Cara Mohon Penamaan KWSP Online & Kenapa Penting Kemaskini Waris Sebagai Penama?
Tatacara Daftar Penama KWSP & Kepentingan Daftar Penamaan KWSP
Sebenarnya tak susah pun cara mohon penamaan KWSP. Namun masih ada yang tak letakkan lagi penama di akaun simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Ada pula yang dah letak tapi tak kemaskini nama waris yang terkini contohnya penama yang diletakkan dah meninggal dunia. Kalau apa-apa berlaku pada kita, penama pula tiada atau dah tiada memang susah nanti.
Apa itu Penamaan KWSP?
Penamaan KWSP adalah satu pengisytiharan secara bertulis yang dilakukan oleh ahli dalam Borang KWSP 4 untuk melantik atau menamakan seseorang atau mana-mana orang sebagai ”benefisiari’ atau bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam) ke atas simpanan KWSP ahli apabila ahli meninggal dunia
Cara Daftar Penama KWSP & Kepentingan Daftar Penamaan KWSP
Berikut adalah maklumat mengenai cara daftar penama KWSP, kepentingannya dan maklumat lain berkaitan.
Siapa Yang Boleh Membuat Penamaan?
- Berusia 18 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia ATAU Penduduk Tetap (PR) / Bukan Warganegara (Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998)
Siapa Yang Boleh Diletakkan Sebagai Penama?
Ahli Beragama Islam
- Mana – mana individu
• Ahli digalakkan untuk menamakan waris terdekat (suami/isteri, ibu, anak – anak, ibu/bapa) bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari
ATAU
- Institusi yang diluluskan – Amanah Raya Berhad (ARB)
• *Sebagai penama/pentadbir
*SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli
Ahli Bukan Beragama Islam
- Mana – mana individu
• (Ahli digalakkan untuk menamakan waris terdekat (suami/isteri, ibu, anak – anak, ibu/bapa) bagi mengelakkan kesulitan di kemudian hari)
ATAU
- Institusi yang diluluskan – Amanah Raya Berhad (ARB)
• *Sebagai penama/pentadbir
• Sebagai Pemegang Amanah kepada penama yang di bawah umur 18 tahun
*SEMUA (100%) bahagian simpanan ahli
Apakah Peranan Penamaan
- Ahli Beragama Islam
Wasi / Pentadbir yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada waris-waris ahli yang berhak mengikut Undang-undang Islam. - Ahli Bukan Beragama Islam
Penama adalah merupakan penerima mutlak (benefisiari) kepada simpanan ahli yang meninggal dunia. Jika penama meninggal dunia:
– Sebelum kematian ahli, permohon yang layak adalah waris terdekat ahli yang meninggal dunia
– Selepas kematian ahli, pemohon yang layak adalah waris terdekat penama
Cara Mohon Penamaan KWSP Online
Untuk membuat permohonan penamaan KWSP secara atas talian, ikuti langkah berikut:
1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli) : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
2. Pilih Daftar Penamaan
3. Kunci masuk Maklumat Penamaan
4. Hantar Permohonan
*Ahli akan menerima mesej di Inbox untuk hadir ke pejabat KWSP dalam tempoh 90 hari dari tarikh permohonan dihantar
5. Lakukan pengecaman cap ibu jari di KWSP
* Ahli dibenarkan hadir terus ke kaunter KWSP tanpa melengkapkan Janji Temu Online (JTO)
6. Penamaan Berkuatkuasa
Cara Buat Penamaan KWSP Di Kaunter
Penamaan boleh juga dibuat di mana-mana cawangan KWSP berhampiran di seluruh negara dengan:
- Melengkapkan Borang Penamaan KWSP 4
- Membawa dokumen berkenaan:
Dokumen | Warganegara Malaysia / PR | Bukan Warganegara (Menjadi Ahli KWSP Sebelum 1 Ogos 1998) |
Borang Penamaan (KWSP 4) | / | / |
Salinan Kad Pengenalan/ MyKad / Kad Pengenalan Tentera | / | Tidak perlu |
Salinan passport yang sahlaku | Tidak perlu | / |
Salinan dokumen pengenalan diri penama-penama* | / | / |
PENTING: Penamaan boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dengan mengemukakan Borang Penamaan KWSP 4 yang baru. Penamaan baru ini akan membatalkan penamaan ahli yang terdahulu.
Kepentingan Penamaan KWSP
Berikut adalah kepentingan penamaan KWSP:
- Memendekkan proses pengeluaran
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokumen pihak ketiga dari Pejabat Tanah / Mahkamah
- Memastikan waris mewarisi simpanan anda
Tujuan Penamaan
- Penamaan dibuat bertujuan membolehkan KWSP melepaskan simpanan ahli yang meninggal dunia kepada orang yang dinamakan untuk menerima atau mentadbir (bagi orang yang beragama Islam) simpanan itu dengan segera, tanpa perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir.
Mitos Vs Fakta Penamaan KWSP
MITOS | FAKTA |
Simpanan akan dipindahkan ke ARB sekiranya tidak dituntut | Simpanan yang masih di KWSP hanya akan dipindahkan ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut apabila ahli mencapai umur 100 tahun |
Kematian membatalkan keseluruhan penamaan | Hanya bahagian penama yang meninggal dunia sahaja terbatal |
Waris perlu menuntut dalam masa 3 hari sahaja, jika tidak simpanan akan dipindahkan secara automatik ke ARB | Untuk ahli beragama Islam sahaja, penamaan akan terbatal jika Penama/Pentadbir (Wasi) tidak membuat permohonan pengeluaran dalam masa 1 tahun dari tarikh kematian ahli |
Untuk sebarang maklumat lanjut boleh terus rujuk pihak KWSP di pautan di SINI.
Jadi apa tunggu lagi, cepat mohon penamaan KWSP agar segala simpanan kita di KWSP dapat diuruskan dengan mudah apabila kita sudah tiada nanti. Siapa tahu, ajal dan maut boleh datang bila-bila masa sahaja kan? Ada banyak kisah benar juga di mana berlaku kematian dan nama isteri tidak diletakkan sebagai penama maka proses akan mengambil masa dan lebih rumit. Baca lanjut kisah ini di SINI.