KewanganCara Mudah

“Rasanya Baru Minggu Lepas Gaji. Takkan Dah Habis Duit Aku?” Ikut Formula Cara Mudah Simpan Duit Ini!

Cara Mudah Simpan Duit Walaupun Banyak Kena Bayar

Cara Mudah Simpan Duit Walaupun Banyak Kena Bayar

Rasanya baru minggu lepas gaji, takkan dah habis duit aku? Kalau korang menghadapi situasi macam ni, ini bermaksud yang korang ada masalah untuk uruskan duit gaji dengan baik. Bila cari di Google, banyak pula cara mudah simpan duit dan formula yang tak tahu mana satu sesuai untuk korang

Tapi semua itu ada matlamat yang sama iaitu :

  • Korang ada simpanan
  • Tak asyik pinjam duit orang sebab tak cukup duit.
  • Nak elak masalah lain yang lebih besar seperti diisytihar bankrup, bercerai dengan pasangan sebab tak dapat beri nafkah dan lain-lain.

Sumber Gambar Nurul

Kita ambil contoh situasi seorang bujang dan mak dia bagi tempoh 5 tahun untuk cari jodoh. Baru dapat kerja bergaji tetap RM2000 tapi perlu pindah ke Kuala Lumpur. Seorang yang introvert-bila-perlu tapi suka update media sosial dan kaki travel dengan kawan rapat je. Dia yang bujang bergaji RM2000 sebulan adalah ‘wow, kayanya!’. 

Tapi sebelum dia meraikan perasaan ‘orang kaya baru’ dengan buat pinjaman kereta dan selalu singgah ke kedai kopi hipster, perlulah dia buat pecahan perbelanjaan terlebih dahulu dengan gaji yang dia ada. Ini wajib. Sebab apa? Elak duit tu tak tahu habis pakai kat mana di kemudian hari. Ini dia antara cara mudah simpan duit

Memandangkan dia nak kahwin dan baru bekerja, dia boleh ambil Formula 30/10 (berdasarkan JomUrusDuit) iaitu:

30% = Simpanan / pelaburan

30% = Belanja hidup (makan, bil utiliti, sewa, etc)

30% = Komitmen rumah dan kereta

10% = Sedekah, zakat

RM600 pertama

Baca RM600 memang banyak tapi sebenarnya 11% dah pun masuk KWSP iaitu simpanan bagi waktu pencen nanti. Baki 19% boleh la disimpan dalam bentuk pelaburan mudah macam ASB. Ini khas untuk duit kahwin dia. Atau pecahkan lagi baki 19% tu untuk beli tafakul perlindungan yang sekurang-kurangnya dapat bantu korang kalau ditimpa kecelakaaan macam kemalangan yang tak disangka.

RM600 kedua

Ini penentu paling besar dan ramai yang fail. Sebab rata-rata orang ramai bersifat ‘boleh angkat kereta baru ni’ lepas tengok ada baki RM1400. Walaupun ada motor, katakan nak start ada kereta sebab nak selesa untuk balik kampung nanti. Cara yang terbaik adalah untuk beli kereta second hand. Tak malu pun sebenarnya. Kalau cari online, Proton Iriz second hand lebih kurang RM300 je sebulan. Kalau nak juga beli kereta baru, pastikan ikut kemampuan dan baca ini dulu.

Jadi ada baki RM300 lagi. Dah pindah KL mesti nak cari bilik sewa kan? Bilik sewa pun bukan murah sekarang ni. Kalau murah pun kena berkongsi 10 orang satu rumah, dah tak selesa. So sewa la bilik seorang dengan harga RM300. Cara nak cari bilik sewa murah baca sini

Maka cukup la komitmen paling besar iaitu rumah dan pengangkutan. Kalau ada baki (walau RM5) masukkan ke dalam tabung kecemasan yang berbentuk cash.

RM600 ketiga

Ini pulak untuk makan, bil utiliti, duit minyak dan sebagainya. Biasanya yang ini orang akan terlebih guna.  Maka cara paling baik adalah untuk bezakan antara kehendak dan keperluan. Keperluan kalau tak dapat boleh mati. Kehendak ni, kalau tak ada masih boleh bernafas lagi.

Sumber Gambar PTPTN

Jika didapati yang kehendak menyebab kita terlebih bajet pecahan ketiga, maka kita kena :

  • Buang kehendak itu dan move on.
  • Kena buat duit tepi untuk tampung kehendak itu. Baca sini

Katakan ada duit beli baju RM50. Cari la yang lagi murah macam contoh RM30. Sudah jimat RM20. Paling tidak pun cari baju di kedai bundle. Masih lagi elok dan branded. Contoh jika kita suka duduk rumah, adalah lebih baik masak sahaja. Masak lauk simple-simple je. Lepastu masa beli barang dapur tu, boleh buat perbandingan harga. Ada produk sama tapi harga berbeza ikut tempat. Dan perlu ingat juga, yang murah tak semestinya berkualiti rendah.

Dan biasanya, ada sesetengah barang lebih murah dibeli online. Namun, shopping online ni banyak racun hasutan untuk anda berbelanja lebih. Lagi-lagi bayar pakai kad. Jadi, gunakan add to cart dengan baik. Lepas add, acah-acah macam terlupa nak bayar. Kalau lepas 3 hari masih teringat-teringat, baru lah beli. Teknik ini sekurang-kurangnya halang kita berbelanja sesuka hati.

Bila ada baki, terus masukkan ke dalam tabung kecemasan tadi. Ini sesuai untuk situasi terdesak seperti servis kereta dan sebagainya. Kalau tak pakai, barulah guna untuk pergi travel! Bahkan kalau rasa tak pakai pun boleh. Letak dalam akaun pelaburan yang jangka pendek. Sebab bila dah kahwin nanti, perbelanjaan akan lebih besar tau.

Baki RM 200

Ini digunakan untuk sedekah masjid, pemberian wakaf, zakat dan hadiah untuk ibu bapa. Ini dikira penyucian harta. Ramai yang mungkin terlepas pandang benda ni lagi-lagi bila tengok mak ayah mereka okay je dekat kampung. Kalau tak bagi duit pun cukup dengan belanja mereka makan dan bahagiakan mereka. Semua orang tahu, kita takkan jatuh miskin bila bersedekah. Selain tu boleh juga amalkan doa tidak putus rezeki seperti di bawah ni.

Sumber Gambar Ohmymedia

Ada banyak lagi formula di luar sana yang korang boleh ikut untuk cara mudah simpan duit. Yang penting korang selesa nak buat dan ikut. Katakan sebenarnya korang gaji RM1500, korang boleh simpan hajat beli kereta, pakai bas awam atau cari sewa bilik yang lagi murah.

Memang rasa susah pada mulanya. Nafsu nak berbelanja, racun iklan dan kawan-kawan ada je selalu. Tapi dengan azam nak simpan duit dan tak nak hutang keliling pinggang, inshaAllah boleh berjaya. Jangan lupa praktikkan cara mudah simpan duit ni. Kalau tinggal duit sikit je untuk makan hujung bulan jangan risau, masih cukup. Baca panduan ni.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button