tu. Daripada dah nak pakai duit baru mencari, eloklah kita menabung dulu jadi tak terdesak dan terpaksa berhutang pula dengan orang kan dah susah macam tu, jadi sendiri mahu ingat lah kan.

Mudah sahaja kan cara menabung cepat nak simpan duit beberapa bulan tapi hasilnya boleh cecah beribu ringgit? Ya tak susah tapi hanya perlu disiplin dan istiqamah atau berterusan dalam mengamalkannya. Orang kata ‘Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian’. Maksudnya bila kita dah bersusah menabung ni nanti kelak kita juga yang senang kerana ada simpanan atau duit lebih. Nak tahu tips simpan gaji hingga ada duit lebih boleh tengok SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button