InformasiCara Mudah

Cara Mohon Kebenaran Polis Untuk Rentas Negeri Bagi Individu Yang Dibenarkan

Cara Mohon Kebenaran Untuk Rentas Negeri

TERKINI: Kemudahan  bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin :

Cara Mohon Kebenaran Rentas Negeri 

Semua orang pun tahu, kerajaan dah mula melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi seluruh Malaysia di mana beberapa negeri akan berada di Fasa 1, 2, 3 atau 4. Ianya dikuatkuasakan susulan peningkatan kes COVID19 yang semakin berleluasa dan merebak dalam kalangan komuniti. 

Antara syarat utama dalam PPN termasuklah tidak dibenarkan untuk merentas negeri mahupun Daerah. Bagi negeri fasa 2, rentas daerah kini dibenarkan tertakluk kepada individu yang telah lengkap 2 dos vaksin. Tapi macam mana kalau ada kecemasan? Atau kerja? Siapa je yang boleh memohon kebenaran untuk merentas negeri?

 

Individu Yang Dibenarkan Rentas Negeri & Daerah

Menurut SOP MKN Kemaskini 10 Ogos 2021, individu yang dibenarkan rentas negeri dengan tujuan tertentu adalah seperti berikut:

1) Pasangan Suami Isteri Jarak Jauh (PJJ)

Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas daerah dan negeri bagi tujuan berjumpa pasangan masing-masing dengan syarat kedua-duanya mesti telah lengkap divaksin dengan pengesahan PDRM dan mengemukakan:

  • Salinan kad pengenalan suami dan isteri
  • Salinan sijil/ kad pernikahan
  • Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 suami dan isteri
  • Salinan dokumen bukti tempat tinggal suami/ isteri atau surat pengesahan majikan.

Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

2) Ibu Bapa/ Penjaga yang Mempunyai Anak (Di Bawah 18 Tahun) Jarak Jauh (AJJ)

Ibu bapa/ penjaga yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun serta menetap di daerah atau negeri berlainan dibenarkan merentas daerah dan negeri untuk berjumpa anak masing-masing dengan syarat kedua-dua ibu bapa / penjaga mesti telah lengkap divaksin dengan pengesahan PDRM dan mengemukakan

  • Salinan kad pengenalan ibu, bapa dan sijil/ dokumen kelahiran anak
  • Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 ibu dan bapa / penjaga
  • Maklumat persekolahan anak (sekiranya berkaitan)

Menunjukkan surat kebenaran yang telah diluluskan oleh PDRM apabila melalui Sekatan Jalan Raya (SJR).

TERDAHULU

Pekerja Sektor Perkhidmatan Perlu

  • Pergerakan pekerja (sektor dalam senarai perkhidmatan perlu) adalah tertakluk kepada pendaftaran / surat kelulusan beroperasi dan pas pekerja/surat pengesahan majikan. Contoh surat pelepasan bekerja, boleh rujuk di SINI.

Rawatan Kesihatan, Kecemasan & Bantuan Bencana / Kemanusiaan 

  • Pergerakan merentas Kawasan PKP, PKPB & PKPD kecuali bagi mendapatkan rawatan kesihatan, urusan kecemasan dan kematian dengan kebenaran PDRM
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti kematian dibenarkan setelah mendapatkan kebenaran daripada PDRM.
  • Pergerakan dalam/keluar-masuk kawasan PKP bagi kes kecemasan seperti bencana alam dibenarkan.
  • Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran PDRM dan bantuan tersebut disalurkan melalui Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) di bawah NADMA.

Kenderaan Perniagaan

  • Semua kenderaan berkaitan industri, perniagaan dan perkilangan DIBENARKAN beroperasi termasuk merentas daerah dan negeri.

Cara-Cara untuk Memohon Permit Kebenaran Merentas Negeri

Lepas korang dah faham kategori orang-orang yang dibenarkan untuk merentas negeri, barulah boleh memohon permit kebenaran merentas negeri dengan mengikuti cara-cara di bawah:

  • Sediakan dokumen-dokumen di bawah:
    • Salinan kad pengenalan
    • Dokumen-dokumen yang berkaitan; surat pelepasan bekerja, surat daripada hospital atau klinik
    • Borang permit kebenaran merentas negeri yang korang boleh muat turun di pautan:
      i. Permit Pergerakan PKP
      ii. Permit Pergerakan PKPB
    • Pastikan korang ada dua salinan, satu untuk simpanan balai polis, dan satu untuk simpanan sendiri.

Sumber Gambar PDRM

  • Pergi ke balai polis yang berdekatan dengan rumah. Pastikan berpakaian sopan. Jangan pula korang datang dengan berseluar pendek. Nanti tak pasal-pasal tak boleh masuk balai polis pula.
  • Bila polis tanya nak merentas negeri atas urusan apa, jawab je elok-elok, sebab diorang pun nak mudahkan urusan kita juga. Bila dah selesai tu, jangan lupa ucapkan terima kasih pula.

PENAFIAN: Informasi dikemaskini berdasarkan sumber dan SOP yang ada setakat ini dan boleh berubah pada bila-bila masa mengikut pengumuman pihak berwajib. Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa

Sumber Gambar Astro Awani

Cara Ketahui Radius 10 Kilometer

Menurut pengumuman Sidang Media MKN 30 Mei 2021, untuk Total Lockdown Fasa 1:

  • Dua (2) orang sahaja wakil isi rumah DIBENARKAN keluar untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas. Maksimum tiga (3) orang sahaja termasuk pesakit dibenarkan keluar untuk mendapatkan perkhidmatan jagaan kesihatan, perubatan, ujian saringan, keselamatan atau kecemasan dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman atau ke tempat paling hampir dengan kediaman sekiranya perkhidmatan kesihatan atau perubatan tersebut tiada dalam radius 10 kilometer dari kediaman

Bagaimana nak ketahui radius 10 kilometer? Cara tahu radius 10km boleh rujuk panduan ini:

  • Layari pautan : https://2kmfromhome.com/10km
  • Gerakkan ‘Drop Pin’ ke kawasan lokasi rumah dan ketahui kawasan 10 kilometer dari rumah korang

 

Jadi, tak adalah susah mana pun nak mohon permit kebenaran untuk merentas negeri. Cuma pastikan korang mohon tu atas sebab urusan yang pentinglah dan bukan untuk tujuan suka-suka macam pergi bercuti ke atau membeli-belah. Apa yang penting, kita semua mestilah patuhi SOP yang dah dikeluarkan kerajaan supaya tempoh PKP ni akan tamat tanpa perlu dilanjutkan lagi. Sama-sama kita jaga kita! Anak-anak belajar online di rumah sebab sekolah tutup masa PKPB jadi susah? Jangan risau, baca tips ini.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button