Cara Mohon Bantuan B40 Pakej Peranti Atau Internet (Program Jaringan Prihatin) RM300 / RM180
Panduan Dapatkan Bantuan Pakej Telefon / Tablet Atau Pelan Data 12 Bulan Bawah Program Jaringan Prihatin
Berita baik buat penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), terdahulu kerajaan ada umumkan di bawah Belanjawan 2021 sebuah Program Jaringan Prihatin. Menerusi program ini, golongan B40 akan menerima kredit telekomunikasi sebanyak RM180 seorang.
Seterusnya dalam Pengumuman Pakej PEMERKASA, Perdana Menteri telah mengumumkan penambahbaikan subsidi ini kepada RM300 khusus bagi isi rumah yang mempunyai anak bersekolah untuk membeli telefon pintar atau peranti baru.
Siapa Layak Menerima?
Berdasarkan Kementerian Kewangan Malaysia, kriteria kelayakan penerimaan program ini adalah:
- Warganegara Malaysia yang LAYAK menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)
Jenis Subsidi
Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan dalam program ini dan pengguna boleh memilih salah satu daripada berikut:
- Subsidi pelan data bulanan; atau
- Subdidi pembelian pakej peranti mudah alih
Kategori Penerima
Pemberian subsidi juga adalah berbeza mengikut kategori penerima iaitu seperti di bawah:
1. Penerima BPR yang berkahwin atau ibu/bapa tunggal serta mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan menerima tawaran subsidi:
- RM300 (diberikan secara penuh) bagi pakej peranti; atau
- RM15 sebulan bagi pakej data bulanan selama 12 bulan
2. Penerima BPR yang bujang atau berkahwin dan tidak mempunyai anak di bawah umur 18 tahun akan menerima tawaran subsidi:
- RM180 (diberikan secara penuh) bagi pakej peranti; atau
- RM15 sebulan bagi pakej data bulanan selama 12 bulan
Tarikh Permohonan
Penerima yang layak boleh berdaftar dengan syarikat telekomunikasi yang terpilih bermula tarikh berikut:
- 5 Mei 2021 hingga
31 Julai 2021dilanjutkan hingga 31 Ogos 2021
Setiap individu atau isi rumah yang layak hanya dibenarkan untuk membuat satu tuntutan yang akan disahkan menerusi nombor kad pengenalan. Sekiranya pemohon mempunyai 2 nombor, hanya satu nombor yang akan menerima tuntutan subsidi berkenaan
Pemohon tidak boleh:
- Menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali dalam sebulan
- Memilih semasa pembayaran subsidi dibuat. Umumnya, penebusan akan berlaku dalam bulan kalendar yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza antara syarikat telekomunikasi yang berbeza dan antara pelan prabayar dan pasca bayar masing-masing
- Memindahkan subsidi kepada pihak ketiga atau ditukar kepada bentuk tunai
- Menerima subsidi secara pro rata dalam sesuatu bulan
Cara Mohon Bantuan Pakej Peranti Atau Pelan Data 12 Bulan (Program Jaringan Prihatin)
Terdapat 12 syarikat telekomunikasi di Malaysia yang mengambil bahagian dalam program ini iaitu Celcom, Digi, Maxis, Mcalls, redONE, speakOUT, Tune Talk, U Mobile, unifi Mobile, XOX Mobile, YES dan Yoodo. Pemohon boleh klik pada pautan syarikat telco yang berminat di bawah dan ikuti arahan selanjutnya:
1.Celcom : https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin
2. Digi : https://www.digi.com.my/jaringan-prihatin-bm
3. Maxis : https://www.maxis.com.my/ms/campaigns/jaringan-prihatin/
4. Mcalls: https://mcalls.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index
5. redONE: https://www.redone.com.my/promotion/bpr
6. speakOUT: https://speakout.asia/ePrihatin/apply/prihatin-package-index
7. Tune Talk : https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin
8. U Mobile : https://www.u.com.my/extras/promotions/jaringan-prihatin
9. Unifi Mobile : https://unifi.com.my/jaringanprihatin
10. XOX Mobile : https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en
11. YES : https://www.yes.my/kasiupb40
12. Yoodo : https://www.yoodo.com.my/jaringanprihatin/
Cara Batalkan & Tukar Jaringan Prihatin Kepada Telco Lain
Sebagai makluman, jika telah berdaftar dengan mana-mana syarikat telco bagi program jaringan prihatin ini tetapi ingin bertukar kepada telco lain adalah dibenarkan. Namun pemohon layak untuk menukar dengan syarat berikut:
- sebanyak maksimum 3 kali sahaja sepanjang program ini
- selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran
Untuk menukar kepada syarikat telekomunikasi lain, ikuti langkah berikut:
- Hubungi syarikat telekomunikasi yang pemohon telah daftar bagi Jaringan Prihatin
- Batalkan pendaftaran pelan Jaringan Prihatin yang sedang dilanggani
- Lakukan pendaftaran semula dengan syarikat telekomunikasi baharu selepas 30 hari dari tarikh pendaftaran langganan terakhir
*Nota: Pemohon boleh menghentikan langganan atau pendaftaran dengan syarikat telco semasa pada bila-bila masa. Namun, pemohon perlu menunggu 30 hari dari tarikh pendaftaran terakhir bagi mendaftar semula dengan penyedia perkhidmatan baru.
Kalau masih tak faham lagi boleh rujuk panduan yang disediakan di infografik di bawah:
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelbagai jenis pelan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi di bawah Program Jaringan Prihatin boleh klik di pautan yang disediakan di atas