InformasiCara Mudah

Cara Download Buku Teks Untuk Belajar Online Di Rumah Dengan Percuma

Cara Muat Turun eTextbook KPM Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah

Walaupun tarikh mula sesi persekolahan sudah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu pada 20 Januari 2021, tak semua murid bakal menjalani sesi pembelajaran secara bersemuka dan masih ada yang belum terima buku teks. Lagi-lagi bagi mereka yang bersekolah di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hanya mereka yang bakal menduduki peperiksaan utama sahaja dibenarkan hadir ke sekolah.

Salah satu kekurangan apabila perlu belajar dari rumah ni adalah susah untuk mendapatkan akses buku teks sekolah. Tapi perkara ni takkan jadi masalah lagi kepada murid sebab KPM dengan kerjasama Perbadanan Kota Buku (PKB) telah melancarkan aplikasi ‘KPM e-Textbook Reader’, yang dapat memberikan akses buku teks secara digital kepada murid yang memerlukannya. Kiranya boleh baca buku teks online je. 

Cara Dapatkan Buku Teks Digital

Korang boleh dapatkan buku teks digital ni dengan 2 cara, iaitu melalui aplikasi, ataupun laman web. 

1. Laman Web

Cara-cara untuk dapatkannya melalui laman web adalah:

  • Mula-mula, korang boleh layari laman web KPM e-Textbook di SINI.

  • Klik Daftar untuk mendaftar akaun baru dan isikan maklumat yang diperlukan.

  • Akan terdapat senarai Tingkatan dan senarai buku teks yang ada. Klik pada mana-mana yang berkaitan.

  • Klik Langgan jika mahu teruskan. Buku teks yang dilanggan akan disimpan di dalam akaun korang.
  • Buku-buku teks yang dah dilanggan hanya boleh dibaca dengan menggunakan apps je. Jadi lebih senang kalau korang download aplikasinya.

2. Aplikasi Telefon

Cara-cara untuk dapatkan buku teks digital dengan menggunakan apps adalah:

  • Bila dah buka aplikasi tersebut, klik pada Pengguna Baru dan isikan kesemua maklumat yang diperlukan.

  • Lepas berjaya daftar, korang akan dibawa ke Laman Utama. Untuk mula download, boleh klik pada Langganan

  • Di sini boleh pilih Tingkatan berapa yang korang mahukan, dan akan tersenarai pilihan buku teks mengikut subjek. Bila dah semak senarai buku teks yang mencukupi, boleh klik Langgan.

  • Buku teks yang telah dilanggan, akan disimpan di dalam Koleksi Saya. Korang boleh klik pada mana-mana buku teks untuk memuat turun ke dalam telefon dan apabila selesai, terus boleh digunakan.
  • Yang lagi bestnya, apabila korang dah muat turun ke dalam telefon, tak perlu Internet pun untuk membacanya!

Dengan adanya inisiatif dari KPM ni, makin senanglah murid-murid yang terpaksa belajar dari rumah. Lagipun, inisiatif buku teks digital ni juga boleh menjadi pemula langkah kepada sesi pembelajaran yang lebih canggih di masa akan datang. Buku tak perlu dicetak lagi dan semua jenis buku teks boleh diakses di dalam sebuah telefon pintar atau tab saja. Jimat kertas dan dapat selamatkan alam sekitar!

Selain tu, ada cara juga nak bantu memudahkan anak ketika sesi pembelajaran dari rumah. Cara-caranya korang boleh baca di SINI.

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button