RumahDekorasi

Teknik Mengemas KonMari : Cara Mudah Kemas Rumah Agar Sentiasa Nampak Teratur!

Tips Kemas Rumah Dengan Mudah Dan Tidak Berselerak

Rumah sentiasa nampak bersepah sebab ada anak kecil macam mana cara mudah kemas rumah? Ataupun korang sibuk sangat dengan bekerja sampai tak cukup masa nak kemas rumah? Jangan gusar, kemas rumah ni sebenarnya salah satu terapi untuk mengurangkan tekanan korang. Malah, ada beberapa tips yang boleh memudahkan korang untuk mengemas rumah dengan cepat dan juga supaya nampak lebih teratur.

Korang tahu ke sebenarnya kalau rumah bersepah ni boleh memberi kesan kepada mental? Rumah pada asalnya sepatutnya menjadi satu ruang untuk korang tidak terlalu tertekan dengan keadaan yang terlalu bersepah. Secara langsung boleh memberi efek kepada kesihatan mental dan juga orang sekeliling kita. Jadi macam mana nak pastikan rumah kita sentiasa kemas?

Cara Mudah Kemas Rumah Agar Sentiasa Nampak Teratur!

Perlu Jadikan Mengemas sebagai Satu Kebiasaan

Bila mengemas dah jadi satu tabiat, korang akan rasa ianya satu rutin biasa untuk sentiasa pastikan bilik, dapur, tandas malah ruang tamu untuk kelihatan kemas sentiasa. Salah satu perkara yang penting untuk pastikan rumah sentiasa nampak kemas adalah korang perlukan kerjasama dari semua orang di dalam rumah tersebut. Baru rasa seronok bila buat bersama-sama. Kalau duduk dengan keluarga ajak anak atau suami tolong sekali, kalau duduk dengan kawan pun boleh. 

Antara yang korang boleh buat adalah:

1. Lepas baju kering, terus lipat

Selepas baju dah diangkat dari ampaian, jangan dibiarkan dekat dalam bakul terlalu lama sehingga bertimbun menggunung. Sebab makin banyak korang tengok baju tu untuk dilipat mesti makin malas kan nak buat sebab ambil masa yang lama. Bila dah lipat tu, boleh terus masuk almari supaya tak bersepah pula di atas lantai dengan baju-baju yang sudah cantik dilipat.

2. Kemas tempat tidur

Mengemas tempat tidur adalah salah satu langkah penting untuk dapatkan bilik yang sentiasa nampak kemas. Setiap kali bangun daripada tidur, korang perlu kemas katil dahulu sebelum teruskan kehidupan harian. Kalau ada anak-anak, ajar mereka untuk kemas katil mereka sendiri supaya mereka lebih berdisiplin untuk mengemas barang-barang mereka pula

3. Dapur dan sinki jangan dibiarkan penuh

Jika dapur bersepah, kita yang nak masak pun rasa tak seronok. Jadi, nak mengemas dapur perlukan tenaga yang ramai. Boleh ajak anak-anak ataupun suami/isteri untuk kemas sama sama. Beritahu mereka jangan biarkan sinki penuh dengan pinggan, cawan ataupun mangkuk sekalipun. Selepas makan, terus basuh pinggan supaya tidak bertimbun dan menambahkan lagi penat untuk mencuci.

4. Ruang Tamu tumpuan utama semua

Sumber Gambar MingguanWanita

Ruang ini dah jadi satu tempat utama dimana semua seisi rumah berkumpul untuk luangkan masa bersama. Jika korang ada anak kecil, mainan anak-anak juga akan bersepah di atas lantai. Waktu yang sesuai untuk mengemas ruang tamu adalah waktu tengah hari dan juga malam. Jadi takdelah korang buang masa banyak kali kemas lepastu sepah balik.

Jadikan satu kebiasaan untuk mengemas ruang tamu dua kali sehari. Sediakan kotak yang bertutup supaya senang simpan mainan kecil anak-anak. Boleh juga ajar mereka supaya untuk terus simpan mainan mereka ke dalam kotak.

Teknik Mengemas KonMari

Sumber Gambar Hoarding

KonMari? Apa tu? Teknik ini diberi nama sempena nama seorang wanita Jepun bernama Marie Kondo yang terkenal dengan teknik mengemas rumah dengan cara yang amat mudah. Marie memandang aspek yang penting untuk mengemas, iaitu:

  1. Cara menyusun barang
  2. Cara menyimpan barang
  3. Adakah barang itu perlu untuk berada di rumah?

Marie menggunakan kosnep minimalist kerana baginya, lebih sikit barang di rumah, lebih singkat masa korang untuk mengemas keseluruhan rumah. Ini beberapa teknik KonMari apabila dia mengemas:

1. Gunakan kotak

Seperti yang dah disebut, kotak boleh membuat segalanya nampak lebih teratur. Marie mencadangkan untuk menggunakan kotak yang berwarna warni dan juga bercorak untuk menaikkan mood dan rasa gembira apabila mengemas.

2. Katakan ‘selamat tinggal’ kepada hanger dalam Almari

Marie lebih menggalakkan untuk melipat baju daripada menyangkut baju. Sebenarnya apabila menyangkut baju, korang akan lebih cenderung untuk beli lagi banyak pakaian kerana rasa macam sudah tak ada baju yang boleh dipakai lagi. Jadi baju pun semakin banyak di dalam almari.

Marie mencadangkan untuk melipat baju secara menegak supaya mudah untuk kita cari balik baju. Gunakan teknik lipatan kecil  untuk menjimatkan lagi ruang alamari atau laci.

3. Barang yang perlu dan tidak perlu

Ni yang paling susah nak buat terutamanya golongan mak-mak yang ada perasan ‘sayang lah nak buang, benda ni boleh pakai lagi’. Kadang-kadang tanpa kita sedar, banyak sebenarya barang yang kita dah tak pakai. Marie menggunakan teknik “This is Joy” jika barang yang korang perlukan itu beri manfaat kepada diri kita.

Jika barang itu tidak beri manfaat pada kita ataupun pada rumah, korang kumpulkan dan boleh dermakan kepada sesiapa sahaja yang memerlukannya. Jika ia sudah rosak, boleh buang ataupun dikitar semula.

Sumber Gambar Cargocollective

Senang je kan cara mudah kemas rumah? Tips dan teknik KonMari ni sekaligus boleh menjimatkan masa malah jadikan mengemas tu satu kebiasaan. Bila dah terbiasa dengan mengemas, secara langsung korang boleh tidur dengan lena dan seluruh seisi rumah pun gembira je tengok rumah kemas dan bersih! Nak tahu tips lipat baju dengan mudah boleh baca di SINI

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button