Kalau Tak Nak Daging Liat, Kena Ikut Cara Potong Daging Ni! Kalau Tak Keras Dan Susah Nak Kunyah.
Cara Mudah Memotong Daging Agar Tak Liat Dan Mudah Gigit
Memang tak seronok apabila daging yang dimasak menjadi liat sebab tak ikut cara potong daging yang betul. Ia membuatkan kita susah nak makan kerana perlu mengunyah banyak kali sebelum boleh menelannya masuk ke dalam perut. Ada banyak cara boleh elakkan daging yang dimasak menjadi liat, dan antara salah satu caranya adalah dengan memotongnya dengan betul.
Sumber Gambar Berita Harian
Jangan ambil remeh tentang teknik memotong daging, sebab apabila daging dipotong dengan teknik yang betul, ia akan menjadi lebih empuk dan lembut dan senang untuk dimakan nanti. Secara umumnya, korang kena memotong daging bertentangan dengan arah urat daging. Tapi tak ramai tahu cara yang betul untuk kenal pasti apa itu urat daging.
Jangan risau, ikuti je langkah-langkah memotong daging di bawah ni supaya korang dapat potongan daging yang lembut!
Cara Potong Daging Agar Tak Liat Dan Mudah Gigit
Sejukkan Daging Terlebih Dahulu
Daging yang separa beku akan lebih mudah untuk dipotong berbanding daging yang dibeli segar daripada pasar kerana ia lebih pejal dan keras. Sekiranya korang mahu terus memotong daging yang baru dibeli dari pasar, seeloknya simpan di bahagian freezer selama 30 minit ataupun rendamkan di dalam air berais.
Kalau daging baru dikeluarkan dari freezer pula, elakkan daripada menyahbeku dengan menggunakan air paip kerana ia boleh merosakkan tekstur daging. Sebaliknya, pindahkan ke bahagian bawah peti sejuk dahulu selama 30 minit sebelum keluarkan untuk memotongnya.
Buang Lemak-Lemak yang Ada
Sumber Gambar IDN Times
Kadang-kadang, antara penyebab daging menjadi liat adalah kerana terdapat lemak-lemak yang melekat padanya. Oleh itu, korang kena buangkan lemak-lemak yang ada supaya proses pemotongan daging dapat dilakukan dengan lebih mudah.
Cari Arah Urat Daging
Sumber Gambar WikiHow
Urat daging di sini merujuk kepada arah serat otot daging tersebut menjajar. Biasanya ia akan menjajar secara selari dan melintang, jadi korang cuba cari garis-garis halus daging yang berjalur-jalur tu. Urat daging lebih mudah untuk dilihat pada potongan daging yang besar.
Belah Daging Mengikut Arah yang Berlawanan daripada Uratnya
Setelah korang dapat pastikan arah urat tadi, letakkan pisau berlawanan dengan arah urat daging tadi, contohnya kalau urat daging melintang, pisau haruslah dalam posisi menegak. Sambil memegang daging, lalukan pisau dan potong sebahagian dagaing mengikut saiz yang korang mahukan. Jangan lupa untuk menggunakan pisau yang tajam supaya dapat memudahkan kerja.
Apabila daging dipotong mengikut cara-cara di atas, ia akan membuatkan daging tersebut tak lagi liat. Dapatlah korang nikmati lauk daging dengan lebih mudah!
Dah tahu cara potong daging , kena tahu juga cara nak beli ayam yang segar. Jadi apa tips beli ayam segar? Boleh baca di SINI