Kena Buang Kerja? Ada 3 Cara Mudah Cari Kerja yang Korang Kena Tahu!
Cara Mudah Cari Kerja Melalui 3 Platform
Pandemik yang melanda satu dunia baru-baru ni memang memberi kesan yang sangat besar pada semua orang. Selain ada yang kehilangan orang tersayang, ekonomi juga semakin merosot, dan kehidupan dah tak sama macam dulu lagi. Satu lagi benda yang terjadi adalah semakin ramai orang yang dibuang kerja sebab majikan masing-masing nak selamatkan syarikat diorang sendiri atau mungkin juga diorang terpaksa tutup sebab dah tak boleh nak buat untung.
3 Cara Mudah Cari Kerja yang Ramai Kena Tahu
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) haritu, kira-kira lebih daripada 700 ribu orang yang kehilangan kerja di Malaysia. Kalau korang termasuk dalam golongan ni, mesti sedang berusaha sedaya mampu nak cari kerja baru kan? Kalau tak tahu mana nak mula, dekat bawah ni ada beberapa cadangan platform untuk korang cari kerja dengan lebih mudah!
1. Facebook
Sumber Gambar Unsplash
Ya, betul! Apps yang korang guna untuk borak dengan kawan secara online ni atau update gambar ke status pasal kehidupan harian korang, sebenarnya boleh digunakan juga untuk mencari kerja.
Cara dia mudah je, ikuti langkah-langkah berikut:
- Cari search bar atau bahagian carian dekat bahagian atas
- Taip je ‘kerja kosong’ dekat situ, nanti akan keluar terus senarai group cari kerja yang korang boleh join, ataupun post-post orang tentang kerja kosong.
- Kalau nak lebih senang, korang boleh search ‘kerja kosong (masukkan nama tempat kawasan)’ yang korang nak bekerja tu. Dengan cara ni, korang dah boleh tapis awal-awal tempat kerja yang dekat dengan rumah korang.
Contohnya: ‘kerja kosong shah alam’.
Bila dah jumpa kerja kosong tu, kena buat apa pulak?
- Korang boleh terus call atau sms pada nombor yang diorang dah letak.
- Kalau diorang tak letak nombor, korang boleh mesej menerusi Facebook pada pengiklan tu.
- Pastikan korang mesej dengan ayat yang penuh dan straight-forward. Terus cakap tujuan korang mesej diorang. Contoh ayat yang korang boleh guna: “Assalamualaikum/Selamat sejahtera Encik. Saya berminat dengan iklan kerja kosong yang Encik iklankan. Boleh saya tahu dengan lebih lanjut mengenai kerja tu?”. Bila korang karang pun ayat yang lengkap, sopan pula, mesti diorang selesa nak balas pertanyaaan dan tertarik nak ambil korang bekerja. Ini tak, tulis ‘PM, PM tepi, kerja kosong tu ada lagi tak? ‘. Ayat macam ni agak tidak profesional dan boleh menjengkelkan majikan
2. Mudah.my
Laman web mudah.my ni bukan setakat boleh beli barang second hand ataupun nak cari bilik sewa, korang pun boleh juga cari kerja kosong di sini. Yang bestnya, korang tak perlu muat naik resume korang pun sebab boleh telefon terus nombor orang yang mengiklankan kerja kosong tu. Lebih kurang macam Facebook tadi.
Cara nak cari kerja di mudah.my macam ni:
- Bila korang dah buka laman web mudah.my, pilih kategori ‘Jobs’.
- Pilih lokasi di mana korang nak bekerja.
- Korang boleh tapis results korang dengan beberapa pilihan yang ada (kerja separuh masa, kerja sepenuh masa, kerja kontrak).
Bila dah jumpa kerja yang korang berminat, boleh klik, dan terus telefon nombor yang disertakan dengan iklan tu.
3. Surat Khabar atau Iklan Tampal
Mungkin cara ni dah tak ramai orang buat. Surat khabar pun ramai orang tak beli dah. Tapi sebenarnya, cara ni boleh jadi juga tempat korang nak cari kerja! Masih ada syarikat yang iklankan kerja kosong dalam surat khabar, dan boleh jadi juga syarikat tu tak iklankan kerja kosong tu di tempat lain.
Macam syarikat besar MYDIN contohnya, dia akan iklankan temuduga terbuka dekat surat khabar. Diorang iklan dekat surat khabar ni selalunya sebab nak ambil ramai pekerja. Jadi mesti korang ada peluang untuk dapat juga nanti sebab banyak kekosongan.
Sumber Gambar Facebook
Selain surat khabar, ada juga syarikat yang iklankan kerja kosong melalui cara iklan tampal. Kalau korang pernah masuk 7-Eleven, selalu diorang akan ada sediakan papan kenyataan untuk tujuan pengiklanan. Jadi, korang boleh cuba tengok di situ juga. Iklan tampal ni juga kadang-kadang ada je ditampal pada tiang-tiang lampu ataupun hentian bas selain di depan kedai tu sendiri. Cara ni lagi bagus untuk korang yang nak cari kerja dekat kawasan rumah korang juga, sebab iklan yang ditampal tu selalunya untuk kerja kosong kawasan-kawasan tu juga. Jadi korang tak payahlah nak fikir pasal transport nak pergi kerja jauh-jauh kan.
Sebenarnya, ada je cara lama yang biasa orang buat nak cari kerja iaitu dengan walk-in ke dalam mana-mana kedai dan terus tanya ada tak kerja kosong. Tapi 3 cara di atas ni sedikit sebanyak dapat memudahkan lagi korang untuk mencari kerja. Jadi tak perlulah nak masuk ke dalam satu-satu kedai lepastu rasa kecewa bila keluar sebab kedai tu tak ada pun kerja kosong. Apa nak jawab bila dipanggil untuk temuduga nanti, boleh baca sini
Apa yang penting dalam mencari kerja adalah kesungguhan dan usaha sehabis daya korang untuk mencari kerja. Sebenarnya, banyak je peluang pekerjaan dekat luar sana cuma diri sendiri yang perlu berusaha di samping berdoa pada Tuhan.