RumahCara Mudah

Sewa rumah RM124 je sebulan! Ini syarat dan cara mohon rumah PPR

Cara Mohon Rumah PPR Secara Online

Pasti ramai lagi tak tahu cara mohon rumah PPR kan ? Bukan apa, dengan keadaan ekonomi yang semakin mencabar ni kadang tu sampai tak boleh nak bayar duit sewa rumah lepastu kena halau pula dengan tuan rumah. Sudah jatuh ditimpa tangga. Jangan risau, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kesusahan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah. Jadi, korang boleh mohon untuk sewa Program Perumahan Rakyat atau PPR dengan bayaran RM124 sahaja tiap-tiap bulan!

Syarat Permohonan PPR (Disewa)

Syarat untuk mohon PPR (Disewa) ni tak banyak pun yang penting cukup semua ni:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Umur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
  • Belum memiliki rumah
  • Menepati syarat tambahan yang ditetapkan Kerajaan Negeri

Maksudnya kalau gaji suami RM1,500 isteri RM1,200 campurkan jadi RM2,700 jadi layaklah untuk mohon sewa PPR ini. Kalau suami je yang bekerja gaji RM2,000 pun mestilah layak. Kalau dah berkeluarga pun tak perlu risau sebab muat je duduk PPR ni. Rumah PPR ni dilengkapi 3 Bilik tidur, 2 Bilik Air, ruang tamu dan ruang dapur. Kemudahan seperti gerai makan, surau dan tadika pun disediakan, bagus kan? Jadi macam mana nak mohon sewa PPR ni?

Cara Mohon Rumah PPR Untuk Disewa

Tak susah pun nak mohon sewa PPR ni, cuma perlu ikut semua langkah dia dan juga tertakluk kepada kekosongan yang ada. Ada juga permohonan mengikut negeri yang mana pemohon boleh hadir ke kaunter untuk membuat permohonan.

Permohonan PPR Setiap Negeri

Selain menggunakan sistem SPRN yang diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan akan dijelaskan lanjut di bawah, setiap negeri juga ada cara mohon tersendiri. Pemohon boleh rujuk portal PPR atau hubungi talian bantuan negeri masing-masing seperti berikut:

Permohonan PPR Melalui Portal TEDUH – Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN)

Korang juga boleh mohon terus menggunakan Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN) atau dikenali sebagai Portal TEDUH yang diperkenalkan KPKT. Ikuti langkah berikut:

  1. Layari Portal Sistem Pengurusan Rumah Negara (SPRN)

  1. Klik Daftar Akaun seperti gambar di bawah

  1. Isikan nama, no kad pengenalan dan emel lalu klik butang Daftar. Notifikasi ‘Sila semak emel anda’ akan dipaparkan.

  1. Semak emel yang telah didaftarkan dan klik pautan yang diberikan untuk aktifkan akaun pengguna

  1. Cipta kata laluan baru dan klik butang Simpan

  1. Log Masuk Pemohon dengan isikan No Kad Pengenalan dan klik butang Log Masuk

  1. Tiba di ‘Dashboard’ SPRN, klik pautan PILIH SKIM

  1. Baca syarat kelayakan untuk setiap skim dan pilik projek yang dibuka untuk permohonan dengan klik buang Pilih Skim PPR DISEWA

  1. Ikuti arahan selanjutnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan sehingga selesai proses pendaftaran.
  2. Setelah lengkap permohonan, boleh kemaskini permohonan dengan klik butang Kemaskini Permohonan

Panduan lengkap pendaftaran boleh rujuk di sini. Kalau nak tengok dulu senarai Projek PPR yang ada baru mohon pun boleh. Layari saja Portal Teduh dan pilih skim PPR Disewa dan Negeri lalu klik butang Cari.

Senang kan cara mohon rumah PPR, semua boleh buat online je sekarang, sekurang-kurangnya korang tak perlu naik turun pejabat tanya ada kosong tak PPR untuk disewa kan. Jangan lupa share artikel ni untuk orang lain agar dapat bantu mereka yang di dalam kesusahan. Tolong menolong kan amalan mulia! Yang tidak layak mohon PPR boleh cari rumah sewa murah dengan ikut cara ni.

 

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button