Susah Nak Sental Kotoran Bilik Air? Ini Cara Mudah Cuci Tandas Termasuklah Hilangkan Daki Di Celah Jubin
Cara Mudah Cuci Bilik Air Termasuk Kotoran Degil Di Celah Jubin
Tandas atau bilik air merupakan tempat yang wajib kita pergi setiap hari jadi mesti nak tahu cara mudah cuci tandas kan?.Ye lah tak kan lah korang tak mandi, ataupun tak buang air kecil dan besar kan? Pernah tahu tak bahawa tandas ni merupakan antara tempat yang paling banyak bakteria membiak. Haa mesti geli kan kalau boleh nampak bakteria tu. Jadi seeloknya sekali seminggu perlu cuci tandas ni.
Mesti kadang tu korang rasa susah nak cuci tandas kan? Ye lah kalau dah berbulan tak basuh, memang kotoran degil tu melekat lah kat celah-celah jubin lantai atau dinding tandas tu kan. Lepastu bila sental-sental guna berus dan sabun biasa, kotoran atau daki tu masih ada lagi. Akhirnya korang pun malas dan biarkan je benda tu.
Cara Mudah Cuci Tandas Kotoran Degil Di Dinding Dan Lantai Tandas (Celah Jubin)
Mungkin ramai lagi tak tahu tips untuk mudah cuci kotoran degil atau daki di tandas ni. Tak perlu beli produk mahal-mahal seperti mesin pencuci atau penyental yang sehingga ratusan ringgit ataupun agen pencuci yang khusus untuk tanggalkan kotoran. Korang boleh cuba guna cara ni je dulu:
1. Air Panas
Sumber Gambar Viralcloning
Ini merupakan tips paling mudah untuk digunakan bagi menghilangkan kotoran di tandas. Tak perlu beli bahan lain, hanya panaskan air atau kalau dah ada water heater tu boleh juga digunakan. Dikatakan air panas ini mampu melembutkan semua kotoran yang melekat padanyam jadi lebih mudah tertanggal bila dicuci
Caranya adalah sebelum memulakan proses mencuci, tuangkan dahulu air panas di jubin lantai atau dinding yang hendak dibersihkan. Biarkan untuk beberapa minit sebelum mula menyentalnya dengan berus dan juga pencuci
2. Cuka
Sumber Gambar Anim Hosnan
Cuka merupakan salah satu bahan di rumah yang boleh dipakai untuk pelbagai kegunaan. Antaranya adalah mencuci tandas. Yang bestnya ia bukan sahaja dapat membersihkan kotoran malah dapat membantu mengembalikan semula warna jubin kepada warna asal dan mengilatkannya.
Cara penggunaannya mudah sahaja, hanya perlu campurkan larutan cuka ini dengan air panas. kemudian curahkan atau tuang ke bahagian yang ada kotoran degil atau daki di tandas tu.
3. Ubat Gigi
Sumber Gambar Illinois
Ya betul, tak perlu beli produk pencuci yang khusus, cuba guna ubat gigi yang korang ada dekat rumah tu je. Dikatakan ubat gigi ni memang berkesan untuk membersihkan kotoran terutamanya di celah jubin tandas tu.
Untuk menggunakannya, caranya mudah je dengan hanya letak ubat gigi pada berus cuci tandas atau boleh guna berus gigi yang sudah tidak lagi dipakai. Lepastu gosokkan atau sental di bahagian celah jubin yang kotor tu tadi. Setelah selesai, bilaskannya dengan air panas agar lebih mudah
4. Soda Bikarbonat
Sumber Gambar Kitpramenulis
Kalau kotoran tu masih lagi tidak hilang, boleh tambahkan lagi satu produk ini iaitu Soda bikarbonat. Soda bikarbonat ni memang satu lagi bahan di dapur yang boleh digunakan untuk pelbagai manfaat.
Caranya adalah campurkan soda bikarbonat bersama cuka dan juga ubat gigi di dalam satu bekas. Kemudian ambil campuran tersebut dan gosokkannya di bahagian celah jubin yang terdapat kotoran degil tu. Setelah itu biarkan selama 15 minit sebelum membilasnya menggunakan air.
5. Lemon
Sumber Gambar Food
Lemon merupakan sejenis buah-buahan yang sememangnya sinonim dengan mencuci. Banyak sabun pencuci termasuk mencuci pinggan, mencuci pakaian akan menggunakan ekstrak lemon di dalamnya. Ini kerana kandungannya yang berasidik mampu membersihkan sesuatu dengan lebih berkesan.
Caranya amat mudah, isikan air perahan lemon ke dalam botol penyembur dan hanya perlu spray kan sahaja ke jubin lalu lapkannya dengan span yang lembap. Ataupun rendam kan kain ke dalam air perahan lemon dan lap kan di jubin tersebut. Untuk lebih berkesan, taburkan dahulu di jubin tandas soda bikarbonat dan kemudian spray kan air perahan lemon lalu lapkannya dengan span atau kain basah.
6. Peluntur
Sumber Gambar Vitdaily
Sememangnya tidak dinafikan bahawa peluntur merupakan agen pembersihan yang paling berkesan. Ye lah biasanya kita cuci baju sekolah anak yang kotor tu rendam je dengan peluntur ni terus putih bersih semula kan.
Jadi caranya hanya perlu curahkan peluntur ke jubin lantai atau dinding tandar. Biarkannya selama lebih kurang sejam untuk lebih berkesan. kemudian boleh lah bilaskannya dengan air panas atau air biasa.
Mudah je kan cara nak bersihkan kotoran degil di tandas ni kan? Mungkin korang boleh cuba dulu guna bahan-bahan yang ada dekat rumah ni je dulu sebelum nak beli barang-barang yang mahal tu. Memang tak dinafikan barang tu mungkin berkesan, tetapi buat apa berbelanja lebih kalau kita boleh berjimat dan dapat hasil yang sama kan? Kalau rasa cara mudah cuci tandas ini bagus, jangan lupa share artikel ni pada orang lain agar mereka nendapat manfaat juga. Nak tahu tips cuci kereta dengan betul boleh baca di SINI