Rumah

Cara Pasang Tape Putih / PTFE Dengan Betul Agar Paip Tak Bocor

Tips Guna Teflon Tape / White Tape Dengan Betul

Ramai orang tak tahu sebenarnya ada cara pasang tape putih atau pita putih dengan betul supaya paip tak bocor. Selalunya kita akan pasang paip menggunakan tape putih / PTFE / Teflon untuk mengetatkan lagi cengkaman dan bagi mengelakkan daripada kebocoran berlaku. White Tape ini sebenarnya memang boleh dikatakan wajib kita gunakan bila pasang paip supaya ketat.

Memang betul kadang nak pasang paip ni terus panggil tukang paip atau plumber je agar lebih mudah dan selamat. Kalau salah buat takut lebih berbahaya dan jadi makin teruk pula bocor nanti. Tapi pada masa kini, banyak ilmu yang kita boleh dapat dengan adanya teknologi di hujung jari. Tak salah pun nak buat sendiri cumanya perlu betul-betul rujuk sumber yang betul agar tak silap.

Cara Guna Tape Putih / Teflon Tape / PTFE Tape Dengan Betul

Jadi untuk memudahkan semua, berikut adalah antara tips dan cara menggunakan tape putih dengan betul.

Cara Betul

Sebenarnya tips atau cara betul menggunakan tape putih ini adalah dengan memasangkannya mengikut arah atau pusingan yang betul. Apabila paip dipusingkan untuk masuk ke ruangan yang ingin dipasangkan, geseran yang ada pada pita putih ini sepatutnya akan mengetatkannya pada paip, bukannya sebailknya. Oleh itu caranya adalah sewaktu menggunakannya, pastikan mengikat atau memasang tapemengikut arah jam iaitu sama arah seperti paip tersebut akan dipusingkan ke tempat yang ingin dipasangkan.

Langkah pemasangan yang lebih teliti adalah seperti berikut:

Bersihkan Paip Dahulu

Pastikan paip yang ingin disambungkan dibersihkan pada bahagian hujungnya di garisan-garian putaran agar tiada kotoran ataupun benda asing yang terlekat dan boleh menyebabkan kebocoran jika tidak dibersihkan

Letakkan Tape Selaras Dengan Paip

Sewaktu memasang, letakkan hujung tape putih di hujung garisan-garisan paip dan pegangkan ia dengan jari atau ibu jari. Pita putih sepatutnya dipasang secara melekat pada garisan bukannya secara terkumpul.

Pasangkan / Gulungkan Pita

Mulakan menggulung tape mengelilingi paip mengikut arah yang sama dengan arah paip tersebut akan dipusingkan ke tempat pemasangannya.

Pastikan Dipasang Ketat

Pastikan mengekalkan ketegangan pita semasa menggulungkannya pada paip. Gulungkannya sehingga ke hujung bahagian garisan-garisan paip sehingga berlapis-lapisan

Gulung Sehingga 4 Ke 6 Kali

Pastikan juga cukupkan sehingga 4 ke 6 kali gulungan pusing mengelilingi paip dan habiskan di hujung garisan (bertentangan dengan hujung paip)

Putuskan Pita 

Untuk memutuskan pita hanya perlu gunakan jari dan tarik dengan kuat, ia akan putus dengan mudah. Lekatkan baki tape ke garisan dan ianya sedia untuk dipasangkan kepada sambungan.

Sumber : Thespruce

Mudah sahaja kan nak pasangkan tape putih pada paip dengan betul agar tidak bocor. Lepasni dah tak perlu upah tukang paip kalau nak ganti yang mudah-mudah tu macam tukar kepala paip dan sebagainya.

 

Ikuti Kami

Anda Mungkin Minat

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Back to top button