Cara Mohon Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Hilang Atau Rosak. Buat Online Pun Boleh!
Panduan Permohonan Salinan Sijil Lahir / Surat Beranak di JPN
Pasti ramai yang nak tahu cara mohon salinan sijil kelahiran atau surat beranak kalau hilang ataupun rosak kan? Sijil lahir ini merupakan salah satu dokumen yang penting bagi anak-anak yang baru lahir atau yang masih belum memiliki MyKid atau MyKad. Ianya penting untuk membuat urusan kerajaan khususnya seperti urusan berkaitan kesihatan. Jadi kalau ianya hilang ataupun rosak, mestilah susah untuk menyelesaikan urusan nanti.
Sijil Kelahiran dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan hendaklah dimohon oleh ibu bapa sebaik sahaja anak dilahirkan atau dalam tempoh yang dibenarkan. Apa perlu buat sekiranya sijil lahir tersebut hilang atau rosak? Ibu bapa atau pihak penjaga hendaklah membuat permohonan salinan sijil lahir atau surat beranak secepat mungkin di JPN. Macam mana cara-caranya? Ikuti langkah penuh yang akan dikongsikan di bawah.
Cara Buat Permohonan Salinan Sijil Kelahiran / Surat Beranak Di Kaunter JPN & Secara Online
Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan salinan sijil lahir atau surat beranak di Kaunter JPN atau secara online serta maklumat lain yang berkaitan:
Bayaran / Caj
Untuk permohonan salinan sijil kelahiran yang baharu, fi permohonan atau caj bayaran yang dikenakan oleh JPN adalah:
- RM 5
Kelayakan Permohonan
Permohonan bagi mendapatkan salinan daftar kelahiran mestilah dibuat oleh pemohon yang berkelayakan dengan bayaran yang telah ditetapkan. Cabutan sijil kelahiran ini boleh dibuat di mana-mana Pejabat JPN di seluruh Semenanjung Malaysia
Individu yang berkelayakan untuk membuat permohonan cabutan sijil kelahiran adalah seperti berikut:
- Pemilik Sijil Kelahiran yang telah memiliki Kad Pengenalan atau Passport
- Ibu atau bapa pemilik Sijil Kelahiran
- Suami atau isteri pemilik Sijil Kelahiran
- Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik Sijil Kelahiran
- Adik-beradik kandung pemilik Sijil Kelahiran
- Penjaha yang sah untuk kanak-kanak (pemilik Sijil Kelahiran) telah memiliki surat hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991
- Firma Guaman
- Badan Berkanun
- Agensi Kerajaan
Dokumen Permohonan
Kategori 1: Individu Dalam Kategori 1 hingga 6 (rujuk senarai kelayakan di atas)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan salinan)
- Borang JPN.LM12 yang lengkap
Kategori 2: Individu Dalam Kategori 7
- Borang JPN.LM12 yang lengkap
- Surat Rasmi Pejabat Firma Guaman untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar
- Surat lantikan daripada anak guam (pemohon)
- Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam [pemohon] (asal dan salinan)\
- Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan).
Kategori 3: Individu Dalam Kategori 8 dan 9
- Borang JPN.LM12 yang lengkap
- Surat Rasmi Badan Berkanun atau Agensi Kerajaan untuk memohon carian atau cabutan dalam daftar
- Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan (sekiranya berkaitan)
Kategori 4: Selain daripada individu dalam kategori 1 hingga 6
- Borang JPN.LM12 yang lengkap
- Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)
- Surat Rasmi untuk memohon carian dalam daftar
- Surat Akuan Berkanun (jika berkaitan)
- Salasilah / Susur galur keluarga (jika berkaitan)
- Surat wakil kuasa dari waris yang layak bersama salinan kad pengenalan waris (jika berkaitan)
- Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti Cabutan Daftar Persekolahan dan Sijil Kelahiran adik beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)
Muat Turun Borang
*Nota: Borang ini adalah sebagai rujukan panduan. Digalakkan menggunakan borang asal untuk setiap urusan
Cara Mohon Salinan Sijil Kelahiran Online
Untuk permohonan secara online atau dalam talian, sila ikuti langkah berig
- Daftar akaun di MyGovernment terlebih dahulu.
- Layari Laman Web JPN: https://oslhr.jpn.gov.my/
- Baca semua terma dan syarat dan klik butang Setuju jika setuju
- Lengkapkan maklumat yang dipaparkan dan klik butang Hantar
- Permohonan berjaya didaftarkan dan cetak slip permohonan untuk dibawa ke kaunter JPN
- Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan untuk proses selanjutnya.
Jenis Sijil Kelahiran
Berikut adalah jenis sijil kelahiran yang ada di Malaysia:
Soalan lazim
Soalan: Bolehkah ibu/bapa ingin mengubah nama anak dalam Sijil Kelahiran?
Jawapan: Nama kanak-kanak dalam Sijil Kelahiran boleh diubah atau ditukar melalui Permohonan Pembetulan Maklumat jika umur kanak-kanak tersebut belum mencapai 1 tahun
Soalan: Kanak-kanak tidak mempunyai Sijil Kelahiran, usianya telah melebihi 60 hari dan telah dilahirkan di dalam Semenanjung Malaysia. Apa yang perlu dilakukan?
Jawapan: Jika ibu/bapa atau penjaga yang saha mempunyai bukti bahawa kelahiran kanak-kanak tersebut benar-benar berlaku di dalam Semenanjung Malaysia, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran boleh dibuat di mana-aman kaunter JPN berhampiran di dalam Semenanjung Malaysia.
Maklumat Lanjut
Sekiranya mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melalui kaedah berikut:
- Telefon: 03-80008000
- Facebook: Jabatan Pendaftaran Negara
- Laman Web: Portal JPN